sekiranya,
kita cinta pada manusia
tak semestinya manusia cinta pada kita.
tetapi,
sekiranya kita cinta pada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu.
Dan,
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..
**Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.


No comments:
Post a Comment