LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Saturday, October 31, 2009

CERITA HARI INI......


mase mkn kt HS Cafe...

Hari ni aku bangun tdo dengan malasnye.. da la final exam SUKSIS kul 8 pg... hadoii.. malasnye..

Then,lps subuh gajah aku mandi pas 2,siap2.. pkai jubah beb! huhu! da lme x pakai jubah...

malas kot nk gosok bju kurung.. alkisahnya,aku rase aku da lewat sgt daa..

rupenye,mse aku smpai,ramai lg yg blom menampakn btang idong msg2... cess! penat je cepat2..

cuak dalam hati ni x pyh ckp la kn... da cm nk pecah da jantung aku... risaw laa..

ne taw,x dpt jawab.. huhu! bile dapat je kertas soalan,dpt arahan,trus mula...

selang beberapa minit,ak t'gelak sorang2.. bt penat aku cuak je kn.... soalan mmg x bleh bla...

"dalam keadaan 'sedia' dimanakah kedudukan tangan anda?"
A.belakang B.di pinggang C.di hadapan D. di tepi penjahit seluar

ha! jawab la sendiri.... straight gle soalan... penat je ak cuak kn... x berbaloi sungguh!

ad la lagi bebrapa soalan seumpamanya.. layan je la... mse yg diberi 2 jam.. soalan ade 20.MCQ.

dlm mase 1/2 jam sume da siap.. mmg otak geliga la msg2.. tabikk!!

then,ktorg g makan beramai2 kt HS Cafe.. port budak2 SUKSIS lps hbs tugas@aktiviti..

ktorg dapat arahan,kul 10 pagi sume da kne ad kt padang kawad.. sesi mengukur baju...

Baju operasi.. Uniform da ukur da hari 2.. huhu! banyak gle baju.. penuh la loker ak nt..

Bju F1 (pakai stp hari selasa),T-Shirt-2 (pakai klu ad latihan kawad),uniform (stp hari rabu),

bju operasi x taw bile.. bile ade operasi kot! muahaha! okay,sambung cter....

then,ktorg pn gerak la ke padang kawad dgn kenderaan kaki masing2.. letih wo0..

da la msg2 b'bju kurung.. ak dgn dyla b'jubah n berselendang.. cm ne nk ukur uniform ni??

Dyla pakai jeans kt dlm... aku?? pakai tights! tp,ad yg m'offer seluar kt aku.. hehe..

mereka mmg baik.. Tp,m00d aku mmg kurang baik la dlm semggu dua ni.. kesian Dyla...

terpaksa hadapi angin monsoon mood aku.. kt0rg spent most of the time in a day together...

kejap aku okay.. kejap kang da diam... pas 2 gelak2.. pas 2 monyok... ntah laa...

kesian sgt kt Dyla.. maaf cyg.. out of control...

ak x selesa g padg kawad pkai jubah.. Dyla pn cm 2 gak.. so,dia pnjm kete nizam..

nk blik bilik.. tukar baju.. g pn jubah ak da bsh da kt bhgn bawah 2.. kne air hujan...

Dyla pn hntr ak blik mahallah.. tkr bju,then,g padang kawad smula..

lps je proses ukur-m'ukur,ktorg pn b'surai.. Dyla nk blik Perak... huuu.. sedey...

kebosanan tahap cipan la aku... nt,rindu... huhu!

then,ak diam je la kn... x taw nk ckp ape.. smpai la ktorg b'pisah...

Mahallah dia ikut jln lain,ak lain.. aku ingt nk kuar.. temankn Dyla naik train.. kt KL central...

tetibe x jd...sbb,m00d x okay... cian Dyla... maaf lg cyg...

haih....

bosan la mo0d cm ni... mls nk layan.. tp,nk bt cm ne.. out of control...

So,skg ni tgh bosan tahap sumpah2... x taw nk bt ape... sepatutnya,study...

selalunye time cm ni (8.10 pm) ak tgh mkn mlm dgn Dyla.. sbb,b4 2 ktorg akn lepak kt lib..

study ke.. bt assignment ke.. kdg2,lpk kt masjid.. solat maghrib kt sne.. lps joging 2,msg2 mls nk

blik bilik.. 2 yg ke masjid...s0,dia x de,mls la ak nk kuar... mkn megi je... 2 je la kot..

xde idea da.. kering. tamat.

Thursday, October 29, 2009

BILA MANUSIA MENILAI...

Aku tunduk
bila mata itu tidak menghiraukan aku
dan,aku terus berlalu.
jika engkau mahukan itu,
aku turutkan.
aku hormatkan.
biarlah walau sepelaung aku jeritkan
kau tak akan toleh,aku tahu..
tak mengapa.
aku turutkan.
aku hormatkan.

Biarlah rasa kasih pada kamu ini
aku tumpahkan.
biarlah rasa sayang untuk kamu ini
aku deraikan.
asal kamu tahu,kamu tetap kawan aku.

kepada insan yang bernama
kawan-kawan aku
(kawan2=jamak=ramai)
janganlah diharap kesempurnaan aku
janganlah dinilai aku tanpa kesalahan aku.

Kerana aku
tidak mengharap pada kesempurnaan kamu2
tidak pernah mahu kamu yang tiada kesalahan
tidak betah dengan kamu2 yang
tidak dapat terima
seadanya aku.
aku juga manusia yang ada cela.

Kawan..
Apabila kau ingin berteman
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan 1 kelemahan
kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana dengan 1 keburukan
kau akan membencinya
Andai kau ingin bersahabat
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kau kan memfitnahnya
Andai kau ingin berkawan
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
mungkin kau akan menyalahkannya
Andai kau ingin bersahabat
terimalah dirinya seadanya dia..

Ingatlah..
jangan cepat menilai insan
kelak kau pasti menyesal.
Jangan jadi seperti aku
Mereka menyesal kenal aku. Berkawan dengan aku.
salahkah aku kerana aku ada kesalahan?
kamu ada jawapan.. diamkan saja.
Aku bersyukur..
sekurang-kurangnya,
kamu pernah bahagiakan aku.
noktah.

Wednesday, October 28, 2009

HATI BERBISIK..

MATA BERTANDANG
HATI BERBISIK MENGENANG
CERITA DERITA YANG DAKU PENDAM
KATA MENGUJI CUBA UNTUKKU SUDAHI
BERULANG AIR MATA MEMBASAHI
AKU KINI PERLU BERDIRI
WALAU HAKIKATNYA PASTI KAN MELUKAI
AKU INGIN SEMUA RASAI
KERNA PENGAKHIRNYA
HIDUPKU SENDIRI
OH TUHAN
KAU BERIKAN AKU SEGALA KEKUATAN
MENERUSKAN PERJALANAN

Monday, October 26, 2009

TIADA BICARA..

Bila bibir hilang bicara
hati akan mula berkata-kata
kerana..
fikiran tidak akan pernah habis
ceritanya..
Mata berbicara tanpa butir kata
menjelaskan rasa hati yang lara.
Apabila mata dan hati hilang tutur kata
jiwa seakan kosong..
ingin bicara juga,tetapi tiada butirnya..

Thursday, October 22, 2009

IKATAN

tidak mampu lg aku menahan
mutiara itu jatuh
dari tubir mata..
Aku biarkan ia...
menangislah semahumu wahai mata...
xkn aku tahan..
menjadilah engkau saksi
kepada persahabatan yang tulus suci ini..
menjadilah engkau akan bukti
betapa aku terlalu amat menyayangi
dia dan persahabatan ini..
Ya Allah,satukanlah kami semula
dalam ikatan yang pernah mengikat
hati kami utk saling menyayangi
keranaMu...

PORTRAIT OF A FRIEND..



I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.

Tuesday, October 20, 2009

TERIMA KASIH...HUJAN

AKU KELU..BISU.
MENGGIGIL DI BAWAH
TERIK MENTARI
SETELAH BERHUJAN LENCUN.
WAHAI HUJAN,
APAKAH GERANGAN
KAU DATANG KE MARI?
HINGGA KUYUP AKU
KAU SIMBAHKAN..
TAK MENGAPA..
KEDATANGAN KAU AKU HORMATKAN.
MENYEDARKAN AKU
DARI ALPA DAN LEKA.
AKU MENGERTI KESILAPAN ITU.
AKU AKUI.. KESALAHAN ITU AKU PUNYA.
TERIMA KASIH,HUJAN..

Monday, October 19, 2009

BICARA HATI AKU 5..



Kedinginan bayu
berhembus lembut
menemani petang yang suram.
Mendung awanan kelabu
seakan mengerti
perasaan aku saat ini.
Alunan syahdu lagu dimainkan
menambah lagi
kesepian,kesunyian hati.
Rindu... tepat sekali.
Keliru.. barangkali..
Bagaimana harus aku luahkan?
Dia segala-galanya buat aku..
Tongkat.. Bisa buat aku berdiri tegak.
Cermin.. bisa buat aku nampak segalanya.
Pelengkap hidup aku.
Sebahagian dari jasad aku.
Dia kekuatan aku
Apabila orang tua aku jauh dari sisi.
Seakan lumpuh aku bila dia tiada.
Lemah dan lesu dirasa tanpa bayangnya dia.
Kasihan pada mereka yang bersama aku.
Mereka tidak tahu,
Senyum aku itu sumbing.
Tawa aku juga palsu.
Keriangan aku dusta.
Mereka tidak nampak..
Andai ada salah silap aku di mana-mana
katakan.
Andai kau mahu.. marahlah aku.
Andai perlu.. tamparlah aku.
Sesungguhnya,aku tidak tahu mana silapnya.
Usah biarkan hati berbicara.
Aku dungu.
Bicaralah dengan kata-kata
Mungkin aku bisa lebih mengerti..
Aku pohon.
Tolonglah hentikan kebisuan kamu.
Tolonglah pecahkan tembok yang memisahkan
bicara kau dan aku.
Tolonglah mengertikan kata-kata aku ini...

BICARA HATI AKU 4..

Rungkaikanlah kekusutan ini.
jelaskanlah persoalan hati.
Detik masa yang berlalu
seakan terlalu amat
tidak bermakna
buat aku.
Hentikanlah kebisuan ini.
Sungguh.. Aku mati.
Leraikanlah keresahan jiwa ini.
Sungguh... Aku sepi.
Kata-kata aku..kaku.
Senyum aku..hambar.
Tawa aku..dusta.
Langkah aku..tempang.
Pandangan aku..kosong.
Pendengaran aku..tuli.
Fikiran aku..cuma ada simpulan persoalan.
Sungguh.. Aku tak mengerti.

BICARA HATI AKU 3..

Bicara itu kaku tatkala
mata berpautan.. Kau dan aku.
Hati meraung agar
bicara itu ditutur..
Akal rancak mencari
rentak tari lenggok kata
yang tersepit di celah
helaan degup jantung yang bersepah
degupannya.
Dan,
Akhirnya..
Bibir itu membisu.
Bicara itu terus kaku.

BICARA HATI AKU 2..

Kebisuan itu membunuh aku
yang hampir terbunuh dalam
kesunyian tanpa kamu..
Terlalu ingin aku bunuh
kebisuan dan kesunyian ini
maka,
Aku buatkan.
Tapi aku lemah.. longlai..
Tiada apa yang bisa
aku lakukan tanpa kamu.
Kerdip mata juga
aku tidak mampu.
Tolong kembalikan keupayaan aku...

BICARA HATI AKU 1..

Andai ada salah aku.. Beritahu.
Andai ada silap aku.. Cakap.
Andai aku menyakitkan.. Hukum.
Andai aku melukakan,
izinkan aku pulihkan kembali.
Andai aku abaikan,
sedarkan aku.. aku tidak tahu.
Aku tidak kuat berdiri tanpa kamu.
Aku tidak mahu senyum tiada kamu.
Dusta aku benar ada kamu.
Benar aku dusta tiada kamu.

Saturday, October 17, 2009

TUHAN..AKU RINDU DIA..


Dia telah menjadi sebahagian dari aku..
Dia hadir saat aku perlukan teman..
Dia kembali dari alam persekolahan yang memisahkan..
Dia juga mengajar aku erti persahabatan..
Dia sayang aku... aku tahu.. Aku juga sayang dia.. dia tahu..
Dia terlalu amat istimewa buat aku..
Dia sahabat terhebat yang aku ada..
Dia selalu ada dalam hati aku..
Dia peniup semangat aku..
Dia tongkat aku..
Tanpa dia,aku rapuh...
Tanpa dia,aku jatuh..
Tanpa dia,aku bisa jadi lumpuh..
Tuhan,tolong jangan biar dia jauh dari aku..
Tuhan,aku rindu dia...

Tuesday, October 13, 2009

DETIK ITU... AKU RINDU

Duhai hati...
adakah kau tahu
aku hancur tanpa kau?
aku bersepai
saat kau berlalu?
aku sesak
tika kau melangkah pergi?

Duhai hidup...
menjadikah aku akan diriku
saat kau tiada bersamaku?
tegarkah langkah ini ku ayun
tanpa kau sebagai penguatnya?
bisakah bibir ini tersenyum
tanpa kau,pengukir agungnya?

Duhai kesayanganku...
kita dekat tetapi kita jauh
kita saling melihat tetapi kita tak nampak
kita berbicara tetapi bukan dengan kata-kata..
kau tahu aku rindu
kau tahu aku butuh kau
kau tahu bersepai tanpa kau
kau tahu.....
Detik itu.. Aku rindu.

Wednesday, October 7, 2009

SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI

sekiranya,
kita cinta pada manusia
tak semestinya manusia cinta pada kita.
tetapi,
sekiranya kita cinta pada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu.
Dan,
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..
**Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Thursday, October 1, 2009

P.E.R.G.I.L.A.H.....

Pergilah..
Aku penat.
Kau tak perlu aku.
Aku tak mahu kau.
Sekian lama aku tahan rasa ni.
Berharap keajaiban berlaku.
Kini,tidak.
Aku lelah.
Sesak.
Tersepit dihimpit bongkah ksih sayang
Yang aku sendiri bikin.
Aku bersepai.
Bongkah itu... Kopak!


**rasa hati sendiri..aku bingung..x dapat dimengerti apa rasa ini..yg aku tahu,kau.. pergi!