LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, April 9, 2010

KUTITIP DAN KUBINGKIS TULISAN INI BUAT KAMU..


Sebelum aku memulakan
perjalanan tanpa bayang kamu,
ingin aku tulis sesuatu buat kamu.
Agar kamu dapat rasa bahawa aku selalu mengingati kamu..
Tidak dapat aku membayangkan
apakah yang bakal aku lalui pada hari-hari mendatang.
Bagaimanakah lakaran perjalanan waktu yang melalui aku tanpa kamu.
Dapatkah aku bersenyum riang seperti selalu?
Terasa bagai kehilangan tanpa kamu disisi.
Terasa bagai kesepian menghimpit tanpa kamu menemani.
Terasa kekurangan tanpa kamu melengkapi.
Apakah mungkin kerana kita selalu bersama setiap detik waktu?
Cuma aku sahaja yang tidak tegar melangkah apabila tiadanya kamu.
Alasan yang sebenar2 alasan,cuma aku yang tahu.
Mungkin aku terasa cukup dengan kamu.
Kamu setia bersama aku walaupun adakalanya kita menangis duka.
racunbisa,itulah kamu..
penawar juga adalah kamu.
Kamu yang melukakan,kamu juga yang mengubati..
Tidak pernah aku meminta pada Tuhan seorang kawan.
Tapi,Dia tahu aku perlu kawan seperti kamu.
Betapa hebatnya Dia..
Maha Mengetahui segala yang tersembunyi
disebalik degupan jantung juga
helaan nafas hambaNya..

Kepada kamu,
kawan istimewa anugerah Illahi
buat insan yang tidak sempurna seperti aku..
Usah dinilai persahabatan itu dengan rupa dan perlakuannya,
kerana apa yang terlihat dek mata kamu itu dusta.
Tapi,nilailah persahabatan itu
melalui hati kecil kamu.
Kerana andai kamu ikhlas bersamanya,
Maka,keindahan persahabatan itu turut terpancar sinarnya.
Walaupun adalakanya
persahabatan itu diduga,
Perlunya kamu untuk terus kuat berdiri.
Mempertahankan persahabatan yang tidak ternilai harganya.
Telah berjanji Allah SWT kepada hambaNya,
"Tidak mendapat naungan di mahsyar nanti,
melainkan 7 golongan.
Antaranya ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah.
Mereka bertemu dan berpisah adalah kerana Allah.."

Biarlah cuma Dia yang tahu betapa sayangnya aku pada kamu..
kehilangan kamu aku tak mahu..
Berjauhan dari kamu,
minta dijauhkan dari aku..
Aku tahu kamu cuma pinjaman Allah buat aku...
Sementara pinjaman terindah ini masih milik aku,
akan aku pertahankan dan aku jaga sebaiknya..
Itu janji aku..

No comments: