LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Monday, August 30, 2010

LETIH


Aku letih.
Aku sangat letih.
Aku terlalu letih.
Aku terlalu sangat letih.
Aku terlalu sangat-sangat letih.
Aku tak larat.
Aku sangat-sangat tak larat.
Aku tak sanggup nak teruskan lagi.
Sebab,
Aku sangat-sangat penat.
Aku perlu
TIDO!!!

DAMAI YANG CELARU

RASA HATI
CUMA HANYA MAMPU BERSERAH
PADA PENCIPTANYA YANG MAHA AGUNG
TIKA IA TIDAK LAGI MAMPU MENANGIS HIBA...
CUMANYA MAHU HATI ITU
TUNDUK TENANG MENYATA RASA SENDIRI
TANPA MAHU BERKONGSI..
TENANGNYA IA HANYA TERBIAS PADA SERAUT WAJAH
YANG DISEBALIKNYA ADA GARIS-GARIS LUKA
YANG TIDAK TERLIHAT DEK MAJAZI DUNIA...
KETENANGAN YANG MAMPU DITADAH
TELAH TERTUMPAH PADA KECELARUAN YANG SETIA HADIRNYA
PADA SETIAP DEGUP JANTUNG INSANI..
TIKA MAHU HATI INI
MENGGAPAI RASA CINTA YANG HAKIKI
PADA GIGI PANTAI YANG PADA ZAHIRNYA
MENAHAN SAKIT PERIH PUKULAN OMBAK
SERAUT WAJAH YANG DIANYAM DI RUANG MASA MEMELUK
KEINGINAN HATI YANG MAHU
MENEGUK CUMA SECANGKIR CINTA YANG SELAYAKNYA
DIPUNYA DIA..
NAMUN ADA KETIKANYA
DISAAT HATI BERZIKIR LAGU CINTA DAN RINDU
ADA HATI YANG TERCUIT
PADA INSAN YANG DIRAUT AIR MUKANYA ADA CINTA..
CUMA HANYA KERANA
MELODI DAN IRAMA KASIH YANG TERKAIT
DALAM LIRIK KATA DAN BAIT LAGU
TIDAK SEINDAH LAGU
YANG BERALUN DI DALAM HATI DAN MINDA
PENCINTANYA,
MAKA TERLIHATLAH SEGARIS DUKA
DI DADA LANGIT YANG HAMPARANNYA CUMA TERUKIR
TANDA CINTA YANG TIDAK BERTEPI.
KERANA CINTA ITU,
HATI YANG TANPANYA SURAM TIADA WALAU
SETITIS SIMBAHAN CAHAYA,
TETAP AKAN TERUS KUSAM WALAU
ADA BERIBU BINTANG BULAN
YANG MENEMANI..

Tuesday, August 24, 2010

PERINDU...

Angin malam
berpuput lembut menerjah ruang nafas.
Terpana seorang insan
tatkala hatinya diterjah bisikan rembulan sepi
di langit hitam pekat.
Lalu,
bertanyalah hati itu
"dimanakah cahayamu yang dipuja pungguk dari dulu?"
Rembulan cuma menjawab dengan senyuman.
Rambut ikal mayang
dielus lembut penuh kasih sayang.
Tetapi,
Dimanakah letaknya kejujuran tangan yang mengelus itu
sedang derap nafasnya selalu tersasar?
Mata bundar itu
merenung pula pada kerdipan bintang-bintang.
Dapatkah mata ini merenung mata si kekasih yang dipuja
bagai ia merenung bintang-bintang
seumur hidup yang dia punya?
Lautan,
yang pada asalnya adalah mendamaikan,
ombaknya bisa menghempas pantai yang setia selalu bersamanya.
Wahai Ombak,
Betapa tegarnya engkau memukul pantai?
Sedang engkau tidak sedar
cuma dia yang menunggul disisimu.
Walau engkau memukul dan menghempasnya saban hari dengan rakus.
Pernahkah ia menggogoi minta engkau berhenti melakukan itu?
Alam luas membentang cakerawala Tuhan ini
adalah bukti cinta yang tiada henti.
Dimana sahaja pasti ada.
Cuba matamu dilelapkan buat beberapa ketika.
Dapatkah engkau tersenyum seindah itu
jika tiada cinta yang ditiup ke dalam hatimu?
Bersenyumlah seindah itu selalu
kerana ia hanya dapat
menenangkan hati yang merindu
senyum itu.


Monday, August 23, 2010

AKU TAK MAHU...

aku penat tahan rasa mahu menjerit sekuat alam..
aku letih tahan hati rasa mahu kamu ada dekat aku sekarang!

Tolong la ada kt cni...
Aku x maw kawan2 baru..
Aku canggung..
Aku janggal..
Aku rase pelik..

Bila aku gelak,
aku akan berhenti tiba-tiba
bila teringatkan kamu..
Hati aku jadi sayu dan pilu...

Aku mahu kamu..
Aku x mahu mereka..

Mungkin awal2 aku akan rasa begini..
kekok tanpa kamu..
Rasa sgt2 x seronok bila tingkah aku
mendapat respon mereka,bukan kamu..
Pelik dengan hilai tawa yang aku x biasa dengar..
Sangat2 canggung dengan ukiran senyuman mereka..
sebab aku biasa dengan hilai tawa dan senyuman kamu,sayang..

Mereka baik,aku tahu.
Cuma aku x mahu berapa baik dengan mereka..
Aku takut aku sayang mereka seperti aku sayang kamu..
Aku x mahu itu.
Sebab aku mahu sayang kamu sorang je cm 2..

Aku penat tahan bila diajak temankan beli makanan di mana2..
Aku penat tahan bila diajak berbual dan ketawa ria..
Kerana aku selalu buat itu dengan kamu..
Bila dengan yang lain,aku x rasa mahu buat suma itu..

Sunday, August 22, 2010

SISIPAN HATI...


Nafas baru aku seakan tiada rasa.

Mahu dihembuskan,perit..
Mahu ditarik,payah..

Fikiran aku seakan hilang punca.

Mahu dicari,buntu.
Mahu dibiar,gila.

Hati aku seakan syahdu.

Mahu ditangiskan,tiada air mata.
Mahu didiamkan,menyempit jantung dirasa.


Jiwa aku cuma butuh teman yang biasa aku ada. Tidak kepingin teman baru sama sekali.
Cuma aku hanya baru sedar,bagaimana harus mereka mahu adakan diri mereka untuk aku sedang aku tidak bisa untuk berada dekat dengan mereka.. Aku suarakan isi hati aku pada temannya aku lewat td petang.. Aku terdengar senyumannya dia. Aku tahu dia mahu dampingi aku tiap kali aku perlu dia.. Cuma kali ini,dia x bisa lakukan itu untuk aku..
Aku pujuk hati dengan suara ingatan dan haruman memori yang terukir indah...
Tiupan semangat dari bicara nakal teman aku itu cukup buat aku yakin,dia tetap ada untuk aku walau dari kejauhan cuma.. Aku akan bermula segalanya semula berbekalkan apa yang aku punya selama nafas itu berhembus...

Tuesday, August 10, 2010

APABILA KEJUJURAN DISALAH ERTI..


MAAF ANDAI AKU TERUS MENYEPI SEJURUS TULISAN INI DIBACA..

KEBUNTUAN MENUTUPI LOGIK AKAL DARI PERTIMBANGAN.

KECELARUAN MEMBUNUH HATI DAN JIWA DARI TERUS BERKATA-KATA.

KERUNSINGAN FIKIRAN MEMBENARKAN EMOSI MENGUASAI DIRI.

JASAD AKU KAKUPEGUN DALAM LANGKAH YANG AKU ATUR SEKEMASNYA.

CUMA,MAHU AKU TERUS MELANGKAH WALAU PAYAH DIRASA.

SEBAK MEMENUHI RUANG JIWA DALAM TUDUHAN YANG BUKAN AKU PUNYA.

PILU MENYELIMUTI ZARAH-ZARAH UDARA YANG AKU HIRUP RAKUS.

BAHANG MENTARI SEAKAN DINGIN DIRASA.

TEMPIAS HUJAN BAGAI MENUSUK EPIDEMIS KULIT AKU HINNGA AKU TIDAK BISA

TAHAN WALAU SETITIS PUN AIR HUJAN ITU.

CAHAYA REMBULAN BAK SULUHAN LAMPU KALIMANTANG YANG MALAP.

DAN,HEMBUSAN ANGIN MENAMPAR PIPI AKU SEMAHUNYA BAGAI MINTA AKU

SEDAR DARI KEPILUAN DAN KEPEDIHAN YANG MENYELUBUNGI.

AKU TIDAK MAHU MINTA APA-APA DI SINI..

CUMA SEDIKIT KEKUATAN JUGA KETENANGAN UNTUK AKU TERUS KUAT

MENERUSKAN PERJALANAN MENITI MASA YANG BERSISA BUAT AKU .

AKU TIDAK MAHU FIKIR ATAU PEDULI LAGI

DENGAN APA YANG BISA BUAT AKU BERSEDIH HATI..

AKU CUMA MINTA,

USAHLAH DIRAGUI HATI JUGA KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN DIRI INI.

TAPI,ANDAI ITU KEMAHUAN HATI,TERUSKANLAH JIKA IA BISA MENGGEMBIRAKAN..

PERJALANAN INI AKAN AKU TAMATKAN SEPERTI APA YANG AKU HARAPKAN..

BIARLAH AKU SENDIRI YANG TERUS MENJAGA HATI AKU..

AKU MOHON,USAH HATI INI DISAKITI LAGI......


Monday, August 9, 2010

AKHIRNYA.....


Hari: Jumaat
Tarikh: 6 August 2010
Masa: 3.00 - 9.00 mlm
Tempat: KLCC



Akhirnya,dapat gak ak spent time dgn Nurul Nashida a.k.a Dodot,
my best friend....



look! ;)

c0m0t kwn sy ni... huhu!

belakang 2,CHOPARD.. jam idaman dodot.. ($_$)

TAMAN KLCC... precious moments..


Dalam setahun,cuma sekali moment ini akn tercipta. Jadi,ia terlalu amat berharga bagi aku..
Bila keluar b'2,
HP switch 2 SILENT MODE.. NO HP AT ALL..
3rd PARTIES ARE PROHIBITED.
THATS ARE RULES & REGULATION.. ;)

Pertemuan ini diluar perancangan akal & hati..
Tapi Dia tahu,kami terlalu amat perlu pertemuan ini..
Biarlah cuma seketika,
Kerana segalanya telah diungkap nyata..
Segala persolan,terjawab..
Segala kekusutan,terungkai..
Segala rindu di hati,terlerai..
Tiada yang ikhlas melainkan yang ikhlas sahaja yang terucap ketika bibir melafaz kata..
Setiap saat itu,terisi dengan senyum & gelak tawa..
kerana setiap detik itu tidak akan pernah kembali utk kali ke-2..
Kini,kembali senyum seperti biasa..
Terima kasih,Tuhan..

Thursday, August 5, 2010

DI LAMAN POLOS INI...

Andai ini cara terpaling baik buat kamu tahu khabar aku,aku buat ini untuk kamu.

Andai ini jalan terpaling senang buat kamu pamer sayang buat aku,aku tulis ini buat kamu.

Jiwahati aku terkadang pilu menc0ret di laman polos ini...

Bahasatulisan aku terkadang bersepah mencoret katahati aku..

Apa mahunya aku pada kewujudan kamu,kamu sedia tahu itu..

Apa pandangnya aku pada jasad kamu,kamu juga tahu itu...

Aku tahu kamu tidak butuh pujian tinggi melangit dari aku..

Aku juga tahu kamu tidak bisa untuk faham bahasa klasik hati aku...

Aku juga cukup tahu kamu tidak mahu baca tulisan metafora jemari aku..

Hati aku cuma mahu hati kamu faham rasa jiwa hati aku..

Sayang dan cinta aku pada sahabat aku,tidak mampu aku laungkan pada dunia..

Juga tidak berdaya aku pikul isipadu 2 kuasa itu untuk aku persembahkan pada kamu..

Aku cuma bisa buat ini untuk tatapan mata dunia biar kamu dan mereka tahu,

Bahawa aku cuma ada jiwa dan rasa pada kamu yang tidak mungkin akan pernah sama

pada insan yang kamu temui..



Monday, August 2, 2010

BICARA BELAHAN JIWA


Di sini aku mahu bicarakan belahan jiwa seorang KAWAN..

Aku,
kembali senak dan sesak juga sebak
dalam kesepian aku yang tak bisa bersuara.
Aku suarakan bisik hati
melalui bahasatulisan yang aku dengarkan
dalam coretanlakaran hodoh dan bodoh yang aku cipta.
Ruang yang aku tinggalkan buat hati aku
meratap merintih
terbiar..
Sepi mengusik dan mengganggu
ketenangan hati.
Membuat aku terganggu dan terusik
dengan kenangan yang tercarik.
Andai aku bisa
mohon pada Yang Esa,
Mahu aku kikis dan hakis
rasa yang aku ada.. semua.
Aku dimakan sepi yang kau hadirkan.
Dan,
Aku tenggelam dalam keegoisan.
Terdiam dalam kegelapan.
Terkaku dalam pembohongan.
Aku mahu berhenti dari meneruskan
permainan ini.
Aku mahu habiskan nyanyian sunyi sepi
Walau terpaksa aku telan
mimpi dan impian
yang suatu ketika dulu
indah
pada lirik dan bait kata.