LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, March 25, 2011

CERITA SUARA HATI YANG TIDAK SIAPA TAHU...


Aku tersungkur lagi
dalam perasaan yang aku sendiri hidupkan..
Dan,
Aku bangkit kembali apabila
kekuatan menyelimuti hati..
Kerana aku
adalah seseorang yang tidak pernah
siapa pun terfikirkan itu aku,
Aku selalu keliru
dalam illusi
"adakah ini aku"?
Mengapa selalu begini sudahnya
dalam setiap ikatan yang aku
jalinkan?

Luka aku yang berdarah..
Hati aku yang patah..
Jiwa aku yang resah gelisah..

Kerana sayangnya aku pada insani,
tidak bisa difahami..
Mungkin aku yang salah kerana
terlalu mengasihi..
Selalu mahu menemani..
Sentiasa ada di sisi..
Lemah aku dalam kuatnya lontaran suara
yang bergema..
Lumpuh aku dalam tegasnya
langkah yang aku atur..
Ampuh aku dalam
air wajah yang mencuka garang..

Tidak perlu lagi untuk aku
canang pada dunia siapa aku sebenarnya
kerana telah terzahir
jelas di mata
siapa aku
disebalik batang tubuh yang kaku...

No comments: