LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Monday, August 2, 2010

BICARA BELAHAN JIWA


Di sini aku mahu bicarakan belahan jiwa seorang KAWAN..

Aku,
kembali senak dan sesak juga sebak
dalam kesepian aku yang tak bisa bersuara.
Aku suarakan bisik hati
melalui bahasatulisan yang aku dengarkan
dalam coretanlakaran hodoh dan bodoh yang aku cipta.
Ruang yang aku tinggalkan buat hati aku
meratap merintih
terbiar..
Sepi mengusik dan mengganggu
ketenangan hati.
Membuat aku terganggu dan terusik
dengan kenangan yang tercarik.
Andai aku bisa
mohon pada Yang Esa,
Mahu aku kikis dan hakis
rasa yang aku ada.. semua.
Aku dimakan sepi yang kau hadirkan.
Dan,
Aku tenggelam dalam keegoisan.
Terdiam dalam kegelapan.
Terkaku dalam pembohongan.
Aku mahu berhenti dari meneruskan
permainan ini.
Aku mahu habiskan nyanyian sunyi sepi
Walau terpaksa aku telan
mimpi dan impian
yang suatu ketika dulu
indah
pada lirik dan bait kata.

No comments: