LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, September 28, 2012

KU PINJAM BAHU UNTUK KAMU..

Biar hati segusar-gusarnya. Biar jiwa seremuk gumpalan kertas. Biar nadi bagai tak berdenyut lagi. Biar jasad bagai hilang daya. Asalkan kamu masih mampu ucap "Allah" Hati yang terhiris bagai sembilu menikam. Pedih! Jiwa yang kecewa bagai hilang pertimbangan. Dipukul kesaktian kasih yang dipertahan sekian lama. Diratib sepotong nama kecintaan hati. Berulang-ulang kali. Seolah-olah cuma dia yang kamu kenal. Sedangkan dia? Kita tidak tahu apa bikinnya di sana.. Sekali rebah kerana cinta, Bukan pengakhirnya sebuah jalan cerita. Cuma Tuhan mahu bagi kita masa untuk menilai kembali, Dimana kita letak cinta Dia ketika kita leka diulit cinta manusia yang kita puja? Ya,fitrahnya manusia mahu berkasih sayang, Hubungan yang berpaksikan cinta yang indah. Namun,kita selalu tidak bersedia untuk dipukul badai. Ingat! setiap perkara di dunia ini ada pasangan dan pasang surut. Tidak faham? Mari sini. Teliti baik-baik. Setiap kali cuaca cerah pasti Allah turunkan hujan. Setiap kejayaan,Allah pasti beri gagal sebelum atau selepasnya. Setiap hidupan pasti ada pasangannya. Setiap kejadian, Pasti ada lawannya.. Perasaan kasih itu tidak salah. Namun,berilah pada yang berhak. Yang tahu untuk menghargai bahagian rasa kasih itu. Kamu dan dia sudah semai rasa itu bertahun-tahun. Namun,mengapa masih tiada haluan yang sama? Mengapa berpaling dari setia pasangan? Wahai kaum hawa.. Ketahuilah bahawa kaum Adam cintakan keindahan depan mata! Apabila kamu jauh dari dia, Dia disaji keindahan paras dari susuk tubuh dan wajah-wajah yang asing. Nyata,dia salah kerana tidak menghargai kamu. Namun,bukan sepenuhnya khilaf dia. Juga bukan salah kamu. Aku mengerti rasa sakit menahan panah rindu yang mencantas tenteram hati. Apatah lagi terlihat wajah dia dalam simpanan album telefon tangan. Melihatkan nombornya sahaja sudah cukup buat hati meronta bagai nak gila! Situasi itu, pernah aku alami lewat beberapa tahun dahulu. Ya,rasa sayang itu menjerat pembuluh darah kamu sehingga pecah empangan air mata, Lalu ia turun membasahi hati. Kamu kuat untuk menyembunyi tangis itu. Tapi,bukan untuk selamanya.. sayang. Andai kamu membiar rasa itu memberat dalam dada, Usah dipersalahkan diri jika air mata itu mengalir di pipi. Ia tidak kuat bersembunyi seperti mahu kamu. Air mata bukan bukti lemahnya kita.. Ia adalah sebahagian dari kekuatan yang terpaksa kita leraikan. Bukan tak tertanggung. Cuma ia adalah semangat usang yang perlu disingkir dari relung hati. Nah! Ambil bahu ini. Menangislah semahu kamu. Tidak akan aku tahan setiap titisan itu. Menangislah.. Pulihkan kembali kekuatan kamu! Singkirkan semangat usang itu! Usah salah faham ya. aku tidak minta kamu singkir nama kesayangan kamu itu. Simpan nama itu. Andai betul dia adalah tulisan Illahi buat kamu, Pasti jiwa kamu bersatu di suatu saat yang telah pasti. Allah sedang merencana sesuatu yang lebih indah dalam perjalanan kamu. Sekiranya kamu dan dia punya jalan cerita yang berbeza, Nama kalian pasti akan terpadam dari hati masing-masing. Biarlah waktu yang menentukan. Cumanya sekarang, untuk kuat atau lemah adalah pilihan kamu! Keputusan kamu sepenuhnya.. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Masih banyak lagi dugaan yang menanti kamu disepanjang laluan hidup kamu. Mungkin, Aku bukan orang yang layak untuk menulis sebegini buat kamu. Cumanya aku disini buat meminjam kamu bahu aku yang tak empuk ini untuk menadah tangis air mata kamu yang akan memecah empangan hati. Percayalah sayang, Langit tak selamanya mendung. Bagaimana suram pun malam tanpa kehadiran bintang-bintang, Ingatlah.. Itulah lukisan alam. Begitu aturan Tuhan yang mencipta cinta makhluknya. Dia berkuasa di atas segalanya.

No comments: