LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, October 27, 2011

LEBIH INDAH DENGAN HADIRNYA IA.....


Bergetar hati
disaat bagai terdengar
suara melalui tulisan-tulisan dia...
Terasa malam
seakan hangat dalam dingin
yang menyejuk..
Fikir aku
dalam pekatnya
gelita langit,
tiada apa yang harus dikhuatiri
kerana bulan bersembunyi
cuma seketika..
Bagai biasa,
purnama itu akan muncul semula
walau rentangan langit mencucuk mata.
Ia adalah sinar mentari itu.
Menjadi bukan purnama lagi
tetapi mentari..
Andai diamati
apa beza mentari atau rembulan?
Sedang keduanya adalah asalnya 1?
Siangnya ia bisa menjadi mentari.
Di pekat malamnya adalah rembulan.
Mentari menyinari hidup insani.
Mengeringkan pakaian di jemuran.
menghangatkan tubuh yang kesejukan.
Setelah ia sempurna melakukan
sebahagian tugasnya di waktu siang,
menjadilah ia sang rembulan
yang digilai si pungguk saban malam.
Yang dipuja pasangan kekasih,
hadirnya mereka bak si rembulan..
Indah.. Menawan.. Mengasyikkan..
Sinar si rembulan itu
bisa menyuluh sang pengembara dalam
kesesatan di hutan.
Juga buat peneman kejora yang
bertaburan di dada langit..
Mengapa mahu juga sang rembulan di situ?
Sedang kejora punya bilangan tak terhitung
di atas sana?
Mahu tahu mengapa?
Walau sebanyak mana kejora itu,
ia tidak akan bisa sama cantiknya langit
dengan hadirnya
sang rembulan di situ..............

Wednesday, October 26, 2011

TERUNGKAI AKHIRNYA..


Rindu aku sedikit terubat
malam tadi.
Persoalan yang membelit fikiran
sudah terungkai..
Walaupun ad sedikit sedih,
namun itu lebih tenang buat aku...

Sahabat,
Aku terlalu merindui
saat-saat kita bersama bersenda
dan berkongsi cerita..
Kamu tak salah..
Mungkin aku yang terlalu beremosi
untuk miliki kamu..

Segala apa yang kita
muntahbelahakkan tadi malam,
aku umpamakan itu
luahan hati aku & kamu
yang kita sama-sama pendam..

Maafkan aku
andai segala apa yang terhurai
menyakitkan jiwa kamu.
Maafkan aku
kerana selama ini
aku terlalu banyak menyeksa
hati kecil kamu.

Tiada amarah buat kamu
Jauh sekali
menyimpan kesumat untuk kamu..

Aku cuma mahu kamu tahu,
Kamu terlalu amat berharga buat
aku juga hidup aku.

Ini bukan lakaran kosong
untuk menyedap kembali rasa hati
kamu sahabat.
Ini tulisan rindu yang aku kuburkan
dari hati kamu.

IMPIAN


Masih lagi aku
menyimpan cita-cita
untuk menjadi seorang penulis.
Sedaya aku mencuba untuk
teruskan impian yang 1 ini..
Bidang aku bukanlah penulisan.
Namun bukan juga 1 halangan
untuk menzahirkan ia..

Menulis itu,
jiwa aku.
Menulis itu,
santapan hati aku...