Pada sore yg terik ini,
mahu aku pinjam bahang sinar sang suria
agar kering tangis aku
yang masih bersisa dipipi...
Tadi pagi aku cukup bahagia ditemani suria pagi..
Entah mengapa pabila waktu menginjak ke petang,
ia turut membawa bersama rasa hati aku yang ceria itu..
Tadi,aku terdengar hati aku berbisik..
sayu sungguh bisikannya..
Cuba aku terjemahkan dalam kata-kata yang bisa buat aku faham sepenuhnya
maksud bisik itu,aku gagal....
Aku tidak bisa mengerti walau sebait...
Cuba lagi aku terjemahkan ia dalam 1 bentuk yang lain pula...
Masih lagi tidak berjaya...
Apa mahu hati aku sebenarnya?
Apa rasa hati aku sebenarnya?
Masih lagi aku mencuba untuk faham..
kecundang lagi...
Aku tahu dari mana puncanya semua rasa ini..
Cuma belum mahu untuk cerita disini atau dimana2 pada siapa2..
Biarlah.. Aku harap ia akan berlalu dengan baik
tanpa perlu menunggu esok menjelma...
Wahai malam,
Kau bawalah pergi rasa hati yang aku sendiri tidak pasti apakah ini...
Lenyapkan ia jauh2 agar rasa itu tidak bisa mencari aku lagi....
Mahu aku kembali rasa ceria dan bersenyum semula
seperti tadi pagi untuk esok hari......
Wahai Senandung Matahatijiwa,
Izinkan aku mencoret lagi disini dengan senyuman esok hari...


No comments:
Post a Comment