
Aku selalu menulis setiap rasa hati aku..
kenapa?
Kerana aku tiada siapa-siapa yang sudi
menadahdengar apa yang mahu aku jerittangiskan..
Aku tak merasa malu menulis
apa yang ada di setiap denyut nadi aku..
kenapa?
Kerana tulisan2 aku bukan buat insan bijakpandai
yang hanya tahu baca
naskhah fakta..
Aku selalu lemparkan perasaan aku
pada Senandung Matahatijiwa..
Kenapa?
"Dia" selalu ada untuk aku
menangishiba,
&
menadahdengar
juga
cuma
diambisu
membiar aku bercerita setenang mahu
jemari hati aku..
Tidak lagi mahu aku pertaruhkan setia janji
aku pada siapa-siapa lagi..
Melainkan
hanya cuma pada,
Senandung Matahatijiwa ini..