Mungkin kerana hati aku sudah
tiada rasa yang selalu bikin aku resah...
Mungkin juga aku telah redha dalam pasrah
perjalanan hidup aku belum sampai penamat lagi..
Aku tahu,
kisah cinta aku belum
siap tulisannya oleh
Pengarah di atas sana..
Dek kerana aku terlalu terburu-buru
dalam memiliki cinta aku,
aku ditemukan dengan insan-insan
yang sama sekali bukanlah dicipta
untuk bersama aku..
Maka dengan itu,aku kecewa..
Aku selalu minta pada
Pemilik Agung rasa cinta dan kasih sayang,
agar tidak diketuk lagi pintu hati ini
buat sang cinta...
kerana aku terlalu mahu hidup
sendiri buat beberapa ketika...
tidak lama.... sebentar cuma...
Cinta,
kau indah..
Namun,menyakitkan.....


No comments:
Post a Comment