LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Monday, May 18, 2015

TENTANG TAKDIR


Seseorang 
yang bisa menyelam
ke dasar hati kita
sedangkan kita sendiri tak mampu.
Seseorang yang menyayangi kita
sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebabnya.
Seseorang yang sudah tahu
bahawa kita banyak cacat cela
Dia tetap sudi disisi kita..


Dikala
kita punyai bahagia.
ketika bersama dia,
bahagia itu berganda.
Lebih manis lagi,
Dikala kita punyai tangis di tubir mata,
dia ada sama untuk mereda.
Cuba menyeka air mata dengan kata-katanya.
Tidak membiar tangis kita berganda.


Adakala
kita punya ceritera yang mahu diluahkongsi.
Pasti dia insan pertama yang kita cari.
Mahu dia menjadi yang pertama.
Sanggup kemamkan tak tertelan tak terluah
pada siapa-siapa terlebih dahulu.
Mahu cuma dia yang pertama.
Andai dia tidak bisa ada
tika itu.
Kemamkan terus!
Sampai perut bertukar hijau pun
tak mengapa.


Untuk dia,
kita pertaruh setia.
Untuk dia,
biar berpanas berhujan,
tak mengapa.
Untuk dia,
biar lelah dihambat rasa.
Asalkan tiada titis airmata dipipinya.
Asalkan tiada gusar bersarang dibenaknya.
Asalkan tiada nestapa menghambat dia.
Asalkan ukir senyum itu sentiasa dibibirnya.


Dia
insan yang diundang Tuhan
untuk temani kita.
Dia
 insan yang diundang Tuhan
untuk uji kita.
Dia
 insan yang diundang Tuhan
untuk bersama-sama menjalani kehidupan
yang tiada satu pun bisa diteka-teka.

Hargai dia. Sayangi dia.
Usah dibeza-beza.
Teruk mana sisi buruk dia,
diam.
Seadanya,terima.. :)


S.A.P.A.


Lama rasanya 
tidak dijengah halaman sendiri.
Bersawang berhabuk.
Laman dibiar terpuruk tiada bicara.
Sengaja dibiar sepi.
Masih adakah mata-mata yang mahu menyapa?
Aku masih lagi sama.
Masih lagi seorang yang tiada sempurna.
Sama.

Tuesday, September 10, 2013

I.L.H.A.M.K.U


Bila aku terlihatkan matanya,
aku cuma kenal senyum.
Bila terlihatkan senyumnya,
aku mengerti apa itu bahagia.
Hati aku telah lama hilang dalam laman hatinya.
Tidak kutemui jalan pulang.
Berkurun sudah menghuni di situ..

Aku tidak mahu banyak.
Cuma mahu dia.
Dia segalanya.
Melalui setiap segala bersama dia.
Insan yang aku puja-puja.
Tetapi,dia tahukah?
Mengertikah dia?
Yang pasti,
Dia tak akan dapat faham..
Kerana cinta selalu memberi.... =)

Tuesday, July 16, 2013

S.E.K.A..


Juraian itu yang menyesak pembuluh darah aku.
Juraian itu juga menyempit salur nafas aku.
Sendu itu menjerut nadi aku.
Melumpuh segala kekuatan yang aku bangkitkan.
Deraian yang membunuh bicara aku.
Yang mengontangkan deria-deria.
Aku kaku.
Buntu.
Lumpuh.
Tak sanggup untuk aku lihat.
Namun,jasad itu perlu untuk terus tabah.
Terlalu perlu untuk terus kuat.
Sekeping hati itu sangat-sangat perlu bertahan.
Bukan untuk siapa-siapa.
Tapi untuk semua.

Sunday, July 7, 2013

MENGERTI...

Aku menulis lagi.
Kali ini,
selepas dimotivasi oleh seorang kawan.
Muda bebrapa tahun dari aku.
Cumanya,
cara dia menasihat senang untuk aku terima.

Aku pandai bicara tentang cinta,kasih dan sayang..
Tetapi,
aku kurang mengerti cara mengendalinya.
Aku tidak tahu pada siapa mahu aku cerita.
Makanya,aku cuba untuk berkongsi sama dia.
Ternyata,dia orangnya yang bisa aku cerita tentang rasa hati.
Mengapa dia?
Tiada jawapan.
Usah ditanya lagi..

Apabila aku bicara,
setiap butir dia dengar satu per satu.
Dia cuba untuk faham.
Dia acapkali juga berkongsi sama aku.
Cumanya,dia lebih senang bersama kawan-kawan yang lain.
Aku akan dicarinya andai dia mahu cuma aku untuk dicerita rasa hati.
Aku senang begitu.. sungguh..

Dia menasihat aku persis seorang kakak.
Dia cuba buat aku faham apa yang kabur pada pandangan bogel aku.
Mengapa aku tidak mampu faham sehebat dia?
Maksud aku disini,
Aku diberi 1 lagu beberapa minggu lepas dari seseorang.
Lama aku cuba untuk mengerti yang tersirat.
Aku cuma mampu faham apa yang terzahir.
Disebalik bait itu,
aku tak nampak.
Aku gagahkan hati untuk minta dia zahirkan maksud tersirat dalam lagu itu.
Makanya,dia ucapkan.
Sejurus itu,aku......
Tersentap.
Terkaku.
Terdiam.
Lagu kedua,dia tak mampu faham maksudnya.
Mahu tahu kenapa?
Kerana cuma aku yang lalui situasi itu.
Abaikan.

Bukan aku mahu terima bulat-bulat butir bicara dia.
Walhal aku tahu,
yang lalui keadaan itu cuma aku..
Aku yang lebih mengerti rasa yang menyisip ke jiwa.
Aku tahu,
kawan aku itu tak mahu aku terus hanyut dalam rasa yang aku cipta sendiri.
Dia cuba fahamkan aku,
Apa mahu si penghantar lagu itu.
Dia tak minta aku terima segala bicara dia.
Dia minta aku fikir setiapa apa yang dia kata.
Betul atau tidak aku yang perlu tentukan.
Dia bercakap dari sudut pandang dia.

Ya,selama 24 tahun hidup,
Aku tak mampu mengerti perkara sekecil itu?
Ya,aku buta dek kasih sayang dan cinta aku yang menebal buat seseorang.
Sehingga aku kabur apa mahunya dia dari aku.
Aku telah faham kini.

Langkah yang aku teruskan ini,
telah berubah iramanya.
Cumanya,masih lagi di laluan yang sama..
Terima kasih kerana telah fahamkan aku wahai kawan..
Sayang kamu! =)












Thursday, July 4, 2013

SELAMAT 24 LAKSAMANA JIWA RAGA

Kelahiran kamu menggembira sepasang hti yang menanti..
Tangisan putera kecil mengubat rindu si ibu..
Selamat datang ke pangkuan ibu wahai anak..
Penuh kesyukuran dia mengucup dahimu..

Apabila menginjak dewasa,
Kehadiranmu dalam hidup aku
Bagai membawa sejuta kebahagiaan dalam kelopak hidup aku.
Selamat datang wahai laksamana jiwa raga..
Hampir tujuh tahun kamu telah menghuni relung jiwa ini..

Setiap kali hari lahirmu,
Aku syukuri.
Kerana lahirnya kamu ke dunia,
Maka terlahir juga cinta aku untuk kamu..
Makanya, aku menunggu tarikh hari ni setiap tahun.
Hari lahir insan yang amat aku sayang.
Aku lalui setiap saat pada tarikh ini dengan penuh kebahagiaan.

Aku tahu,
Masih belum pasti apakah mungkin kita akan bisa hidup bersama menjalani kehidupan dalam ikatan yang halal..
Aku cuma mahu kamu tahu,
Kasih dan cinta aku bukan dipaksa hadirnya..
Andai masih aku punya ruang dan peluang membukti rasa yang menggebu buat kamu ini,
Setiap saat aku akan pasti ada untuk menemani.
Aku akan usahakan untuk terus dekat dengan kamu.
Sehingga 1 saat yang jelas dan pasti,
Saat itu adalah saat dimana adakah akad itu menghalalkan kita atau memisahkan.

Kamu terlalu istimewa untuk seorang gadis biasa seperti aku..
Selamat hari lahir,
Laksamana jiwa raga...
Cuma kamu kawan biasa istimewa aku.
Semoga yang terindah dan indah-indah menjadi milik aku dan kamu..
Semoga Yang Maha Penyayang,
Sentiasa melindungi kamu..




Sunday, June 30, 2013

KALAM KALBU



Saban malam aku berteleku dalam angan yang belum ku lihat bayang noktahnya..
Aku masih lagi memikir adakah mungkin aku tetap akan terus begini?
Membiar hati berharap.
Membiar jiwa terus bermadah syair pujangga buat dia di kejauhan sana.
Aku masih dan terus pertaruhkan cinta dan setia aku untuk dia.
Masih mahu terus menanti biarpun ada mungkin aku kecewa..
Ada mungkinnya aku bukan pilihan hatinya sebagai teman hidup sampai syurga.
Biar masa menentukan segalanya.
Selagi mampu,akan aku usahakan biarpun sekecil kuman untuk terus memenangi hatinya.
Namanya aku zikirkan dalam setiap sujud dan doa ku.
Aku mahu Tuhan tahu aku inginkan dia walaupun sesungguhnya Tuhan itu Maha Tahu.
Biar aku tersungkur..
Biar aku terluka..
Biar aku merana dalam perjalanan cinta aku.
Cuma yang selalu aku minta pada Tuhan yang satu,
Kuatkan aku dalam langkah yang seringkali tersasar..
Redhai aku agar segalanya dipermudah..
Aku tak minta lebih..
Cuma minta disatukan aku dan dia dalam ikatan yang halal
Dan dipelihara cinta kami sampai syurga..
Tuhan Maha Tahu siapa aku.
Tuhan Maha Tahu hati aku.
Biarlah penantian aku selama hampir 7 tahun untuk bersamanya aku teruskan.
Biar seisi alam tahu,
Hanya dia yang aku mahu.
Hanya dakapannya yang aku angankan.
Hanya hangat kasih sayangnya yang aku nantikan.
Aku pasti aku akan bersamanya..
Bantu aku Ya Allah.

Monday, May 6, 2013

JERIT JIWA DI REMANG PETANG




Aku butuh teman.
Untuk kongsi sebal dalam hati.
Untuk jerit rasa jiwa.
Untuk biar airmata tumpah.
Untuk pinjam bahu buat sandar.

Aku terlalu kepingin seseorang
yang tak jemu dengar cerita mengarut aku.
yang tetap akan gelak pada lawak yang sama.
yang tetap akan sayang aku apa adanya.
yang tak akan pernah mati cintanya pada aku.
yang akan seka airmata dan tenangkan aku.
yang pasti peluk aku saat amarah aku meledak.
yang tak mahu jauh dari aku lama-lama.

Aku pasti akan
selalu cuba untuk ada bila dia perlu.
Aku pasti
akan peluk saat pelukan itu bisa menenangkan
dia dari sebak dan sedih.
Aku pasti
sentiasa mahu bicara sama dia 
melalui lisan atau tulisan.
Dan yang paling pasti,
Aku akan rindu dia walau dia di depan mata.
Aku akan tetap sayang walau sering disakiti.
Aku tak akan melupakan dia walau sedetik.
Sayang aku tak akan pernah mati untuk dia.



Saturday, March 9, 2013

DENTING HATI DI SUATU MALAM...



Di bawah
Hamparan langit
Aku melakar rasa di sini.
Lagu hati aku berbaur
Bercampur
Irama dan melodi..
Sekejapan,
Aku ditiup suka.
Sekejapan lagi,
Aku dipeluk
Sepi
dan
Duka.
Aku butuh
Teman setia.
Yang bisa ada untuk aku
Setiap saat dan setiap ketika.
Meneman setiap rasa jiwa aku.
Aku relakan
Jiwa terkurung dalam
sangkar sang cinta.
Namun,
Biarlah
Sang cinta
itu benar-benar
Mahu aku
yang serba tidak sempurna.
Andai aku ketemu
Dia yang rela
Menghuni sangkar hatiku,
Akan
aku cintai
dia
disetiap
hirup
dan
hembus
Nafas aku.
Cuma dia sahaja.


Sunday, March 3, 2013

CAKAP-CAKAP KOSONG



Sebelum hari ini,
Aku terlalu kesah tentang manusia.
Selalu mahu jaga hati mereka2.
Tapi,tetap juga gagal.

Makanya,
di saat ini,
Aku berhenti.
Kerana setiap kali aku bikin salah,
Terus aku dihukum.
Di 'remove' friend dari laman mukabuku umpamanya.
Atau juga,
kerling aku cuma dari hujung ekor mata,
dan jeling..
Atau juga,
Bila aku bicara,
Dibiar aku bicara sendiri
bagai aku bicara sama patung cendana lagaknya..

Haihhh~

Masih lagi pemikiran kanak2.
Permusuhan itu perlu di gembar gemburkan
gamaknya..
Biar alam tahu
Apa yang berlaku..

Aku putuskan,
untuk membiar sahaja.
Aku penat.
Aku pun tak betah mahu punya
senarai kawan yang tak terbilang..
Lebih baik aku kesahkan
mereka-mereka yang kesahkan aku.
Cukup.





Saturday, February 23, 2013

RASA YANG MEMBUSUK MERENTAP TENANG AKU



Ya,
aku rindu laut..
Sungguh.
Membiar jasad dipukul bayu.
Dinginnya hingga ke 
tulang hitam.
Merela rasa dihempas ombak.
Hancur,
berkeping-keping.
Terasa sesuatu memberat
di suatu daerah.
Segumpal darah yang
bernama
HATI.

Apa mahunya?
Acapkali,
cuma 1 pintanya.
Mahu dibawa pergi rasa
yang meluluh 
seakan menyesak.
Agar ia kembali tenang.

Semilir angin,
Tiuplah sejauhnya
rasa yang membungkam
dan memberat ini.
Pembuluh darah aku sesak!

Laut,
bisakah aku dampingimu lagi?
Aku cuma mahu
Mencoret di pesisir pantai..
Menulis semua 
kesedihan,
amarah
juga
semua rasa 
yang tak terluah..

*helanafaspanjang







Tuesday, February 5, 2013

SILAP AKU DIMANA ?


Lama benar tidak aku jengah ke sini.
Bukan tidak punya waktu.
Cuma ia diluangkan untuk perkara-perkara lain.
Jelasnya,
aku penat menelaah tingkah sendiri.
Lagi penat bila cuba belajar untuk faham mahu manusia.

Aku dikata egois.
Aku dituduh bersalah pada mereka-mereka
yang membenci aku.
Mahu apa mereka dari aku?
Mahu apa aku dari mereka?
Soalan yang sama.
Cuma skopnya berbeda.

"Kau egois!"
Ayat itu cukup menyiat pembuluh darah aku.
"Kau tak guna!"
Ini bikin aku diam mikir dalam-dalam.
"Kau pentingkan diri!"
Dari segi apa? Aku buntu.
"Kau mahu manusia faham kau,
tapi kau tak mahu faham mereka!"
Bila hati aku disiat-siat,
Aku diam,telan dan maafkan.
Walaupun aku sakit sendiri,biar..
Tetapi,
bilamana aku menyiat rasa,
Aku perlu memperincikan satu per satu salah aku
untuk aku tahu mana salahnya.
Aku terus dihukum tanpa sepatah kata..
Dibiar aku mencari sendiri,
teraba-raba..

Kau kena tahu,
aku tak sehebat kau yang bisa faham manusia.
Manusia berbeda disetiap satunya.
Aku dungu.
Aku bodoh.
Aku buta menilai.
Ya! Barangkali benar kata kau..
Aku egois..

Manusia tak akan minta dibantu
andai dia bisa menyelesai sendiri kekusutan dia.
Dia tak akan minta ditunjuk jalan
andai dia sedia tahu arah mana harus dituju!
Perincikan silap salah aku
Biar dapat aku perbetulkan.
Bukan dibiar aku mengulang kesilapan yang sama.
Dan kau cuma lihat dari jauh dan tertawa.