Ya,
aku akui
kesilapan itu
terlalu pedih buat kamu
dan,
terlalu sakit untuk dimaafkan.
Pernahkah kamu
terfikir mengapa aku lakukan perkara
itu sedangkan
perkara itu adalah ceritera
antara aku dan kamu?
Sebabnya,
Aku ialah manusia.
Lemah sana sini..
Kurang serba serbi..
Kamu tahu,
Aku tak sedar aku telah menyakiti kamu..
Cuma 1
yang aku mahu kamu sedar..
Aku sayang kamu sepenuh hati
Ikhlas kerana Allah..
Apa yang kamu mahu aku lakukan
supaya kamu bisa lihat juga merasai
sayang aku?
Maaf..
Kerana aku cuma
belajar menyayangi..
Bukan menjauhi apatah lagi membenci..
Aku tak mampu..
Tolong jangan minta aku lakukan itu..
Aku sangat perlu kamu,sayang..
Sumpah!
Atas nama Maha Penyayang
dan
Pemilik Cinta Abadi..
Andai kamu mahu jauhi aku,
itu hak kamu..
Pada kamu,
Mungkin itu yang terbaik.
Maaf,
Tapi tidak pada aku..
Aku akan terus
bersama kamu,
menyayangimu bagai selalu,
menjagamu setiap waktu,
dan
bersabar hingga tiba saat itu..
Saat dimana
kamu mula mengerti dan memahami
bahawa aku tidak pernah
walau sekalipun
berpura-pura sayang dan rindu kamu..
Maaf,
Walau sejuta amarah dan benci
yang kamu lemparkan pada aku,
aku akan tetap sayang kamu..
Maafkan aku...

