LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Monday, November 29, 2010

AKU TEMU INI DIDENYUT HARI AKU...


"AKU BERTEMAN SENYUM
SEDANG MELANGKAH RIANG
WALAU KAKI TERPAKU KE LAUT
DAN HATI TERIKAT KE LANGIT
NAMUN JIWA KEBAL
MEMELUK CAKERAWALA
TUHAN YANG ESA.."

Sunday, November 21, 2010

HARI YANG BERMAKNA,NAMUN KECEWA MENYAPA...

Hari ni,
jiwa aku kosong..
Sekosong dinding kamarku..
Cuma,
Jiwa aku tidak berhenti
berkata-kata..
Tidak aku faham butir bicara.
Pergilah wahai hari ini..
Datanglah segera hari esok..
Aku mahu senyum lagi..

Wednesday, November 17, 2010

BOSAN

Dalam hati aku cuma ada seperkara.
BOSAN.
Bilamana hati aku mula muak,
pada perkara yang aku sayangkan.

Mengharap yang menjauh kembali dekat.
Yang hilang kembali ditemu.
Yang hambar kembali ceria.

Disaat hati aku mula merasa cukup dengan sesak.
Disaat jantung aku terasa sakit mendenyut
nama yang aku selalu sebutkan.

Fikiran aku membisik pada urat nadi yang membusuk
menyeru nama itu,
"pergilah.. kali ini aku maksudkan apa
yang aku khabarkan..
Mahu sgt menyepi dan melangkah dari aku,
pergilah...
Aku takkan tahan lagi..
Tapi,
Tolong aku 1 perkara..
TOLONG JANGAN KEMBALI LAGI...."

Tuesday, November 9, 2010

AKU PULANGKAN DIA KEPADAMU,TUHAN.....

Jemari aku
masih lagi
rindu untuk membelai
papan kakubisu ini..
Demi meluah kata yang
terkunci dalam urat nadi..
Akal aku tersimpul dalam mencari
kebenaran hakikat
yang jelas tertulis pada aku..
Cuma hati
masih lagi tidak mahu
hakikat itu
menjadi nyata..
Perlukah untuk aku
kembali melakar
pada langit hitampekat lagi?

JANGAN AMBIL DIA DARI AKU,TUHAN.......

Tuhan,
Beri aku waktu lagi
untuk menganyam kembali
kepingan-kepingan yang tercerai..
Beri aku peluang lagi
untuk menampal kesilapan
yang aku bikin.
Tuhan,
Masih lagi tidak putus
aku menadah tangan padaMu
agar bahagia itu
kembali ku miliki..