LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, October 29, 2009

BILA MANUSIA MENILAI...

Aku tunduk
bila mata itu tidak menghiraukan aku
dan,aku terus berlalu.
jika engkau mahukan itu,
aku turutkan.
aku hormatkan.
biarlah walau sepelaung aku jeritkan
kau tak akan toleh,aku tahu..
tak mengapa.
aku turutkan.
aku hormatkan.

Biarlah rasa kasih pada kamu ini
aku tumpahkan.
biarlah rasa sayang untuk kamu ini
aku deraikan.
asal kamu tahu,kamu tetap kawan aku.

kepada insan yang bernama
kawan-kawan aku
(kawan2=jamak=ramai)
janganlah diharap kesempurnaan aku
janganlah dinilai aku tanpa kesalahan aku.

Kerana aku
tidak mengharap pada kesempurnaan kamu2
tidak pernah mahu kamu yang tiada kesalahan
tidak betah dengan kamu2 yang
tidak dapat terima
seadanya aku.
aku juga manusia yang ada cela.

Kawan..
Apabila kau ingin berteman
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan 1 kelemahan
kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana dengan 1 keburukan
kau akan membencinya
Andai kau ingin bersahabat
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kau kan memfitnahnya
Andai kau ingin berkawan
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
mungkin kau akan menyalahkannya
Andai kau ingin bersahabat
terimalah dirinya seadanya dia..

Ingatlah..
jangan cepat menilai insan
kelak kau pasti menyesal.
Jangan jadi seperti aku
Mereka menyesal kenal aku. Berkawan dengan aku.
salahkah aku kerana aku ada kesalahan?
kamu ada jawapan.. diamkan saja.
Aku bersyukur..
sekurang-kurangnya,
kamu pernah bahagiakan aku.
noktah.

No comments: