Fikiran tidak mahu berhenti mengimaginasi insan kesayangan hati..
tika jarum saat menginjak ke dinihari,
memori masih lagi waras mencari madahkata nukilan illusi..
kerinduan pula mengusik ketenangan diri dikala semangat mahu kembali..
terkadang apabila bersama,kita seringkali terluka dengan tingkah yang adakalanya menyakitkan..
terkadang apabila bersama,bagai tiada esok lagi buat kita,
terlalu leka dengan cerita dan gelak ketawa..
apabila berjauhan seperti tika dan saat ini,hati meronta minta didekatkan kamu yang jauh..
apabila berjauhan seperti ini,hatijiwa bagai kaku tak bernyawa.
Pinta aku pada hati agar dikuatkan untuk tempuh waktu yang lumpuh tak bergerak... lambat...
betapa benci aku pada kerinduan yang menyesakkn urat nadi..
sungguh aku sayang pada insan kesayangan hati aku itu..
sayang aku pada dia selayaknya dia disayangi tanpa syarat dan noktah..
kerana dia kawan kesayangan hati yang tiada bisa dicari ganti..


No comments:
Post a Comment