Tuesday, February 5, 2013
SILAP AKU DIMANA ?
Lama benar tidak aku jengah ke sini.
Bukan tidak punya waktu.
Cuma ia diluangkan untuk perkara-perkara lain.
Jelasnya,
aku penat menelaah tingkah sendiri.
Lagi penat bila cuba belajar untuk faham mahu manusia.
Aku dikata egois.
Aku dituduh bersalah pada mereka-mereka
yang membenci aku.
Mahu apa mereka dari aku?
Mahu apa aku dari mereka?
Soalan yang sama.
Cuma skopnya berbeda.
"Kau egois!"
Ayat itu cukup menyiat pembuluh darah aku.
"Kau tak guna!"
Ini bikin aku diam mikir dalam-dalam.
"Kau pentingkan diri!"
Dari segi apa? Aku buntu.
"Kau mahu manusia faham kau,
tapi kau tak mahu faham mereka!"
Bila hati aku disiat-siat,
Aku diam,telan dan maafkan.
Walaupun aku sakit sendiri,biar..
Tetapi,
bilamana aku menyiat rasa,
Aku perlu memperincikan satu per satu salah aku
untuk aku tahu mana salahnya.
Aku terus dihukum tanpa sepatah kata..
Dibiar aku mencari sendiri,
teraba-raba..
Kau kena tahu,
aku tak sehebat kau yang bisa faham manusia.
Manusia berbeda disetiap satunya.
Aku dungu.
Aku bodoh.
Aku buta menilai.
Ya! Barangkali benar kata kau..
Aku egois..
Manusia tak akan minta dibantu
andai dia bisa menyelesai sendiri kekusutan dia.
Dia tak akan minta ditunjuk jalan
andai dia sedia tahu arah mana harus dituju!
Perincikan silap salah aku
Biar dapat aku perbetulkan.
Bukan dibiar aku mengulang kesilapan yang sama.
Dan kau cuma lihat dari jauh dan tertawa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment