LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Tuesday, July 16, 2013

S.E.K.A..


Juraian itu yang menyesak pembuluh darah aku.
Juraian itu juga menyempit salur nafas aku.
Sendu itu menjerut nadi aku.
Melumpuh segala kekuatan yang aku bangkitkan.
Deraian yang membunuh bicara aku.
Yang mengontangkan deria-deria.
Aku kaku.
Buntu.
Lumpuh.
Tak sanggup untuk aku lihat.
Namun,jasad itu perlu untuk terus tabah.
Terlalu perlu untuk terus kuat.
Sekeping hati itu sangat-sangat perlu bertahan.
Bukan untuk siapa-siapa.
Tapi untuk semua.

Sunday, July 7, 2013

MENGERTI...

Aku menulis lagi.
Kali ini,
selepas dimotivasi oleh seorang kawan.
Muda bebrapa tahun dari aku.
Cumanya,
cara dia menasihat senang untuk aku terima.

Aku pandai bicara tentang cinta,kasih dan sayang..
Tetapi,
aku kurang mengerti cara mengendalinya.
Aku tidak tahu pada siapa mahu aku cerita.
Makanya,aku cuba untuk berkongsi sama dia.
Ternyata,dia orangnya yang bisa aku cerita tentang rasa hati.
Mengapa dia?
Tiada jawapan.
Usah ditanya lagi..

Apabila aku bicara,
setiap butir dia dengar satu per satu.
Dia cuba untuk faham.
Dia acapkali juga berkongsi sama aku.
Cumanya,dia lebih senang bersama kawan-kawan yang lain.
Aku akan dicarinya andai dia mahu cuma aku untuk dicerita rasa hati.
Aku senang begitu.. sungguh..

Dia menasihat aku persis seorang kakak.
Dia cuba buat aku faham apa yang kabur pada pandangan bogel aku.
Mengapa aku tidak mampu faham sehebat dia?
Maksud aku disini,
Aku diberi 1 lagu beberapa minggu lepas dari seseorang.
Lama aku cuba untuk mengerti yang tersirat.
Aku cuma mampu faham apa yang terzahir.
Disebalik bait itu,
aku tak nampak.
Aku gagahkan hati untuk minta dia zahirkan maksud tersirat dalam lagu itu.
Makanya,dia ucapkan.
Sejurus itu,aku......
Tersentap.
Terkaku.
Terdiam.
Lagu kedua,dia tak mampu faham maksudnya.
Mahu tahu kenapa?
Kerana cuma aku yang lalui situasi itu.
Abaikan.

Bukan aku mahu terima bulat-bulat butir bicara dia.
Walhal aku tahu,
yang lalui keadaan itu cuma aku..
Aku yang lebih mengerti rasa yang menyisip ke jiwa.
Aku tahu,
kawan aku itu tak mahu aku terus hanyut dalam rasa yang aku cipta sendiri.
Dia cuba fahamkan aku,
Apa mahu si penghantar lagu itu.
Dia tak minta aku terima segala bicara dia.
Dia minta aku fikir setiapa apa yang dia kata.
Betul atau tidak aku yang perlu tentukan.
Dia bercakap dari sudut pandang dia.

Ya,selama 24 tahun hidup,
Aku tak mampu mengerti perkara sekecil itu?
Ya,aku buta dek kasih sayang dan cinta aku yang menebal buat seseorang.
Sehingga aku kabur apa mahunya dia dari aku.
Aku telah faham kini.

Langkah yang aku teruskan ini,
telah berubah iramanya.
Cumanya,masih lagi di laluan yang sama..
Terima kasih kerana telah fahamkan aku wahai kawan..
Sayang kamu! =)












Thursday, July 4, 2013

SELAMAT 24 LAKSAMANA JIWA RAGA

Kelahiran kamu menggembira sepasang hti yang menanti..
Tangisan putera kecil mengubat rindu si ibu..
Selamat datang ke pangkuan ibu wahai anak..
Penuh kesyukuran dia mengucup dahimu..

Apabila menginjak dewasa,
Kehadiranmu dalam hidup aku
Bagai membawa sejuta kebahagiaan dalam kelopak hidup aku.
Selamat datang wahai laksamana jiwa raga..
Hampir tujuh tahun kamu telah menghuni relung jiwa ini..

Setiap kali hari lahirmu,
Aku syukuri.
Kerana lahirnya kamu ke dunia,
Maka terlahir juga cinta aku untuk kamu..
Makanya, aku menunggu tarikh hari ni setiap tahun.
Hari lahir insan yang amat aku sayang.
Aku lalui setiap saat pada tarikh ini dengan penuh kebahagiaan.

Aku tahu,
Masih belum pasti apakah mungkin kita akan bisa hidup bersama menjalani kehidupan dalam ikatan yang halal..
Aku cuma mahu kamu tahu,
Kasih dan cinta aku bukan dipaksa hadirnya..
Andai masih aku punya ruang dan peluang membukti rasa yang menggebu buat kamu ini,
Setiap saat aku akan pasti ada untuk menemani.
Aku akan usahakan untuk terus dekat dengan kamu.
Sehingga 1 saat yang jelas dan pasti,
Saat itu adalah saat dimana adakah akad itu menghalalkan kita atau memisahkan.

Kamu terlalu istimewa untuk seorang gadis biasa seperti aku..
Selamat hari lahir,
Laksamana jiwa raga...
Cuma kamu kawan biasa istimewa aku.
Semoga yang terindah dan indah-indah menjadi milik aku dan kamu..
Semoga Yang Maha Penyayang,
Sentiasa melindungi kamu..