
Kedinginan
membeku urat nadi aku
Kesejukan
menggigit tulang hitam aku
Fikiran aku
terbang menjauh cari kamu
Ingatan aku
menerobos celahan ruang udara
Cuma mahu melihat kembali ukiran wajah kamu
Yang tersisip kemas dalam hati aku..
Sungguh,
Aku rindu untuk tatap kamu
Sungguh,
Aku mahu amati senyum kamu.
Terlalu sungguh,
Mahu aku miliki mata yang hanya aku puja
Seumur hidup dan mati aku itu.
Rindu aku pada diri kamu
tak terungkap bagai
cinta dalam jiwa..
Tak tergapai bak
bintang-bintang di angkasaraya..
Tak terhitung bak
titisan air di lautan samudera..
Semoga kita dipertemukan
pada lewat takdir Tuhan,
Cuma itu pinta aku
pada Yang Kuasa..


No comments:
Post a Comment