Nafas baru aku seakan tiada rasa.
Mahu dihembuskan,perit..
Mahu ditarik,payah..
Fikiran aku seakan hilang punca.
Mahu dicari,buntu.
Mahu dibiar,gila.
Hati aku seakan syahdu.
Mahu ditangiskan,tiada air mata.
Mahu didiamkan,menyempit jantung dirasa.
Jiwa aku cuma butuh teman yang biasa aku ada. Tidak kepingin teman baru sama sekali.
Cuma aku hanya baru sedar,bagaimana harus mereka mahu adakan diri mereka untuk aku sedang aku tidak bisa untuk berada dekat dengan mereka.. Aku suarakan isi hati aku pada temannya aku lewat td petang.. Aku terdengar senyumannya dia. Aku tahu dia mahu dampingi aku tiap kali aku perlu dia.. Cuma kali ini,dia x bisa lakukan itu untuk aku..
Aku pujuk hati dengan suara ingatan dan haruman memori yang terukir indah...
Tiupan semangat dari bicara nakal teman aku itu cukup buat aku yakin,dia tetap ada untuk aku walau dari kejauhan cuma.. Aku akan bermula segalanya semula berbekalkan apa yang aku punya selama nafas itu berhembus...


No comments:
Post a Comment