LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Saturday, February 19, 2011

DISAAT NAFAS AKU TELAH TENANG,MENGAPA DIGANGGU LAGI NAFAS ITU..


Cukup
untuk aku
tahu,
&
rasa
bahawa kamu
juga
seluruh hidupmu
aman & tenang
disaat aku melangkah
dari setiap hela nafasmu...

Jangan
pernah rindu aku..
Usah
bajai sayang juga cinta buat aku
kerana
aku tidak pantas
mendampingi kamu
apatah lagi
merasai semua itu
bersama kamu..

Aku telah jauh..
Jangan kamu harapkan aku......

"Cinta cumalah hanya
1 perasaan yang perlu dirasa hadirnya..
kerana,
cinta itu terlalu besar jisim juga nilainya..
Bukan senang sebenarnya untuk bercinta...."

Monday, February 14, 2011

SEBAB KAU MAKHLUK SETAN


T'diam aku tatkala mendengar suara kecil itu mengomel...
memuntah cerita yang terlalu bisa buat hatinya...
Dalam ceritanya ada tangis yang t'esak..
Dalam ceritanya ada rasa kurang enak..
Lalu,
Aku pujuk hati kecil itu
menyata kata-kata manis bagi
menyalju kembali hati yang t'kait sedih...
Mahu hatinya untuk mendakap aku
dari kejauhan..
Mahu hati aku pula,
menyeka sisa tangis air matanya..

Mengapa disakiti hati kecil insan kesayangan aku,
Setan!!
Dia langsung tak mahu ambil tahu hal kau
apatah lagi menjaja cerita buruk kau
yang ternyata busuk sedari awal..
Mengapa dibiar air mata itu
membasahi pipinya di saat
aku tak bisa menyeka?
Kau memang sial!!

Tahulah kau bila bayang aku
ketemu sama bayang kau!
Akan aku lumatkan hingga
mentari x mampu lagi membentuk
bayang kau lagi!
Kau buat jiwa aku sesak la
sial!!
Insan kesayangan aku
terlalu jauh untuk aku tenangkan
jiwanya bagai selalu..
Terlalu jauh untuk
aku seka air matanya juga...

Kau tahu kenapa amarah aku
membuak-buak??
sebab,
insan yang kau sakiti itu
di dalam hatinya ada nama aku..
Dia tahu aku selalu ada buat
dia..
Yang kau ban*sat sangat kenapa????
Aku jauh tahu tak
setan?????

Aaarrgghhhhhhh!!!!

Sunday, February 6, 2011

TULISAN MAAF NAFAS AKU YANG SARAT......


Jemari
membisik pada
hati kecil di dini hari.....
Mahunya cuma menari
di papan kakubisu
untuk menyusun lenggok bahasa
yang mendenyut di halaman jiwa..
Menyurat
pada yang tersirat hanya
di laman polos ini,
di ruangan maya ini..
Hamparan langit membiru di cakerawala Tuhan
Ditemani bahang senyuman sang suria,
Damai juga tenang dirasa..
Ingin benar
aku mencoretlakar
bicara bisu hatijiwa aku
pada dada langit yang membiru itu..

"Telah aku tinggalkan memori bersamamu..
Terlalu indah untuk dikenangkan,
Terlalu mahal untuk dilupakan,
Terlalu manis untuk ditelan..
Menyakitimu bukan
kehendak hati yang
punya sayang
padamu..
Menyakitimu
bukanlah
1 pilihan
buat aku..
bukan juga
1 keperluan hidup
aku,
juga bukan
kemahuan
hati
aku.."

Maaf
sejuta kali maaf aku mohon
ikhlas dari hati kecil aku..
Terlalu mahu aku memeluk mu
untuk menyata betapa hati aku sayang
pada insan yang pernah
mencurah kasih pada aku ini...
Cuma,
aku silap kerana
tidak mampu kawal amarah itu
dikala aku rasa terasing jauh
darimu..
Lalu,
aku tulis bahasa aku
yang telah bikin hatimu
terguris
luka..
Maafkan aku
kerana
punya rindu buatmu...
Maafkan aku
kerana
Terlalu sayang padamu..
Juga,
Maafkan aku
kerana
tidak mampu menjauhi
bayangmu...

Wednesday, February 2, 2011

KALAM NALURI DI MALAM YANG DINGIN...

Apabila hati aku punya rindu

yang x terungkapkan dengan bait-bait kata....

Apabila jiwa aku mendenyut nama

yang tiada lagi kepunyaan aku...

Dan,

Apabila hela nafas aku

tidak lagi bisa diatur setenangnya.......

Cuma aku,

yang hanya akan terus

berhidup dalam setiap derap nafas dan denyut nadi

aku sendiri...

Bertahanlah wahai jasad juga jiwa aku!

Kau mampu!