LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Monday, December 19, 2011

TEMAN JIWA ISTIMEWA...



Tidak aku tahu dari mana harus aku mula..
Mungkin kerana terlalu menjaga hati begini jadinya..
Aku dimarah diherdik sesedap rasa..
Bukan tidak mahu aku lawan pedih bisa yang dirasa..
Aku tahu diam itu lebih baik dari pertahankan yang entah apa-apa..

Tadi sore,aku panggil teman jiwa aku melalui telefon tangan..
Isi duit yang tinggal saki baki buat aku seksa..
Namun mahu juga aku meluah pada dia..
Diharap dia ada disana buat aku meluah tangis hiba hati..

Panggilan aku disambut mesra bagai selalu..
Dialah yang setia disamping aku dari lebih 2 tahun lalu..
Mutiara yang mengalir cepat aku seka..
Tidak mahu kedengaran dek hatinya..
Suara aku kedengaran di halwa telinganya..
Aku dipujuk meluah rasa..

Terhambur tangis aku semahunya..
Rindu datang peluk hati bila kenangan menjentik jiwa..
Pada dia aku meluah hiba...
Dia diam kaku sepenuh hati menelan suara air mata yang tumpah..
Tiada kata.. cuma esak tangis..
Perasaan yang aku tahan memberat dalam sendu..
Dia mula memujuk minta aku sapu air mata itu...

Bila hati sedikit tenang,
Aku mula berbicara sebutir demi sebutir...
Setia dia mendengar disetiapnya....
Talian terputus..
isi duit telefon aku habis....
Aku kecewa kerana rasa hati belum habis terluah...
Selepas beberapa ketika,
Telefon ditangan menjerit minta disambut panggilannya..
Teman jiwa pula mengambil alih giliran menelefon...

Segala sendu aku zahirkan pada bahu maya
teman jiwa yang aku bayangkan..
Rasa sedikit lapang menyusup perlahan-lahan
di urat nadi nafas aku...
Kembali senyum aku terukir di wajah
yang masih punya sisa air mata sejurus
terdengarkan cakap-cakap dia yang cuba bikin
jiwa aku kembali gembira sediakala..

Butir bicara aku sama dia berlarutan buat beberapa ketika..
Kembali mengimbau kenangan yang telah diukir ketika
sama-sama sekampus suatu waktu lalu...
Detik perkenalan kembali menjengah memori yang sarat utusan rindu...
Pada dia aku ajukan soalan yang lazim aku bertanya..
"Dylla syg Ma x?"
Jawabnya,"sayang.."
"Macam mana Dylla sayang Ma?"
Jawabnya lagi,"berbeza dari kekasih,lebih dari seorang kawan biasa"
Aku menyimpul kata,
Aku teman jiwa istimewa dia...

Dia berjanji untuk selalu bersama aku
disetiap saat yang kami lalui..
sudi berkongsi suka duka aku yang comot ini...
aku cuma perlu panggil..
pasti dia sahut..
Begitulah selalunya sejak dari awal persahabatan lagi...
Cuma adakalanya aku terlalu kejam menduga hati dia..
Maaf aku mohonkan dari dia apabila bicara itu berkesempatan...
Dia??
Cuma senyum dalam tuturkata bicara dia..
Aku bisa terdengarkan ukir senyum itu...

Tuhan,
apakah kebaikan aku dikelahiran ini
hingga aku dianugerahi teman seperti dia?
Tuhan,
jangan Kau izinkan aku hilang dia....
Kerana aku belum sempat membuat kebaikan untuk hidupnya..
Tuhan,
tolong aku jagai dia dikala penjagaanku tak terangkul padanya..
Kerana hanya Kau sebaik-baik penjaga Yang Maha Kuasa..
Tuhan,
tolong jangan biar dia menangis seperti aku
kerana aku tak bisa menyeka titis air mata dia.....
Tuhan ku Ya Allah,
hanya Kau bisa mengerti rasa yang Kau hadirkan ini..
Aku cinta & sayang teman jiwaku itu
keranaMu Ya Allah.. Demi redhaMu........
Tiada lain,hanya untuk mendapat payungMu
dihari perhitungan yang Kau janjikan
buat 2 insan yang berkasih sayang demiMu.....

No comments: