Jemari
membisik pada
hati kecil di dini hari.....
Mahunya cuma menari
di papan kakubisu
untuk menyusun lenggok bahasa
yang mendenyut di halaman jiwa..
Menyurat
pada yang tersirat hanya
di laman polos ini,
di ruangan maya ini..
Hamparan langit membiru di cakerawala Tuhan
Ditemani bahang senyuman sang suria,
Damai juga tenang dirasa..
Ingin benar
aku mencoretlakar
bicara bisu hatijiwa aku
pada dada langit yang membiru itu..
"Telah aku tinggalkan memori bersamamu..
Terlalu indah untuk dikenangkan,
Terlalu mahal untuk dilupakan,
Terlalu manis untuk ditelan..
Menyakitimu bukan
kehendak hati yang
punya sayang
padamu..
Menyakitimu
bukanlah
1 pilihan
buat aku..
bukan juga
1 keperluan hidup
aku,
juga bukan
kemahuan
hati
aku.."
Maaf
sejuta kali maaf aku mohon
ikhlas dari hati kecil aku..
Terlalu mahu aku memeluk mu
untuk menyata betapa hati aku sayang
pada insan yang pernah
mencurah kasih pada aku ini...
Cuma,
aku silap kerana
tidak mampu kawal amarah itu
dikala aku rasa terasing jauh
darimu..
Lalu,
aku tulis bahasa aku
yang telah bikin hatimu
terguris
luka..
Maafkan aku
kerana
punya rindu buatmu...
Maafkan aku
kerana
Terlalu sayang padamu..
Juga,
Maafkan aku
kerana
tidak mampu menjauhi
bayangmu...


No comments:
Post a Comment