LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Thursday, August 5, 2010

DI LAMAN POLOS INI...

Andai ini cara terpaling baik buat kamu tahu khabar aku,aku buat ini untuk kamu.

Andai ini jalan terpaling senang buat kamu pamer sayang buat aku,aku tulis ini buat kamu.

Jiwahati aku terkadang pilu menc0ret di laman polos ini...

Bahasatulisan aku terkadang bersepah mencoret katahati aku..

Apa mahunya aku pada kewujudan kamu,kamu sedia tahu itu..

Apa pandangnya aku pada jasad kamu,kamu juga tahu itu...

Aku tahu kamu tidak butuh pujian tinggi melangit dari aku..

Aku juga tahu kamu tidak bisa untuk faham bahasa klasik hati aku...

Aku juga cukup tahu kamu tidak mahu baca tulisan metafora jemari aku..

Hati aku cuma mahu hati kamu faham rasa jiwa hati aku..

Sayang dan cinta aku pada sahabat aku,tidak mampu aku laungkan pada dunia..

Juga tidak berdaya aku pikul isipadu 2 kuasa itu untuk aku persembahkan pada kamu..

Aku cuma bisa buat ini untuk tatapan mata dunia biar kamu dan mereka tahu,

Bahawa aku cuma ada jiwa dan rasa pada kamu yang tidak mungkin akan pernah sama

pada insan yang kamu temui..



No comments: