Seseorang
yang bisa menyelam
ke dasar hati kita
sedangkan kita sendiri tak mampu..
Seseorang yang menyayangi kita
sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebabnya..
Seseorang yang sudah tahu
bahawa kita banyak cacat cela
Dia tetap sudi disisi kita..
Disaat
kita tak tahu bagaimana mahu senyum.
Lebih buruk lagi,
kita tak tahu apa itu senyum.
Dia sedaya upaya buat kita ukir sesuatu di pipi.
SENYUM.
Dikala kita punyai bahagia.
Tatkala bersama dia,
bahagia itu berganda.
Lebih manis lagi,
Dikala kita punyai tangis di tubir mata,
dia ada sama untuk mereda.
Cuba menyeka air mata dengan kata-katanya.
Tidak membiar tangis kita berganda.
Adakala
kita punya ceritera yang mahu diluahkongsi.
Pasti dia insan pertama yang kita cari.
Mahu dia menjadi yang pertama.
Sanggup kemamkan tak tertelan tak terluah
pada siapa-siapa terlebih dahulu.
Mahu cuma dia yang pertama.
Andai dia tidak bisa ada
tika itu.
Kemamkan terus!
Sampai perut bertukar hijau pun tak mengapa.
Perasaan
yang hadir antara 2 insan.
Bukan ahli keluarga.
Bukan kekasih.
Apatah lagi darah daging!
Dia yang dahulu
adalah orang asing dalam hidup kita
kini,
mampu memahami
juga menyayangi kita seperti
dia telah lama kita kenali.
Adakala,
kekasih juga tidak mampu untuk terima setiap kurang
yang ada dalam diri kita.
Tidak juga mampu untuk faham kita
sebagaimana dia.
Aku tulis rantaian kata puitis ini
cuma untuk
memuji insan yang amat penting selepas keluarga.
Keluarga yang pertama.
Dia yang kedua.
Kekasih?
Tiada kepentingan.
Sudah menjadi suami nanti,
baru wajib untuk patuh dan menjadi penting.
Siapakah "DIA" ?
SAHABAT
dunia akhirat aku.
Yang aku sayang selalu.
Aku mahu masuk syurga dengan dia.
Allah telah berjanji.
2 insan yang berkasih sayang kerana Allah,
akan mendapat naungan Allah di Hari Qiamat kelak.
Aku cuma mahu itu.
Makanya,
Aku sayang dia kerana Allah!