LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, May 28, 2010

WAHAI HATIKU SAYANG.....


Tika ini,ada sesuatu di benak aku..
pabila di tanya pada hati,jawabnya "sayang..."
adakala jawabnya "x mahu ambil peduli lg..."
kadangkala jawapannya "dia cuba uji sabar kau..."
Aku cuma mampu senyum walau apa pn jawapan hati aku..
Cukup sayang aku pada dia hgga amarah aku padanya cuma sedegup jantung..
Buatlah apa kau mahu pada hati,diri dan fikiran aku...
Asalkan kau x usik mak bapak aku..
Asalkan kau x ragui persahabatan aku dgn kau..
Asalkan kau tahu bila sewajarnya kau hormatkan aku sebagai seorang manusia yang punya perasaan..
Asalkan kau x khianat aku seumur hidup dan mati aku..
Asalkan kau x bunuh percaya aku pada kau..

Setiap masa aku m0h0n,agar Dia terus kuatkan hati aku..
Setiap masa aku m0h0n pada Dia,
jangan kenalkan aku pada erti benci.
jangan benarkan hati aku tahu dendam.
jangan buat aku kenal khianat.
jangan buat aku ketemu permusuhan.
jangan biarkan akal fikiran aku negatif.

Kerana aku,
cuma mahu selalu sayang pada kau dan kawan2 aku dan kau...
cuma mahu sentiasa hormat.
cuma mahu terus bersahabat.
cuma mahu terus positif.

Pinta aku pada hati aku nan satu,
tetaplah pada setiap apa yang kau yakin dan bisa buat kau bahagia wahai hati..
Andai kau sakit wahai hatiku sayang,
ketahuilah,itu cuma seketika..
Andai kau sedih wahai hatiku,
ketahuilah,kau cuma perlu tabah..
Andai kau terluka wahai hatiku sayang,
ketahuilah,itu cuma sebahagian dari cubaan hidup..

WAHAI HATIKU SAYANG..
kau terlalu satu untuk terlalu banyak perkara..
Setialah bersahabat dengan kesabaran kerana
hanya itu yang bisa buat kau tersenyum dalam melalui hari..
Tanpa kau sedar wahai hati,
Kaulah pena tanpa tinta dalam
mengukir wajah hari aku...


No comments: