Wahai hati yang amat aku kasihi....
Mengapa kau bersedih wahai hati??
Tahukah kau,jiwa juga turut terasa sendumu itu??
Seluruh alam juga terasa sebaknya...
Di pagi yang hening ini,
Embun ku rasakan kesejukannya
bagai mahu bunuh aku...
Pabila sang suria menyinar nanti,
tentu bahangnya membakar juga....
Andai mahu diperincikan
satu per satu
apa rasa yang memenuhi seluruh jasadku,
Tidak cukup cahaya bintangbulan
untuk aku jadikan tinta
melakar semua rasa itu..
Mungkin sedih..
Sepi juga ada..
Rindu...
Itu rasa yang buat aku sesak...
Bilamana aku mahu tertawa,
aku paksa tawa itu
agar terzahir..
Biar insan2 sekeliling tahu
bahawa aku benar2 gembira...
Namun,
di suatu titik
andai diteliti satu per satu
sudut di riak wajah ini
mereka akan ketemu
baris ayat,
"aku cuma mahu bikin
insan sekeliling aku gembira
b'kawan sama aku.."
Ya Allah,
Kurniakan aku rasa gembira..
suburkan hati aku dengan bahagia..
Kuatkan jiwa aku menahan sakit
perpisahan jarak dan waktu...
Wahai Tuhan,
HambaMu ini mengerti,
tiada yang endahkan keadaan aku
bilamana aku susah,sakit,sedih,kecewa & tidak b'daya...
Cuma Engkau yang Maha Setia bersama
aku walau hambaMu ini selalu
ingkar suruhanMu.....
Tuhan,
Bolehkah kiranya
Kau tiupkan ke dalam hati
insan2 kesayangan hati aku
rasa kasih buat aku??
Aku cuma seorang yang lemah...
Perlu mereka sama seperti
insan2 lain yang memerlukan teman
buat menyapu titis air mata..
buat mengukir senyum di garis muka..
untuk memelukku di saat aku berduka..
untuk meminjam bahu untuk aku menangis hiba..
untuk menyokong aku disaat aku mahu bertatih semula..
untuk berkongsi rasa jiwa menggebu di dada.....
Tolong aku Tuhan..... Tolong aku....
*menangis