LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Friday, November 2, 2012

KOTAK KECIL HATI..

Lengggok jemari aku adakalanya tersasar. 
Namun tidak sesat. 
Apabila aku mengejar, 
Usah kamu lari.
Kerana aku tak bisa mengejar jauh-jauh. 
Aku lelah.

Aku punya sayang
yang tak terucapkan dalam hati.
Cuma mampu aku
jeritkan ia dalam nadi.
Aku cemburu.
Aku cuma bisa biarkan ia bernanah dan membusuk
dalam relung hati.

Disaat aku terhidukan
rasa kasih yang bercambah,
lekas-lekas aku racuni tunas itu.
Aku khuatir.
Ia menyakitkan suatu masa nanti.
Bagai yang pernah aku rasa.

Saban malam,
aku peluk bintang dan purnama.
Aku bisik pada mereka,
sendiri itu sepi.
Namun,
adakalanya aku perlu untuk sendiri.
Tapi bukan untuk setiap waktu.

Pabila aku menghambur marah,
dibilang aku emosi.
Pabila aku diamkan amarah,
dibilang aku pengecut.
Pabila aku tiada reaksi,
dikata aku tiada perasaan.
Harus bagaimana lagi mahu aku
pamerkan apa rasa hati aku?

Manusia memang
selalu tidak pernah puas.
Jika kaya dikata sombong.
Andai miskin dibilang pemalas.
Mahu apa lagi kalian dari manusia?
Kalian juga manusia.
Sama seperti aku.
Seperti dia.
Seperti mereka.

Gayanya aku sekarang
umpama pengembara.
Tidak bisa tinggal di suatu tempat untuk tempoh yang lama.
Kerana
pasti akan ada yang tidak senang.
Adakala mahu aku lari ke hutan.
Apa perlu untuk aku ke laut?
Terbang ke angkasa mungkin?

Kini aku ajar hati aku
supaya lebih berwaspada
pada setiap yang bernama manusia.
Kerana manusia punya hati yang berubah-ubah.
Andai sayang,
usah pamer terlalu banyak.
Simpan saja yang selebihnya diam-diam.
Mereka tidak mampu faham rasa hati kita hingga
mereka kehilangannya.
Tika dipeduli,
dia enggan didekati.
Tika dijauhi,
dibilang kita sudah tidak peduli
sama dia lagi.
mahu apakah kamu dari aku benarnya?

Aku tahu,
ada yang membaca tulisan aku ini
sedang menghakimi.
Ada juga yang cuba
untuk mengerti maksud disetiapnya.
Pesan aku cuma satu.
Jangan sesekali cuba menghakimi aku dan
pura-pura mengerti setiap bait tulisan aku.
Kerana kamu bukan aku.
Pemahaman kamu juga aku berbeda.
Aku punya
rasa kasih seluas lautan.
Mungkin lebih luas dari itu.
Namun,
belum kutemu sama insan yang
sebenar-benar layak untuknya.
Cinta dan kasih aku
cuma buat Adam,
bukan Hawa.
Cuma rasa kasih yang aku punya
tika ini,
hanya layak buat Hawa.
Kerana mereka sama seperti aku.
Mampu mengerti aku.
Mampu menyejuk aku yang sedang gelegak.
Mampu reda tangis yang terhambur.
usah disalah erti sama aku lagi.
Andai benci,
buang aku jauh-jauh dari laman maya kamu.
Aku tidak akan datang dekat.
Malah akan terus melangkah pergi dan
menjauh.
Usah dicari lagi.
Kamu tak akan bisa
menjumpai.















No comments: