LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Wednesday, September 29, 2010

ANDAI PERTEMUAN ITU TERTULIS........ SEGERAKAN YA ALLAH..

Kebenarannya
Mahu aku nyatakan disini...
Hati aku sarat dengan 1 perasaan yang aku pendam..
Hakikatnya
Seorang aku tidak pernah mahu untuk pendam apa-apa...
Kerana aku bisa mati dek perasaan itu..
Cuma untuk kali ini aku tiada pilihan...
Terpaksa dipendam diam-diam.. sorang-sorang..
Sesak dirasa nafas yang ditarik..
Merasa kehilangan yang aku sendiri hilangkan..
Merasa keseorangan yang aku sendiri wujudkan..
Merasa sakit yang aku sendiri lukakan..
Entah untuk yang keberapa kali
handphone itu aku genggam dan aku letak semula..
Aku rindu sentuhan itu..
Aku rindu segaris senyum itu..
Aku rindu gelak tawa itu..
Aku rindu setiap detik yang pernah dikongsi bersama..
Aku rindu kamu...
Aku disini menunggu dan merindu...
Datanglah walau sesaat...
Bila aku terkenangkan seraut wajah itu,
Aku terasa sayu.....
Tuhan,tolong temukan aku & temanku
dalam perancanganmu....
Temukan kami Ya Rabbi............
Temukan kami Ya Allah...........

AKU PENGEMIS DI DAERAH TUHAN....


Sungguh aku mahu menggapai awanan birukelabu..
Buat peneman siang malam aku,
Buat penghibur duka lara aku,
Buat pengubat pedih luka aku..
Sungguh mahu aku petik bintangbulan di langit hitampekat..
Buat penyuluh gelap angan aku,
Buat penerang jalan mimpi aku,
Buat pengukir senyum tawa aku..
Namun,
Tidak akan bisa tercapai awanan birukelabu juga
Bintangbulan di langit hitampekat..
Kerana aku cuma insan biasa,
Kerana aku hanya mahu bahagia,
Kerana aku mahu mengemis kembali cinta Yang Esa,
Kerana aku bukan insan sempurna..
Kerana aku punya banyak khilaf dan dosa..
Kerana aku tidak akan pernah sama seperti dahulu...

MASIH BISA SENYUM LAGI..

Mahu aku bersenyum seperti ini selalu..
Mahu aku gembira seperti ini setiap detik waktu..
Andai bisa aku gapai pelangi,
mahu aku hadiahkan pada arjuna hati..
Biar dia bisa merentasi cakerawala Tuhan ini..
Untuk bertemu aku yang sedang merindu..
Untuk mengubat hati aku yang pilu..
Untuk memeluk jiwa aku yang sebu..

Tuesday, September 28, 2010

SEKADAR MAHU MENCORET BIAR HATI AKU KEMBALI KOSONG..

Pada sore yg terik ini,
mahu aku pinjam bahang sinar sang suria
agar kering tangis aku
yang masih bersisa dipipi...
Tadi pagi aku cukup bahagia ditemani suria pagi..
Entah mengapa pabila waktu menginjak ke petang,
ia turut membawa bersama rasa hati aku yang ceria itu..
Tadi,aku terdengar hati aku berbisik..
sayu sungguh bisikannya..
Cuba aku terjemahkan dalam kata-kata yang bisa buat aku faham sepenuhnya
maksud bisik itu,aku gagal....
Aku tidak bisa mengerti walau sebait...
Cuba lagi aku terjemahkan ia dalam 1 bentuk yang lain pula...
Masih lagi tidak berjaya...
Apa mahu hati aku sebenarnya?
Apa rasa hati aku sebenarnya?
Masih lagi aku mencuba untuk faham..
kecundang lagi...
Aku tahu dari mana puncanya semua rasa ini..
Cuma belum mahu untuk cerita disini atau dimana2 pada siapa2..
Biarlah.. Aku harap ia akan berlalu dengan baik
tanpa perlu menunggu esok menjelma...
Wahai malam,
Kau bawalah pergi rasa hati yang aku sendiri tidak pasti apakah ini...
Lenyapkan ia jauh2 agar rasa itu tidak bisa mencari aku lagi....
Mahu aku kembali rasa ceria dan bersenyum semula
seperti tadi pagi untuk esok hari......
Wahai Senandung Matahatijiwa,
Izinkan aku mencoret lagi disini dengan senyuman esok hari...

HARI SENYUM AKU

Ukiran
senyum aku hari ini,
ceria....
Air wajahku terbias
bahagia..
Tutur kata aku tersusun
sewajarnya..
Gelak tawaku dihambur
gembira..
Walau mentari pagi terlindung
dibalik mendung awan,
Namun
ia tidak menggugat walau seinci pun
ukiran hari aku yang mekar
bercahaya..
Andai mampu untuk aku menggapai awan,
Mahu aku bentukkan ia
mengikut acuan hati aku..
Andai bintang di angkasa tergapai dek tangan,
Mahu aku petik
lalu aku gantung ia
di ruang kamarku..
Agar ia bisa menerangi
setiap detik yang
berlalu..

Monday, September 27, 2010

AKU JADI KAKU & BEKU.....


TIADA LAGI AKU DI LAMAN LAIN
MELAINKAN CUMA
DISINI..
UNTUK TERUS MENULIS
LUAH KATA HATIJIWA
KERANA
CUMA LAMAN INI
PENEMAN SETIA SUKA DUKA JATUH BANGUN
SEORANG AKU..

SALAM PERSAHABATAN BUAT TEMAN SETIA AKU,
SENANDUNG MATAHATIJIWA.

Thursday, September 23, 2010

INSAN YANG PERNAH BERSAMA KITA, BUAT KITA GEMBIRA,KETAWA,BERSEDIH & MENANGIS..

"Kadang-kadang
kita terlupa bahawa
kita pernah
gembira bersama.
Kadang-kadang
kita terleka yang dia
selalu buat kita ketawa.
Kadang-kadang
kita tersenyum kerana
dia pernah buat kita bahagia.
Adakalanya
kita menangis kerana
Telatahnya membuat kita merinduinya.
Kerana orang itu
adalah orang yang pernah
Berkongsi suka dan duka bersama-sama kita.."
***Buat insan yang hadir dalam hidup seorang aku,
Ketahuilah kehadiranmu dan perkenalan kita
tak pernah terlintas untuk aku lupakan...

Tuesday, September 21, 2010

CERITERA SEORANG BUDAK KECIL..


-Dia mmg tahu orang ckp dia gila-
-Orang pggl dia gila sbb dia suka bercakap dgn anak patungnya-
-Dia x pernah kesah bila orang marah dia bila dia b'ckp dgn ank patungnya-
-Dia tahu anak patungnya x bleh bg respond apa2-
-Tapi,cuma ank patungnya yg setia ada dgn dia-
-Yg dgr luah hati dia & yg fhm ckp2 dia-
-Pada dia,anak patungnya b'diam diri itu tanda dia fhm ckp2 tuannya-
-Sampai 1 masa,ibunya sendiri yg ckp dia gila sb dia b'cter dgn ank patungnya-
-Dia sedey sbb ibu dia ckp dia cm 2-
-Dia x nk dgr ibu dia ckp cm 2 lg-
-Dia amek 1 kotak,dia simpan anak patungnya dlm kotak 2-
-Simpan kt bwh katil di biliknya-
-Dia sedey sbb anak patung dia xde da-
-Sejak itu,dia mula mahu b'cter pd ibunya-
-Tentang semua pkr yg dia rsa,lihat,dgr & jumpa-
-Tapi,ibu dia x kesahkan dia-
-Malahan,ibu dia suruh dia cter semua 2 pd ank patungnya-
-Ibunya tahu bhwa ank patung 2 dia da simpan dlm kotak disbbkn ibunya-
-Dia sgt sedey sbb dia xde tmpt nk b'cter lg-
-Ibu da x pedulikan dia-
-Sejak itu,dia x seceria sblm2 nie-
-Dia lbh suka m'conteng kertas lukisan-
-Dia akn lukis semua perasaan dia-
-Biarlah kalau org kata lukisan dia buruk-
-Dia x kesah sbb hanya dia yg fhm ape yg dia lukis-
-Ibu dia sedih bila tgk keadaannya cm 2-
-Dengan ibu pn dia da x maw kongsi apa2 lg-
-Dia simpan ank patung dia sbb dia ingt ibu dia nk kongsi cter2 dia-
-Rupa2nya,dia silap-
-Dia x marah pd ibunya-
-Cuma dia sedey ibu dia ckp dia gila-
-Sedangkn dia cuma seorg budak kecil yg mahu seorang teman b'main-
-Kerana kasih pd ibu,dia rela simpan ank patung kesayangannya-
-Dia cuma mahu ibunya-
-Stp lukisan itu diceritakn apa mknanya pd gmbr dia & ank patungnya-
-Betapa ibunya tidak mengerti-
-Bahawa seorang yg bernama manusia-
-Perlu seorang teman yg sntiasa ada disisi-
-Biarpn teman itu x bisa mengerti butir bicaranya-
-Betapa ibunya tidak faham-
-Kasih seorang anak kecil pada ibunya-
-Lebih dr kasihnya pd anak patung,ais krim & gula2-

Monday, September 20, 2010

BISIK AKU PADA BULAN...



"BISIK KU PADA BULAN
KEMBALIKAN
TEMANKU,
KEKASIHKU,
SYURGAKU.
TANPA DIA
MALAM MENEMANIKU
SEPI MEMELUKKU
BULAN JANGAN BIAR SIANG
BIAR ALAM INI KELAM
BIAR IA SEPI SEPERTIKU..."

Friday, September 17, 2010

MAAFKAN JEMARI AKU..KERATLAH KALAU MAHU

Acapkali,
aku silap dalam meluah kata...
hingga ada hati yang terhiris luka..
Harus bagaimana mahu aku meluah
tanpa perlu menyinggung hati siapa-siapa?
Tunjukkan aku jalan ajarkan aku bagaimana cara....
Aku mula dungu bila jari mula berlari melakar kata...
Jemari aku hanya mendengar bisik hatijiwa yang bisu..
Cuma disini bicara aku terluah semahunya tanpa selindung-selindung..
Aku sedar terlalu banyak dosa jemari rakus aku ini..
Terlalu besar silap jemari aku dalam berbicara..
Terlalu kerap jemari aku ini mengguris hati...
Maafkan jari-jemari aku wahai hati-hati
yang terguris dan terluka kerananya..
Keratlah semua jemari aku
supaya ia tidak bisa
menyakiti sesiapa
juga mana-mana
hati-hati kecil
milik insan
seperti
kamu.

Saturday, September 11, 2010

TERIMA KASIH CINTA KERANA MENGISI RUANG HATIKU..

Selembut tiupan bayu yang menampar lembut pipiku
Semerdu kicauan beburung di pagi nan syahdu
Sehening redup pepohonan rendang
mendamaikan sekeping hati yang
merindu cinta hatinya..
Dari kejauhan ini hanya aku merindukan bisik suaranya
Dari kejauhan aku terlalu rindu ukir senyum dia
Dari kejauhan cuma aku puja bayangnya dia
S0s0k tubuh tegap itu bisa buat aku
lemas dalam angan pelukannya
Juga bisa buat nafas aku
hilang tersasar entah
kemana..
Cuma dari bisikan hati yang tulus mencintai juga merindui
Bisa aku rasa derap rindu hatinya yang gundahparah
Hanya dalam degup nadi bisa aku dengar namaku
Diseru dan dipuja tanpa dibiar sesaat berlalu
Disebalik deruan nafas juga derap jantung
Hanya cuma berlagu irama ukiran nama
Seorang Sang Raja yang telah menakluk
Kerajaan hati dengan cinta tulus yang
tiada galang ganti walau dihunus
mata pedang yang tajam
ke arah hati yang
penuh cinta buat
Sang Raja
cuma..