Thursday, November 19, 2009
KETAKUTAN AKU..
Terlalu takut aku untuk menghadapi cabaran di usia 20. Tidak aku tahu mengapa. Angka itu
cukup buat aku berfikir terlalu banyak perkara. dari apa yang aku perlu buat apabila
bukanya mata di waktu subuh hingga ia ditutup kembali di malam hening.. setiap saat ada
ceritanya sendiri. setiap detik punya amanah yang tidak terzahir. mungkin pada insan lain,
ia sama seperti usia2 lain. Tetapi,bukan bagi aku. November cuma tinggal beberapa bilangan
sahaja lagi. Disember pula akan membiarkan hari2nya dihitung. tidak aku tahu apa yang
terlalu lincah bermain dalam benak aku ini. Sehinggakan saat yang berlalu dirasa terlalu
pantas. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 19. yang hampir meragut
semangat hidup juga ada. Syukur ia tidak berpanjangan.
Pada usia 20,terasa mahu berteman. Pada usia ini juga mahu punya segala. mahu tahu segala.
mahu cuba segalanya. Segalanya sudah mula terasa untuk dicuba. Ya.. Aku semakin berani
untuk mencuba. Curiosity aku meningkat. tidak aku tahu mengapa aku memerlukan sebab
dan alasan untuk setiap inci perkara yang berlaku. Aku sedang cuba untuk tidak terlalu
memikirkan perkara yang tidak2.. perkara yang menyerabutkan fikiran,tetapi aku terlalu
suka untuk memikirkan ia.
Aku sedar terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan. perlu diambil peduli. perlu ditolak
tepi. perlu diperhati. untung nasib aku 5 tahun akan datang hanya akan ditentukan oleh setiap
perkara yang aku kerjakankan. andai aku tanam padi,padilah hasilnya. andainya
lalang,lalang juga yang aku dapat. untung nasib tenggelam timbul jatuh bangun aku sendiri
yang corak. bukan orang lain.
Dengan sapa aku mahu bersama. Orang seperti mana pilihan aku. Cara hidup apa yang aku
pilih. Aku yang tentukan. mahu ikut arus zaman yang semakin hanyut tapi manis dengan
segala macam nikmat dunia inikah atau ikut landasan syariat yang kemanisannya hanya
akan dapat dirasa di hari pembalasan kelak. ke syurgakah aku? ke nerakakah? pun aku yang
tentukan.. Nauzubillah..
Insan seperti mana yang aku mahu jadi? disenangikah atau dibenci? anak yang tahu
mengenang jasakah atau mahu dikenang jasanya? Mahu berhidup senang atau menumpang
senang orang? Aku tahu aku berada di landasan yang betul. Aku mohon pada Illahi agar aku
terus berada di landasan ini. demi untuk mencari keredhaanNya,kasihNya dan
keberkatanNya dalam hidup ini. kerana tanpa itu semua aku bisa mati. Aku bisa mati dalam
kufur. mati dalam dosa. mati dalam jahil. Aku tidak mahu........
Tidak aku tahu atas sebab apa aku tulis entri ini. Mungkin,aku terlalu risau dan takut dengan
keadaan dunia sekarang. manusia tidak tahu lagi apa itu malu. tidak tahu lagi apa itu dosa.
penipuan di sana sini. penzinaan bagai adat pasangan yang berkasih. pengkhianatan bagai
makanan harian. Nauzubillah..
Aku harap apabila aku menginjak ke usia 20 itu,
aku akan mampu menjadi seperti dalam angan dan impian aku.
terlalu mahu aku menjadi seseorang seperti di dalam khayalan aku itu.
Disunting jejaka yang merindui syurga Allah.
Berhidup dengan sebaik-baik kehidupan yang diredhai dan diberkati.
Bekerja dengan berlapang dada dan disenangi rakan2..
Berbakti kepada ayahandabonda yang tidak pernah tahu erti jemu dan bosan dalam mendidik
aku yang adakalanya terlalu menguji kesabaran hati.
Bersahabat rapat bersama sahabat dunia akhirat aku hingga ke penghidupan yang abadi..
Terlalu banyak impian dan angan2 aku dalam meniti kehidupan dalam mencari keberkatan
dan mengikut syariat islam yang sewajarnya...
Terlalu mahu aku merasa manisnya berhidup dalam dakapan cintaNya.
Aku rela melupakan seketika cinta manusia demi cintaMu,Tuhan..
Cintailah aku.. Damaikanlah hati ini..
Monday, November 16, 2009
KEPADA SAHABAT AKU..
Hari-hari yang berlalu
terlalu amat tenang buat aku
buat aku yang amat merindui ketenangan
yang dulu menjauhi
Aku ada teman yang setia
Aku ada sahabat yang satu
Aku ada dia untuk aku sandarkan
Tiada lagi hari aku yang kusam
tiada lagi ruang buat semangat aku terbang
tiada lagi kesedihan menghuni hati
tiada lagi waktu buat aku diam
Tawa riang dia mengundang senyumnya aku
senyuman mesranya damai dirasa
Aku kini terpanggil demi untuk satu hasrat
adanya dia buat peneman aku dikala keliru
hadirnya dia sebagai penguat langkah aku
kembalinya dia.. pengukir agung senyum aku.
Aku dan dia
punya azam yang satu
mencari keredhaan Illahi..Pemilik Cinta Agung
Langkah kami bersatu
dengan harapan yang tiada bertepi
Manis cinta dunia dibiar untuk seketika
Demi cinta akhirat yang diimpi
Biar sakitperitnya sekarang
kerana
manisnya di hari muka
Cinta untuk mencari teman di akhirat yang halal dan hakiki
Dia
sahabat aku yang istimewa
menjadi aku akan diri aku apabila adanya dia
Teruslah mendampingi aku sahabat
kerana tanpa kamu pinjaman Allah buat aku
tiada lagi memori yang dapat aku kait
dengan benang masa yang aku ada
Kau sungguh teramat tak ternilai buat insan seperti aku.
Nurul Nashida,
Tidak aku tahu pujian terpaling baik
buat kamu
Tidak aku tahu panggilan terpaling sempurna
buat kamu
Tidak aku tahu hadiah terpaling indah
buat kamu
melainkan satu
Semoga rahmat Allah sentiasa terlimpah
untuk kamu
sahabat dunia akhirat aku..
Subscribe to:
Comments (Atom)

