sebelum aku
melangkah pergi sedetik lalu,
hati aku sebak menahan pilu..
dia cuba menenangkan aku dengan kata2nya..
digenggam erat jari2 tanganku untuk membekal semangat.
dihadiahi aku dgn senyuman buat aku rasa senang..
dihiburkan aku dgn ketawa gilanya..
aku larikan mata aku dari memandang mata dia..
Apabila tiba saat untuk aku melangkah pergi
dicium pipi aku berulang kali,
menyata sayangnya dia pada aku...
aku melakukan yang sama.. lebih barangkali.
mata bertatap sebelum langkah ku atur..
saat tangan dilepas,terasa sesak menghimpit dada..
payah dirasa menahan sebak..
aku melepasi halangan untuk mencipta
garis pemisah jasad dia dan aku..
langkah aku diatur tanpa menoleh lagi
pada dia yang masih menatap aku..
betapa kuatnya aku kerana
dapat menahan titisan air mata dari dilihat dia..
Tuhan,ketemukan kami lagi..


No comments:
Post a Comment