Aku cuma ada seorang wira dalam seumur hidup dan mati aku.
Hanya dia yang bisa menyelamatkan aku dari lemas cengkaman sakit perit hidup manusia.
Dia cuba sekuatdaya urat dawainya menyuap walau sesuap nasi ke mulut
si isteri yang bisa menenangkannya dikala resah juga ke mulut
anak-anak yang selalu bikin jiwanya gelisah..
Tetapi dia tidak pernah punah semangatnya
untuk melihat anak-anak yang sedari kecil adalah peneman setianya
meniti tangga kejayaan yang juga bukti usaha kerasnya....
Tulang 4 kerat itu bisa menzahirkan setiap bisik hati kecil anak juga isterinya..
Keringat diperah sehabisnya..
Pernah suatu ketika,
air mata menitis di pipinya usai s0lat maghrib berjemaah di rumah...
Kami turut menangis hiba bagai merasai sedihnya...
Hati yang kuat itu lemah dalam sujudnya mengadu yang Esa tentang jerih payah
yang memenuhi ruang jiwanya..
Disaat itu aku sedar,
bahawa aku bukan biasa-biasa dalam hidupnya.
Apabila mahu melepaskan aku ke mana-mana,
mata ini direnungnya penuh kasih tanpa sepatah kata
namun itu sudah cukup buat aku mengerti apakah bisik hatinya dikala itu.
Pipi juga dahiku dikucup tanda rela ditinggalkan atau meninggalkan...
Bait-bait ini bisa buat kaki aku longlai dari berdiri tegak:
"Biar abah x makan,asalkan anak2 abah makan..."
Ini bait kata yang cukup buat aku menangis x berhenti....
"Biar abah susah,asalkan anak2 abah dpt belaja..."
Ini pula bait kata yang banyak buat aku termenung dan berfikir semahunya..
Bila aku diam x bersuara atau air muka aku tidak disenanginya:
"Kakak kenapa ni? Kakak nak apa cakap je.. Abah adakan....."
Semerta aku lupa apa mahu hati aku..
Cuma itulah seorang insan yang akan aku panggil "Abah,Ayah,Baba,Ayahanda...."
Aku tidak mahu apa-apa lagi melainkan apa yang aku miliki sekarang..
Semua ini buat aku terasa cukup dengan hidup aku..
Aku punya sebuah keluarga yang bisa melengkapi diri aku..
Cuma perlu aku sekarang adalah
Melengkapkan mereka dengan menyempurnakan ketidaksempurnaan aku...


No comments:
Post a Comment