LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, September 28, 2012

KU PINJAM BAHU UNTUK KAMU..

Biar hati segusar-gusarnya. Biar jiwa seremuk gumpalan kertas. Biar nadi bagai tak berdenyut lagi. Biar jasad bagai hilang daya. Asalkan kamu masih mampu ucap "Allah" Hati yang terhiris bagai sembilu menikam. Pedih! Jiwa yang kecewa bagai hilang pertimbangan. Dipukul kesaktian kasih yang dipertahan sekian lama. Diratib sepotong nama kecintaan hati. Berulang-ulang kali. Seolah-olah cuma dia yang kamu kenal. Sedangkan dia? Kita tidak tahu apa bikinnya di sana.. Sekali rebah kerana cinta, Bukan pengakhirnya sebuah jalan cerita. Cuma Tuhan mahu bagi kita masa untuk menilai kembali, Dimana kita letak cinta Dia ketika kita leka diulit cinta manusia yang kita puja? Ya,fitrahnya manusia mahu berkasih sayang, Hubungan yang berpaksikan cinta yang indah. Namun,kita selalu tidak bersedia untuk dipukul badai. Ingat! setiap perkara di dunia ini ada pasangan dan pasang surut. Tidak faham? Mari sini. Teliti baik-baik. Setiap kali cuaca cerah pasti Allah turunkan hujan. Setiap kejayaan,Allah pasti beri gagal sebelum atau selepasnya. Setiap hidupan pasti ada pasangannya. Setiap kejadian, Pasti ada lawannya.. Perasaan kasih itu tidak salah. Namun,berilah pada yang berhak. Yang tahu untuk menghargai bahagian rasa kasih itu. Kamu dan dia sudah semai rasa itu bertahun-tahun. Namun,mengapa masih tiada haluan yang sama? Mengapa berpaling dari setia pasangan? Wahai kaum hawa.. Ketahuilah bahawa kaum Adam cintakan keindahan depan mata! Apabila kamu jauh dari dia, Dia disaji keindahan paras dari susuk tubuh dan wajah-wajah yang asing. Nyata,dia salah kerana tidak menghargai kamu. Namun,bukan sepenuhnya khilaf dia. Juga bukan salah kamu. Aku mengerti rasa sakit menahan panah rindu yang mencantas tenteram hati. Apatah lagi terlihat wajah dia dalam simpanan album telefon tangan. Melihatkan nombornya sahaja sudah cukup buat hati meronta bagai nak gila! Situasi itu, pernah aku alami lewat beberapa tahun dahulu. Ya,rasa sayang itu menjerat pembuluh darah kamu sehingga pecah empangan air mata, Lalu ia turun membasahi hati. Kamu kuat untuk menyembunyi tangis itu. Tapi,bukan untuk selamanya.. sayang. Andai kamu membiar rasa itu memberat dalam dada, Usah dipersalahkan diri jika air mata itu mengalir di pipi. Ia tidak kuat bersembunyi seperti mahu kamu. Air mata bukan bukti lemahnya kita.. Ia adalah sebahagian dari kekuatan yang terpaksa kita leraikan. Bukan tak tertanggung. Cuma ia adalah semangat usang yang perlu disingkir dari relung hati. Nah! Ambil bahu ini. Menangislah semahu kamu. Tidak akan aku tahan setiap titisan itu. Menangislah.. Pulihkan kembali kekuatan kamu! Singkirkan semangat usang itu! Usah salah faham ya. aku tidak minta kamu singkir nama kesayangan kamu itu. Simpan nama itu. Andai betul dia adalah tulisan Illahi buat kamu, Pasti jiwa kamu bersatu di suatu saat yang telah pasti. Allah sedang merencana sesuatu yang lebih indah dalam perjalanan kamu. Sekiranya kamu dan dia punya jalan cerita yang berbeza, Nama kalian pasti akan terpadam dari hati masing-masing. Biarlah waktu yang menentukan. Cumanya sekarang, untuk kuat atau lemah adalah pilihan kamu! Keputusan kamu sepenuhnya.. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Masih banyak lagi dugaan yang menanti kamu disepanjang laluan hidup kamu. Mungkin, Aku bukan orang yang layak untuk menulis sebegini buat kamu. Cumanya aku disini buat meminjam kamu bahu aku yang tak empuk ini untuk menadah tangis air mata kamu yang akan memecah empangan hati. Percayalah sayang, Langit tak selamanya mendung. Bagaimana suram pun malam tanpa kehadiran bintang-bintang, Ingatlah.. Itulah lukisan alam. Begitu aturan Tuhan yang mencipta cinta makhluknya. Dia berkuasa di atas segalanya.

Wednesday, September 26, 2012

APABILA KAMU PERLU AKU...

Aku tak minta dikasihi seperti kamu mengasihi teman-teman lain . Cukuplah seadanya juga selayaknya aku dikasihi kamu . . Aku sayang kamu lebih dari teman-teman aku yang lain . . Takkan pernah sama . . Kerana kamu istimewa dengan cara kamu sendiri . . Mampu aku menyentuh kamu dari kejauhan . . Memeluk kamu dalam angan . Bertukar cerita dalam imaginasi ciptaan minda . . Aku mahu mendampingi kamu . Mahu gelak ketawa bersama kamu . Bukan setiap masa . Cukup sekadar sapa-menyapa bertukar khabar berita . Aku cuma mahu tahu apa yang mengusik jiwa kamu . . Aku cuma mahu kongsi rasa yang enak mahupun lara hati kamu . . Aku terlalu mahu kamu tahu , Aku akan selalu ada di sudut sana memandangmu dan Dan akan tetap disitu apabila Kamu perlu aku . .

H.A.N.C.U.R

Aku tahu aku kecil kerana aku bukan gergasi . Aku tahu aku juga lemah kerana aku bukan badang . Aku juga kerdil kerana aku cuma hambaNya . Adakala, aku bisa jadi bisu . Adakala, aku cuma membiar sahaja perbuatan insan terhadap aku . Dipijak-pijak kepala aku . . Diludah-ludah muka aku . . Ditarik-tarik telinga yang cuma ada dua ni . . Dicarik-carik jiwa aku . . Perit tahu . . Pedih sangat . . Bila dipamerkan senyuman, Diucap maaf, Aku cair . . Mengalah lagi . . .

I.N.S.A.N

Kalau sayang tak semestinya kita akan disayangi kembali . . Andai benar sayang,perkara remeh dibiar tak dipeduli . . Biasalah.. Manusia tak lari dari silap salah . . Namun,hati manusia bukan dalam pegangan sendiri . . Allah Maha Tahu . . Tidak selamanya manusia mampu bertahan dalam penantian . . Bukan selamanya insan mampu pendam rasa hatinya . . Dia pasti akan menangis sekali . Dia pasti akan menggigil tahan amarah biarpun cuma sesaat . . Pasti ada rasa- rasa yang busuk itu . . Manusia bukan malaikat . . Bukan juga para pari-pari syurga yang tiada mazmumah dalam hati . . Usah terus menduga segumpal darah itu . . Andai ia benar-benar terluka , Belum tentu ada penawarnya . .

K.A.S.I.H

Bisakah untuk aku buat hati aku membiar dia tercari-cari aku bagai aku tercari-cari dia? Terlalu mahu buat dia ternanti-nanti aku seperti aku ternanti-nantikan dia . . Selalu aku ratib namanya dia pada Tuhan aku dalam doa Pabila usai solat fardhu . Siang hari aku juga dia terlalu sibuk dengan urusan sendiri . Malam hari, aku menyimpan angan untuk bersama dia dalam tulisan-tulisan pesanan ringkas telefon tangan . Namun,telah aku sebut tadi . . Angan ! Adakala, aku rebah dalam harapan menganyam mimpi bersamanya . . Mahu tahu mengapa ? Dia dingin . .

Friday, September 7, 2012

BERSAMA SELAMANYA..


"Jiwa aku makin terlalu rapuh..
Makin juga ampuh..
Aku punya cerita..
Aku cuma mahu kongsi sama kamu yang sedang baca
tarian jemari aku ini..
Ya kamu.. Kamu tahu siapa kamu..
Terasa makin jauh dari bayangan kamu..
Tak lagi bisa mendengar tawa kamu selalu..
Bila cerita aku tak terluah pada kamu,
makanya,akan ku pendam dan kemam cerita itu.
Andai sakit,sakitlah...

Kamu yang amat aku sayang..
Kamu tahu siapa kamu..
Dan apabila aku tersakiti dek tingkah kamu,
Aku jadi makin rapuh....
Aku tiada amarah buat kamu..
Itu pasti..
Cumanya aku tak betah keadaan begini..
Aku mahu cuma kamu..
Selepas harapan aku hancur pada malam itu,
setiap apa pun yang kamu tulis buat aku,
walau cuma hanya senyum comel itu,
pasti air mata ini turut menemani..
Mungkin terlalu rindu.. juga terlalu sayang..
Aku tak mahu sendiri tanpa kamu..
Aku tak mahu...

Tanpa kamu,
Aku sepi.
Aku sunyi.
Teman2 aku tak seramai teman2 kamu.
Aku x betah punya teman yang ramai..
Andai kamu rasa aku ini tak menyenangkan
sepertimana teman-teman kamu yang lain,
Maafkan aku ya..
Aku cuma mahu bersama kamu..
Selamanya.........

Thursday, September 6, 2012

SEMUDAH PETIKAN JEMARI.... IA MENGALIR..


Senang..
Semudah petikan jemari..
Ia keluar mengalir...
Tanpa memerlukan usaha gigih..
Jauh sekali menggunakan tulang empat kerat..
Cukuplah diam seribu bahasa,
Cukup dengan hanya tiada khabar berita..
Cukup juga dengan hanya membiar pesanan ringkas
sepi tak berbalas dan panggilan telefon tidak dijawab..
Sekeping hati yang tertanam dalam jasad ini,
Walau ia amat kuat namun ia juga rapuh..
Bisa kalah pada ungkapan maaf..
Bisa rebah dengan kucupan dan pelukan hangat..
Bisa juga tenggelam dalam pujukan yang tidak kenal pada erti putus asa..

Dan kerana semua itu.
Aku perlu kuat menahan dari rebah..
Perlu terus bertahan dari tengggelam..
Tapi.............,
Aku terlalu amat sayang..
Bagaimana dapat aku untuk menahan dari rebah
dan bertahan dari tenggelam.......?