LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, November 19, 2009

KETAKUTAN AKU..


Terlalu takut aku untuk menghadapi cabaran di usia 20. Tidak aku tahu mengapa. Angka itu

cukup buat aku berfikir terlalu banyak perkara. dari apa yang aku perlu buat apabila

bukanya
mata di waktu subuh hingga ia ditutup kembali di malam hening.. setiap saat ada

ceritanya sendiri. setiap detik punya amanah yang tidak terzahir. mungkin pada insan lain,

ia sama seperti usia2 lain. Tetapi,bukan bagi aku. November cuma tinggal beberapa bilangan

sahaja lagi. Disember pula akan membiarkan hari2nya dihitung. tidak aku tahu apa yang

terlalu lincah bermain dalam benak aku ini. Sehinggakan saat yang berlalu dirasa terlalu

pantas. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 19. yang hampir meragut

semangat hidup juga ada. Syukur ia tidak berpanjangan.


Pada usia 20,terasa mahu berteman. Pada usia ini juga mahu punya segala. mahu tahu segala.

mahu cuba segalanya. Segalanya sudah mula terasa untuk dicuba. Ya.. Aku semakin berani

untuk mencuba. Curiosity aku meningkat. tidak aku tahu mengapa aku memerlukan sebab

dan alasan untuk setiap inci perkara yang berlaku. Aku sedang cuba untuk tidak terlalu

memikirkan perkara yang tidak2.. perkara yang menyerabutkan fikiran,tetapi aku terlalu

suka untuk memikirkan ia.


Aku sedar terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan. perlu diambil peduli. perlu ditolak

tepi. perlu diperhati. untung nasib aku 5 tahun akan datang hanya akan ditentukan oleh setiap

perkara yang aku kerjakankan. andai aku tanam padi,padilah hasilnya. andainya

lalang,lalang juga yang aku dapat. untung nasib tenggelam timbul jatuh bangun aku sendiri

yang corak. bukan orang lain.


Dengan sapa aku mahu bersama. Orang seperti mana pilihan aku. Cara hidup apa yang aku

pilih. Aku yang tentukan. mahu ikut arus zaman yang semakin hanyut tapi manis dengan

segala macam nikmat dunia inikah atau ikut landasan syariat yang kemanisannya hanya

akan dapat dirasa di hari pembalasan kelak. ke syurgakah aku? ke nerakakah? pun aku yang

tentukan.. Nauzubillah..


Insan seperti mana yang aku mahu jadi? disenangikah atau dibenci? anak yang tahu

mengenang jasakah atau mahu dikenang jasanya? Mahu berhidup senang atau menumpang

senang orang? Aku tahu aku berada di landasan yang betul. Aku mohon pada Illahi agar aku

terus berada di landasan ini. demi untuk mencari keredhaanNya,kasihNya dan

keberkatanNya dalam hidup ini. kerana tanpa itu semua aku bisa mati. Aku bisa mati dalam

kufur. mati dalam dosa. mati dalam jahil. Aku tidak mahu........


Tidak aku tahu atas sebab apa aku tulis entri ini. Mungkin,aku terlalu risau dan takut dengan

keadaan dunia sekarang. manusia tidak tahu lagi apa itu malu. tidak tahu lagi apa itu dosa.

penipuan di sana sini. penzinaan bagai adat pasangan yang berkasih. pengkhianatan bagai

makanan harian. Nauzubillah..


Aku harap apabila aku menginjak ke usia 20 itu,

aku akan mampu menjadi seperti dalam angan dan impian aku.


terlalu mahu aku menjadi seseorang seperti di dalam khayalan aku itu.


Disunting jejaka yang merindui syurga Allah.


Berhidup dengan sebaik-baik kehidupan yang diredhai dan diberkati.


Bekerja dengan berlapang dada dan disenangi rakan2..


Berbakti kepada ayahandabonda yang tidak pernah tahu erti jemu dan bosan dalam mendidik

aku yang adakalanya terlalu menguji kesabaran hati.


Bersahabat rapat bersama sahabat dunia akhirat aku hingga ke penghidupan yang abadi..


Terlalu banyak impian dan angan2 aku dalam meniti kehidupan dalam mencari keberkatan

dan mengikut syariat islam yang sewajarnya...


Terlalu mahu aku merasa manisnya berhidup dalam dakapan cintaNya.


Aku rela melupakan seketika cinta manusia demi cintaMu,Tuhan..


Cintailah aku.. Damaikanlah hati ini..

No comments: