Aku x tahu apa yg ingin aku coretkan sebenarnya...
cuma aku turutkan shaja jari2 ini berlari ats papan kaku ni..
kebelakangan ini jiwa aku agak sukar ditelah..
aku cuma ikutkan apa yang dibicara oleh jiwa..
terkadang aku bosan..
kadangkala aku bingung..
adakala aku kusut..
selalunya aku gembira dan ceria tatkala disapa senyuman mentari pagi..
Ada ketika aku jadi cukup ampuh dan rapuh
tatkala senyuman itu dituju khas buat aku..
sedih dan berjauh hati kerana pada insan lain senyuman itu lebih bersinar..
Kupujuk hati... itu cuma perasaan jiwa..
Ketika sang hujan menyimbah aku basah,
sang mentari itu tiada untuk menyahsejuk itu dari terus memeluk aku erat..
Aku menangis merintih agar kesejukan aku terbunuh dek
panasnya mutiara jernih yang sentiasa di situ.. temani aku.
Aku hentikan ia.. aku biarkan jiwa aku berbicara lagi.. dan lagi.. lagi...
Melodi muzika yang beralun dalam benak aku,berterabur...
hilang note2 muzika yang aku susunatur indah..
telah cuba aku menyusun semula rentak muzika agar dapat hati aku tenang lagi.
Langkah kaki aku tarikan bersama lagu yang dimain..
Ternyata.. sumbang.. kaku.. beku..
Entah seranah apa yang disumpahkan pada jasad aku.
Terlalu aku ingin rungkaikan sumpahan itu... bagaimana?
*haihh..
Aku tahu andai tulisan ini dibaca tiada yang bisa memahami bicara hatijiwa aku ini..
tak mengapa..
tak perlu untuk kamu2 faham..
cukup sekadar baca..
*senyum

