LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, October 28, 2010

UNTAIAN KATA IRAMA JIWA.....


KERANCAKAN JEMARI AKU
MASIH LAGI BERSISA
PADA PAPAN KAKUBISU...
KATA-KATA CUMA HANYA TERLUAH
DALAM NAFAS YANG TERHELA..
MONOLOG HATI MASIH LAGI PETAH
MENYUSUN BAIT-BAIT UNTAI KATA...
MASIH LAGI TIDAK MAMPU UNTUK AKU
MENULIS UNTAIAN KATA ITU
KERANA HATI INI MASIH LAGI EGOIS
PADA AKAL DAN HATI YANG MEMUJUK...
LETIH TELINGA AKU
MENDENGAR BEBELAN JIWA DAN FIKIRAN
YANG TIDAK MENGENAL PENAT...
MASIH LAGI BERMONOLOG SENDIRI
TANPA MAHU BERKONGSI SAMA AKU....

KHABAR PENA PADA BINTANGBULAN,
"PINJAMKAN AKU SEDIKIT SINARMU
BIAR DAPAT AKU MELAKAR DI DADA LANGIT
DERAP NAFAS WANITA YANG HILANG IRAMANYA....."

Wednesday, October 27, 2010

AKU ADA SENDU YANG MENDERU DI DADA..

LAGU HATI AKU BERDENDANG SYAHDU..
HIBA MELODI YANG TERSUSUN DALAM
BAIT KATA BERSULAM HIBA..
TERBUAI RASA HATI AKU
DALAM SENDU YANG MENYERBU JIWA..
TERBUNGKAM PILU MUTIARA JERNIH ITU
SAAT BICARA TERLUAH DI DENYUT NADI CUMA..
MAHU AKU RATAH SAAT BERLALU DENGAN
PANDANGAN MATA YANG TIDAK AKAN BISA
DIFAHAMI OLEH SIAPA-SIAPA....
MAHU AKU KATUP RAPAT PANDANGAN AKU
DARI MELIHAT BAYANGAN KELAM SANG PURNAMA..

TULIS AKU PADA LANGIT HITAM PEKAT MALAM INI,

"AKU ADA SENDU YANG MENDERU DI DADA...
TOLONG AKU RUNGKAIKAN IA.."

Monday, October 11, 2010

Orang paling celaka bisa gugurkan air mata aku... sial!

Terhambur amarah aku sekejap td..........
Langkah seterusnya,
menangis.......
Sebab aku terlalu marah........
Tp,aku x dpt buat tindakan apa-apa.....

KALAU RASE-RASE SAKIT HATI,JAUHI PAGE AKU..

Aku masih lagi pada nama seorang aku
yang belum kuat utk meledak amarah pada muka
yang dibenci....
Bukan aku takut.. langsung tidak.. jauh sekali..
Cuma,x mahu bikin keadaan jd haru...
Disebabkan jawatan yang tercatat dibawahnya nama aku,
menyukarkan lagi utk aku bersuara semahu aku...
Vice President... gah sgt ke??
Aku x mahu tunjuk diri aku yang org pnh benci suatu ketika dahulu..
Aku x suka diri aku yang itu...
Tp,stp kali bila aku nmpk wajah h0d0h kau,
Ia seakan menggali kembali lubang dimana
telah aku kuburkan penyebab kebencian org pd aku....

*aishhh!!!

Kau terlalu sial utk disialkan!!

Monday, October 4, 2010

AKU SUDAH FAHAM APA ITU LUMRAH ALAM..

Aku x faham hati aku ni...
kadangkala,
terlalu tegar melakukan sesuatu..
Pada keadaan lain,
terlalu ampuh dan rapuh dalam
simpuhan kenangan milik aku..
Egois yang aku junjung tinggi melangit
aku jatuhkan juga..
Kesibukkan yang menyerbu ruang waktu aku
aku surutkan juga..
Kerja yang membeban bahu aku
Aku rungkaikan juga..
Walau tidak banyak yang terungkai..
Ukhuwah fillah...
Ramai yang suka frasa ni...
Termasuk aku..
Cuma,praktikalnya aku kurang gemar..
"Aku sentiasa ingat k0 selalu.."
"Aku d0akan k0 selalu.."
"Awak x pernah hilang dr hati sy.."
Terima kasih atas ingatan dan doa itu...
Cuma aku bukan dapat faham apa2 dr ckp2 sebegitu..
Buktikan kepada aku apa yang kamu-kamu selalu ckp2 kan..
Sebetulnya,
jarak begitu menguji utuhnya sesebuah ikatan..
Mahu bukti?
Aku punya segala bukti yang kukuh..
Semua sedang berlaku depan mata aku..
Fahamlah aku kini..
Apa yang dikatakan lumrah alam..
Manusia..
Manis bicaranya cuma pada saat ia ditutur..
Selebihnya?
Pandai-pandai la mahu fikir apa...

UKIRAN SENYUM PAGI HARI.....

Mekar bahagia senyumku tatkala disapa
Senyum mentari pagi..
Terpamer jelas dimataku
Raut wajahmu yang juga bisa mengukir riang hariku..
Sayang,aku rindu ukir senyummu itu...