LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, October 4, 2012

JIWA HARI INI..

Aku kira hati aku bengkak hari ini. Aku rasa muka aku menebal. Aku fikir akan singgah jugak penumbuk aku pada dinding! Darah yang dipam ke seluruh jasad bagai tak mencukupi.. Otak aku tepu. Dada aku sebu. Fikiran aku celaru. Mahu dikata ini amarah.. Macam bukan. Mahu dibaca ini sedih.. Aku tak pasti. Semua campur baur. Salah 1 dari semua rasa itu adalah: Ditinggi suara pada aku yang kesah pada keadaan kesihatan seseorang! Tak salah jika dijawab panggilan aku dengan molek nadanya. Aku tahu dia kurang sihat. Makanya,aku telefon.. (-_-') Lagi 1 rasa yang aku tak tahu apakah ia: Dituduh aku memekak telinga dari menyahut panggilan di kolej tadi. Ada seorang kenalan aku memanggil dari arah mana tak aku tahu. Dari jarak berapa jengkal juga tidak aku pasti tentang itu. Panggil aku guna hidung agaknya. Dihantar pesanan ringkas pada aku menyata rasa rajuknya itu. Dibalas.Namun,dia senyap.Bukan sengaja mahu lambat-lambat balas. Aku di kelas.. Faham-fahamlah.. Memang tak kuasa mahu aku layan rajuk dia. Banyak lagi perkara lain lagi penting dari itu. Tapi,aku lemas bila tahu ada insan yang rajuknya terbit disebabkan aku! Aku tak cukup kejam untuk biar lama-lama. Pasti aku akan pergi pada dia. Berjabat maaf. Lebih parah kalau jabat tak cukup utk pujuk. (-_-') Pada insan yang meninggi suara pada aku, Akan aku diamkan. Biarlah. Tak kan mahu dimarah semula. Kalau aku pula merajuk,dia tak akan pujuk langsung. Paling kuat pun,dia akan minta maaf sbb berkasar dengan aku. Kalau aku terus dengan rajuk aku,dia akan diam dan biar. Selalunya begitulah.. Ada banyak lagi mahu aku tulis. Namun,biarlah aku tulis di halaman buku jiwa kecil aku itu. Bimbang lebih banyak hati yang merekah nanti.

No comments: