Mungkin kerana hati aku sudah
tiada rasa yang selalu bikin aku resah...
Mungkin juga aku telah redha dalam pasrah
perjalanan hidup aku belum sampai penamat lagi..
Aku tahu,
kisah cinta aku belum
siap tulisannya oleh
Pengarah di atas sana..
Dek kerana aku terlalu terburu-buru
dalam memiliki cinta aku,
aku ditemukan dengan insan-insan
yang sama sekali bukanlah dicipta
untuk bersama aku..
Maka dengan itu,aku kecewa..
Aku selalu minta pada
Pemilik Agung rasa cinta dan kasih sayang,
agar tidak diketuk lagi pintu hati ini
buat sang cinta...
kerana aku terlalu mahu hidup
sendiri buat beberapa ketika...
tidak lama.... sebentar cuma...
Cinta,
kau indah..
Namun,menyakitkan.....
Wednesday, December 28, 2011
Monday, December 19, 2011
TEMAN JIWA ISTIMEWA...

Tidak aku tahu dari mana harus aku mula..
Mungkin kerana terlalu menjaga hati begini jadinya..
Aku dimarah diherdik sesedap rasa..
Bukan tidak mahu aku lawan pedih bisa yang dirasa..
Aku tahu diam itu lebih baik dari pertahankan yang entah apa-apa..
Tadi sore,aku panggil teman jiwa aku melalui telefon tangan..
Isi duit yang tinggal saki baki buat aku seksa..
Namun mahu juga aku meluah pada dia..
Diharap dia ada disana buat aku meluah tangis hiba hati..
Panggilan aku disambut mesra bagai selalu..
Dialah yang setia disamping aku dari lebih 2 tahun lalu..
Mutiara yang mengalir cepat aku seka..
Tidak mahu kedengaran dek hatinya..
Suara aku kedengaran di halwa telinganya..
Aku dipujuk meluah rasa..
Terhambur tangis aku semahunya..
Rindu datang peluk hati bila kenangan menjentik jiwa..
Pada dia aku meluah hiba...
Dia diam kaku sepenuh hati menelan suara air mata yang tumpah..
Tiada kata.. cuma esak tangis..
Perasaan yang aku tahan memberat dalam sendu..
Dia mula memujuk minta aku sapu air mata itu...
Bila hati sedikit tenang,
Aku mula berbicara sebutir demi sebutir...
Setia dia mendengar disetiapnya....
Talian terputus..
isi duit telefon aku habis....
Aku kecewa kerana rasa hati belum habis terluah...
Selepas beberapa ketika,
Telefon ditangan menjerit minta disambut panggilannya..
Teman jiwa pula mengambil alih giliran menelefon...
Segala sendu aku zahirkan pada bahu maya
teman jiwa yang aku bayangkan..
Rasa sedikit lapang menyusup perlahan-lahan
di urat nadi nafas aku...
Kembali senyum aku terukir di wajah
yang masih punya sisa air mata sejurus
terdengarkan cakap-cakap dia yang cuba bikin
jiwa aku kembali gembira sediakala..
Butir bicara aku sama dia berlarutan buat beberapa ketika..
Kembali mengimbau kenangan yang telah diukir ketika
sama-sama sekampus suatu waktu lalu...
Detik perkenalan kembali menjengah memori yang sarat utusan rindu...
Pada dia aku ajukan soalan yang lazim aku bertanya..
"Dylla syg Ma x?"
Jawabnya,"sayang.."
"Macam mana Dylla sayang Ma?"
Jawabnya lagi,"berbeza dari kekasih,lebih dari seorang kawan biasa"
Aku menyimpul kata,
Aku teman jiwa istimewa dia...
Dia berjanji untuk selalu bersama aku
disetiap saat yang kami lalui..
sudi berkongsi suka duka aku yang comot ini...
aku cuma perlu panggil..
pasti dia sahut..
Begitulah selalunya sejak dari awal persahabatan lagi...
Cuma adakalanya aku terlalu kejam menduga hati dia..
Maaf aku mohonkan dari dia apabila bicara itu berkesempatan...
Dia??
Cuma senyum dalam tuturkata bicara dia..
Aku bisa terdengarkan ukir senyum itu...
Tuhan,
apakah kebaikan aku dikelahiran ini
hingga aku dianugerahi teman seperti dia?
Tuhan,
jangan Kau izinkan aku hilang dia....
Kerana aku belum sempat membuat kebaikan untuk hidupnya..
Tuhan,
tolong aku jagai dia dikala penjagaanku tak terangkul padanya..
Kerana hanya Kau sebaik-baik penjaga Yang Maha Kuasa..
Tuhan,
tolong jangan biar dia menangis seperti aku
kerana aku tak bisa menyeka titis air mata dia.....
Tuhan ku Ya Allah,
hanya Kau bisa mengerti rasa yang Kau hadirkan ini..
Aku cinta & sayang teman jiwaku itu
keranaMu Ya Allah.. Demi redhaMu........
Tiada lain,hanya untuk mendapat payungMu
dihari perhitungan yang Kau janjikan
buat 2 insan yang berkasih sayang demiMu.....
Thursday, December 15, 2011
EPISOD DUKA SILIH BERGANTI...
"Mentari pagi
sembunyi dari pandangan hari aku..
Bagai mahu membiar aku bersama resah jiwa
yang turut sama menemani aku..
Mendung di hati cuma menunggu saat gugurnya
titisan-titisan mutiara dari tubir mata..
Cuma perlu ditabahkan jasad & jiwa agar
tidak dititiskan mutiara itu kerana
ia juga punya harga diri yang
tidak terlihatkan..."
Sunday, November 27, 2011
T.E.N.A.N.G
Aku,
kembali mendakap bahagia..
Biarpun aku masih juga terusan diuji,
namun dengan adanya insan kesayangan hati
ujian itu bisa buat aku menjadi lebih kuat berdiri..
Bila aku buang pandang ke dada langit
Aku bisa lihat ukiran tenang nafas aku...
Bila aku hirup udara pagi
bisa aku merasa ketenangan turut menyelinap
ke seluruh ruang jasad aku...
Disaat aku kutip semangat buat peneman hari-hari aku,
aku cuma harapkan insan2 kesayangan hati aku
akan terus bersama aku hingga ke akhirnya...
Setiap saat aku utuskan doa rindu aku buat
wajah-wajah yang aku rindu
ukir senyum di garis bibirnya..........
Monday, November 14, 2011
HATI SEORANG PRESIDENT....
Aku sedang diuji Tuhan aku yang Maha Agung..
Aku cuma seorang insan yang telah diamanahkan untuk punya tanggungjawab bukan sekadar menjadi seorang pelajar..
Aku juga adalah seorang manusia yang juga punya hati mahu ada kawan rapat..
Namun,dek kerana tanggungjawab yang aku pikul di kiri kanan bahu ini aku tidak punya walau seorang untuk meneman hati..
Aku ditengah2 lautan manusia yang bisa aku gelar teman seperjuangan..
Adakah pemimpin itu tidak dibenar punya walau seorang teman buat peneman hatinya juga buat penguat jiwanya saat dia tidak kuat untuk berdiri di khalayak...?
Caci maki manusia adalah makanan yang terpaksa aku hadamkan saban hari..
Segalanya punya cela..
Semuanya tidak kena pada pandangan mata..
Aku undur diri dari kumpulan kecil aku untuk biar kalian rasa aku tidak berat pada siapa-siapa..
Bila aku pergi pada mereka-mereka yang tarik aku supaya aku bersama mereka,
ada antara kalian pergi jauh dari aku..
Aku juga mahu berkawan...
Andai ada pada hemat kalian aku salah di mana2,tegur....
Usah dibiar aku dalam kesilapan..
Pemimpin juga perlu ditegur kerana dia juga manusia biasa sama seperti kalian..
Punya hati dan perasaan..
Punya kasih dan kasihan..
Punya salah dan juga kesilapan...
Aku tak minta untuk berada di posisi ini..
Andai ada antara kalian mahu rasa apa itu tanggungjawab,tampillah.....
Akan aku beri posisi ini dengan terbuka hati..
President a.k.a Leader kalian..
Memang gah pada nama..
Gah juga dosa yang terpikul andai amanah ini tidak dilaksana sebaiknya...
Aku seorang perlu menjaga 87 orang..
Sekeping hati milik aku perlu menjaga 87 keping hati yang lain..
Itu belum dicampurtambah hati-hati pensyarah...
Andai tak mampu faham,x mengapa...
Tugas aku bukan setakat di kampus...
Di hostel juga kalian tanggungjawab aku...
Cuba kalian letak diri kalian pada tempat aku..
Kalian cuma tahu setiap perkara perlu selesai dengan cara yang terpaling baik!
Semua perkara itu untuk siapa kalau bukan kalian juga?
Berhentilah menuding jari2 bengkok kalian...
Berhentilah muntahkan segala macam amarah cakimaki sumpahseranah kalian...
Aku penat mahu hadamkan segala macam rasa itu...
Pemimpin bukan orang suruhan!
Aku tak dibayar sesen duit pn untuk jawatan ini..
Malah terpaksa pikul dosa2 kalian lagi!
Itu belum aku titipkan sekali amarah pensyarah2
yang apabila tugasan yang diberi pada aku tidak dapat aku sempurnakan
dengan sebaiknya kerana kalian buta hati untuk akur pada arahan!
Malah aku dimarah kembali atas arahan itu!
Apa kata kalian ganti aku?
Mahu????
*haihhhhh~~~
Thursday, October 27, 2011
LEBIH INDAH DENGAN HADIRNYA IA.....
Bergetar hati
disaat bagai terdengar
suara melalui tulisan-tulisan dia...
Terasa malam
seakan hangat dalam dingin
yang menyejuk..
Fikir aku
dalam pekatnya
gelita langit,
tiada apa yang harus dikhuatiri
kerana bulan bersembunyi
cuma seketika..
Bagai biasa,
purnama itu akan muncul semula
walau rentangan langit mencucuk mata.
Ia adalah sinar mentari itu.
Menjadi bukan purnama lagi
tetapi mentari..
Andai diamati
apa beza mentari atau rembulan?
Sedang keduanya adalah asalnya 1?
Siangnya ia bisa menjadi mentari.
Di pekat malamnya adalah rembulan.
Mentari menyinari hidup insani.
Mengeringkan pakaian di jemuran.
menghangatkan tubuh yang kesejukan.
Setelah ia sempurna melakukan
sebahagian tugasnya di waktu siang,
menjadilah ia sang rembulan
yang digilai si pungguk saban malam.
Yang dipuja pasangan kekasih,
hadirnya mereka bak si rembulan..
Indah.. Menawan.. Mengasyikkan..
Sinar si rembulan itu
bisa menyuluh sang pengembara dalam
kesesatan di hutan.
Juga buat peneman kejora yang
bertaburan di dada langit..
Mengapa mahu juga sang rembulan di situ?
Sedang kejora punya bilangan tak terhitung
di atas sana?
Mahu tahu mengapa?
Walau sebanyak mana kejora itu,
ia tidak akan bisa sama cantiknya langit
dengan hadirnya
sang rembulan di situ..............
Wednesday, October 26, 2011
TERUNGKAI AKHIRNYA..
Rindu aku sedikit terubat
malam tadi.
Persoalan yang membelit fikiran
sudah terungkai..
Walaupun ad sedikit sedih,
namun itu lebih tenang buat aku...
Sahabat,
Aku terlalu merindui
saat-saat kita bersama bersenda
dan berkongsi cerita..
Kamu tak salah..
Mungkin aku yang terlalu beremosi
untuk miliki kamu..
Segala apa yang kita
muntahbelahakkan tadi malam,
aku umpamakan itu
luahan hati aku & kamu
yang kita sama-sama pendam..
Maafkan aku
andai segala apa yang terhurai
menyakitkan jiwa kamu.
Maafkan aku
kerana selama ini
aku terlalu banyak menyeksa
hati kecil kamu.
Tiada amarah buat kamu
Jauh sekali
menyimpan kesumat untuk kamu..
Aku cuma mahu kamu tahu,
Kamu terlalu amat berharga buat
aku juga hidup aku.
Ini bukan lakaran kosong
untuk menyedap kembali rasa hati
kamu sahabat.
Ini tulisan rindu yang aku kuburkan
dari hati kamu.
IMPIAN
Masih lagi aku
menyimpan cita-cita
untuk menjadi seorang penulis.
Sedaya aku mencuba untuk
teruskan impian yang 1 ini..
Bidang aku bukanlah penulisan.
Namun bukan juga 1 halangan
untuk menzahirkan ia..
Menulis itu,
jiwa aku.
Menulis itu,
santapan hati aku...
Thursday, September 1, 2011
MEMANG AKU X PAHAM MANUSIA MACAM KAU LAAA....
Aku terasa nk maki org mlm ni..
Hoii manusia!
Kau suka tuduh aku mcm2 kn??
B'muka2 laa..
Penipu laa..
Kau ingt aku x taw ke
kau gelar aku mcm2??
Tp,disebabkan muka kau mcm muka suci,
aku mls je nk cri gado..
Lgpn,kau mcm budak2 la bhai!
Eh,ke kau mmg budak2 lg??
Bajet cm kau baik sgt2 la kn..
cket2 nanges..
Modal kau air mata..
Nk suruh org kesian kt kau..
Memula mmg sumpah aku kesian kt kau...
Tp,lame2 bile kau bt aku gni,
sesak la nafas aku beb!
Aku x taw la ape kau pedajalkan aku kn...
smp org lain pn cm x puas hati dgn aku..
Ade je yg x kne kn...
Entah ape la cter yang kau bikin
smp org lain nk benci aku..
Mmg kau setan muka suci la wa ckp lu!
Mulut kau,lantak kau laa nk ckp pe..
Tp,x payah laa nk bt2 cter sdey kt org
biar org kesiann kt kau!
Depan...
mmg kau baik..
Aku boleh tabikkk kau la beb!
Belakang...
Klu laaa aku ni mulut jahat,
da lme ak bt kau derita dgn
kelancangan mulut aku ni bhai!
Yang aku x puas hati sgt2 kt cni,
yang kau heret rmai2 org
untuk benci aku pesalllll!!
x suda2 nk emo2 dgn aku..
Dr dlu smp skg!
Dlu,aku bodo2 lg x pe laa..
Aku layankan je emo kau 2..
Lepas ni x dpt lg der!
Kau nk heret sape2 lg,
kau heret laa..
1 hari,
orang akan sedar ape yg diorg bt..
Siapa betol siapa salah..
nk gak tgk smp bile org bleh tahan
dgn kau..
Kau bt laa pe kau nk...
Mls aku nk amek peduli lg...
Kau mmg x boleh tgk org lain lebih dr kau..
bile org bt baik,kau puji..
Okay,itu sifat terpuji yang ad pd kau..
Tp,bile org yg sama
bt slh cket je,atau
x dpt nk ad mse kau perlukan dia,
kau mengata mcm2..
Itu sifat t'cela yg ad pd kau..
Lepas kau ngutuk carut dia segala benda,
dia mtk maaf,kau kata 0-0..
Itu sifat terpuji kau lagi..
Then,bila ad p'selisihan lagi,
Kau ungkit pkr dlu2 yg kononnya kau da maafkan,
tokok tmbh cter skg,
untuk kau jadikan bahan bakar
kemarahan kau...
Kau carut ngutuk segala..
Perkara yg sma b'ulang2 dan lagi... dan lagi...
Itu sifat tercela kau lagi..
*haihhhh~
Aku mtk maaf la der..
Jari2 aku
memang celaka cket bab tulis2 ni...
Mulut aku x secelaka jari2 aku..
Itu pasti~
Da la aku nk stop..
kang makin byk plak
aku mem"baby"kan kau dlm ni..
Friday, August 26, 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI......
Salam Syawal ikhlas dari ku,
~Nurul Azma Arif~
Saturday, August 20, 2011
Tuesday, August 9, 2011
MUNGKIN KERANA AKU TERLALU RASA KOSONG DI DALAM HATI......
Wahai hati yang amat aku kasihi....
Mengapa kau bersedih wahai hati??
Tahukah kau,jiwa juga turut terasa sendumu itu??
Seluruh alam juga terasa sebaknya...
Di pagi yang hening ini,
Embun ku rasakan kesejukannya
bagai mahu bunuh aku...
Pabila sang suria menyinar nanti,
tentu bahangnya membakar juga....
Andai mahu diperincikan
satu per satu
apa rasa yang memenuhi seluruh jasadku,
Tidak cukup cahaya bintangbulan
untuk aku jadikan tinta
melakar semua rasa itu..
Mungkin sedih..
Sepi juga ada..
Rindu...
Itu rasa yang buat aku sesak...
Bilamana aku mahu tertawa,
aku paksa tawa itu
agar terzahir..
Biar insan2 sekeliling tahu
bahawa aku benar2 gembira...
Namun,
di suatu titik
andai diteliti satu per satu
sudut di riak wajah ini
mereka akan ketemu
baris ayat,
"aku cuma mahu bikin
insan sekeliling aku gembira
b'kawan sama aku.."
Ya Allah,
Kurniakan aku rasa gembira..
suburkan hati aku dengan bahagia..
Kuatkan jiwa aku menahan sakit
perpisahan jarak dan waktu...
Wahai Tuhan,
HambaMu ini mengerti,
tiada yang endahkan keadaan aku
bilamana aku susah,sakit,sedih,kecewa & tidak b'daya...
Cuma Engkau yang Maha Setia bersama
aku walau hambaMu ini selalu
ingkar suruhanMu.....
Tuhan,
Bolehkah kiranya
Kau tiupkan ke dalam hati
insan2 kesayangan hati aku
rasa kasih buat aku??
Aku cuma seorang yang lemah...
Perlu mereka sama seperti
insan2 lain yang memerlukan teman
buat menyapu titis air mata..
buat mengukir senyum di garis muka..
untuk memelukku di saat aku berduka..
untuk meminjam bahu untuk aku menangis hiba..
untuk menyokong aku disaat aku mahu bertatih semula..
untuk berkongsi rasa jiwa menggebu di dada.....
Tolong aku Tuhan..... Tolong aku....
*menangis
Saturday, August 6, 2011
BUKU MATAHATIJIWA.....

Ini,
Tulisan Matahatijiwa..
Segalanya
aku luah di dalamnya..
Matahatijiwa
di bukukan kerana
mungkin aku xkn selalu
bersama
Senandung Matahatijiwa ini..
Kerana
rasa hati aku datang tiada batas masa..
Andai di tengah
pekat malam,
hati aku merintih mahu bicara,
sekurang-kurangnya
aku punya
buku Matahatijiwa
buat menadah bicara hati ini..
Namun,
tidak akan sekali-kali
aku tinggalkan
Senandung Matahatijiwa ini
kerana ia peneman paling setia
aku selamanya..."
SAKIT TERASA DI DADA MENAHAN SESAK..
"Mungkin hari ini
telah tertulis bahawa
hati aku akan terasa sayu & sepi..
Terasa seakan sesak di dada
menahan sesuatu
yang x mampu untuk aku luahkan
pada kamu..
Sudah 2 hari keadaan aku begini..
Mungkin rindu yang membungkam
buat aku sesak di dalam..
aku ada kasih yang melimpah-limpah
buat insan kesayangan hati
yang nun di kejauhan sana..
aku juga punya rindu
yang menggunung
buat dia..
Rindu akan usikannya,
gelak tawanya,
lirik senyumannya,
dan juga..
keletah manjanya..
Aku rindu detik-detik
yang berlalu bersama dia..
Seakan mahu diulang
masa itu..
Tuhan,
tolong aku....
Cepatkanlah masa yang berdetik..
Cepatkanlah hari2 berlalu..
Biar cepat aku ketemu
dia semula.."
Wednesday, August 3, 2011
UKHUWAH HAKIKI PERLU DIUJI TABAHNYA HATI....
"Hadirnya bayang dia
buat aku kembali teguh...
Mendengar tawa dia,
bisa buat aku tertawa bersama...
Dia ceria..
Dia penghibur duka..
Adakalanya,
dia menyuntik racun bisa..
Namun,cuma dia punya penawarnya...
Dia yang menyakiti..
Dia juga mengubati kembali...
Bila tiada dia disisi,
Seakan sunyi seisi bumi..
Muram mengisi hari..
Sepi menyelimuti hati..
Sebolehnya,
aku tidak mahu jauh dari dia..
Namun,
ukhwah ini perlu diuji
demi sebuah persahabatan abadi.."
Saturday, June 25, 2011
RINDU PADAMU
Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Adu'ilar Rahmani
Arju An La Tinsani
Fi Kullil
Awqati Nafsi Wa Fuadi
Laka Ya Maliki
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biar ku terhina
Ku merayu pada mu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Di dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna
Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi
Adu'ilar Rahmani
Arju An La Tinsani
Fi Kullil
Awqati Nafsi Wa Fuadi
Laka Ya Maliki
Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biar ku terhina
Ku merayu pada mu
Thursday, May 19, 2011
19 April 22011.......
Entry hari ni
istimewa utk ku puji insan
yang baru bergelar kawan aku..
Pada tarikh ini,
bulan April yang lepas..
Aku mula kenal dia..
Pada aku ketika itu,
ini cuma hanya akan akan menjadi
sebuah ikatan persahabatan biasa..
Seperti aku & kawan2 lain..
Namun,
Aku terasa beza bila bersama dia..
Dia seperti sgt menghargai
hadir aku dlm hidupnya..
Dia mahu aku ada
sentiasa bersamanya
walau keadaan x mengizinkan
pada ketika itu..
Tanpa aku sedari sejak bila
Kasih itu mula hadir,
namun aku x hiraukan..
Aku biarkan sja
rsa sayang itu..
Kerana pada aku,
Rasa kasih yang terzahir
perlu diucapkan
bimbang tersalah tafsir
kemudian hari...
Acapkali dia datang pada aku
mahu dikongsi rasa hati
yang celaru..
Mahu bikin rindu hilang di kalbu..
Mahu dengar cerita-cerita aku..
Dia bilang,
dia senang sama aku..
Kalau diizinkan,
dia mahu selalu bersama-sama aku...
Dia menangis pada saat
dia tahu aku sakit..
Tak keruan hatinya apabila tahu
aku dihospital..
Puas aku pujuk hati kecil
milik dia..
"Aku tidak apa-apa,Liza.."
Tetap juga dia menangis..
Mengalir juga air mata aku....
Masih ada insan yang kisahkan aku
hingga tahap ni..
Menangis bila tahu
aku sakit..
Malam itu,
kau bagitahu aku,
Aku penting pada kau..
Kau sayang aku..
Kau x suka sb kau x dpt tgk
keadaan aku
depan mata kau...
Kau nk temankan aku kalau kau
tahu segalanya dari awal..
Aku janji kt kau pada malam itu,
Kau akan jumpa aku semula
bila balik kolej nt
sama seperti disaat
kau tinggalkan aku mase balik
kampung dlu..
Aku janji cm 2 sb
aku nk tenangkan kau semula..
Nurliza,
kenapa kau buat aku rasa
cm ni setelah sekian lama rasa ini
hilang,lenyap?
Aku x maw ad rasa ini lg
sb pasti aku akan lebih sayang kau
dari kau sayang aku..
Aku mula sayang ko,Liza..
Semoga persahabatan ini berkekalan
dan manis smp bila-bila...
Thursday, May 12, 2011
KLCC 2011 @ 11/05/2011
Semalam,
aku ajak Fadhilatun Nur a.k.a Dylla
g dating..
Da name pn dating kan..
Mesti laa b'2.
Tp,kali ni b'3..
x mcm selalu..
Sb,ak da promise dgn Liza nk dating
dgn dia di sebelah mlm..
Aku tak0t rushing plk nt dr KLCC..
So,aku pn ajak Liza g lepak dgn Dylla skali..
Giler excited tggu Dylla dtg... huhuu!!
Aku mmg excited je bile jmpe mak cik sorang ni..
1/2 jam jgk laa tggu dia..
Bus lmbt kt uia 2..
Lastly dia give up..
Amek cab dr uia ke stesen putra..
Ciann Dylla sy.. huuu.. :'(
Bila Dylla smp je,
tros hugging tightly!
Rinduuu seyhh sama dia..
Cm bese la,
tabiat sengal ak bile jmpe dia..
Jeng! Jeng! Jeng!
Pandang je muka dia lame2 smp dia speechlesss..
Hahahaa!
Tp,semalam..
Alkisahnya,
aku dibuli..
Bila aku pandang dia,
ad je dia kenakan aku smp ak plk speechless..
aishhh!!
Dylla pandai daaa..
Bravo Dylla!
Keep it up!
*Tabah je haku semalam..
(-__-)
Semalam,
ktorg lepak2 lebih kurang 4 jam je..
kejap je kn.. :'(
Tgk movie
cter SERU..
Kul 8.20pm start..
Hampehh je..
SERU la sgt....
(-____-)
*Tabah lagi
Before tgk movie,
ktorg g mkn kt tmpt
favourite Misz D..
Jeng! Jeng! Jeng!
Dimanakah tempat itu???
KFC!!
Hahaha!
Aku suke McD...
(Ma cyg Dylla)
hahahaha!
Best x? Best x?
Jmpe kali ni cm x byk sgt borak..
cket-cket je..
Mgkin kejap sgt kot..
Ataupn
mungkin.......
hmmmmm...
xde pape laaa...
abaikan..
Tgk la pic kt bwh nih..
Ktorg byk hang around..
Jalan2 xde arah tujuan..
Tp,
plg nakal n sengal
antara ktorg b'3 ialah Liza..
ngeeee!
Bleh plk dia nk skodeng model
expired bak kata Dylla..
Menopous bak kata Liza sendiri..
Aku x ckp pape.... (O__o)
Ktorg pn melayan la kesengalan Liza itu...
Pic xde la nk dijadikn bukti..
Yg plg x bleh bla bila
aku tgk Liza & Dylla cm ngam je b'2..
...............................
JELESSS!!
.................................................
Huh!
Da la mereka b'2 jenis senang b'kwn..
2 sb cepat je ngam..
tgk je la pic kt bwh ni.... (T_T)
Terasa hatiku bagai disiat-siat..
perghh!!
Ayat k0 azma....
*Tabah
Papehal pn,
ak enjoy semalam!
Best!
1 of the sweet memories
for 2011..
Best kuar dgn korg smlm~
Dylla,
nt kita kuar lagi ea...
b'2 je plak..
weeeeee!!
x sabar nk jmpe Dylla lagi!
Bila Ma da free lg nt,
kte date ye..
Balik semalam kn,
Ma ckp kt Liza..
Ma cm x caye je yg
Ma da jmpe awk..........
Cm kejap sgt.. (T_T)
Dylla,
nt jmpe lg taw! taw!
Ma stop dlu ea...
Ngant0k sudaa~
Ma cyg Dylla selalu taw...
Dylla.....
Lagi 3 months,
2nd Anniversary f/ship kte laa..
mse 2 bln pose..
Almost 2 years kn Dylla...
Da lme Ma tgglkn uia..
Mse bru lg kta jauh 2,
stp kali jmpe
msti Ma emo,touching & sedey
bile time nk balik
tmpat masing2..
Ma ingt bile da lame2 nt
xde cm 2 da..
But still lg cm 2 smp smlm.... :'(
Dylla.....
Ma harap kita akn terus rapat gni
smp Ma mati....
Ma syg Dylla..
Bye Dylla~
Sunday, May 8, 2011
ENTRI BUAT MUMMY,MAK & IBU......
Terlalu banyak kata untuk ku tulis
buat pujian untukmu..
Terlalu agung bait madah mahuku
lagukan setiamu..
Terlalu indah nada yang tersusun dalam
kalam nasihatmu..
Terlalu besar jasamu untuk aku
sebutkan 1 per 1..
Hidupmu penuh sayang dan cinta..
Engkau selalu rela dalam setiap perkara..
Nafasmu hanya buat
suami tercinta..
Juga buat puteri-puterimu yang sedang
menginjak dewasa..
Cukup serba-serbi kehendak suami dan juga
puteri-puterimu dipenuhi..
Makan pakai,ilmu agama juga
bekalan hidup turut sama
kau ajari..
Enggan dirimu melihat anak-anakmu ini
tercari-cari arah yang tak pasti..
Lalu engkau ajarkan sendiri
ilmu duniawi & ukhrawi,
mengenal Allah
Pemilik Cinta Abadi..
Senyummu terukir setiap kali
terlihatkan anakmu ini pulang ke rumah..
Bahagia hatimu
dipeluk aku yang selalu
jauh dari pandanganmu..
Namun,
tidak sesekali kau biarkan aku
sendiri..
Setiap saat doa-doamu mengiringi...
Susah-senangmu
aku mengerti lebih dari puteri-puterimu
yang berdua itu..
Kerana,
Permulaan hidupmu bergelar ibu,
cuma ada aku..
Mendengar setiap rintihan hatimu,
Melihat setiap titis air matamu..
Walaupun di ketika itu,
aku tidak mampu faham walau
cuma satu ayat
apatah lagi deritamu..
Cinta aku buatmu
selepas Allah & Rasul...
B'juta syukur dan terima kasih
kerana melahirkan & membesarkan
aku dengan penuh cinta dan kasih sayang..
Kasihku tiada banding..
Setia tiada tara..
Maafkan setiap
kesilapan juga kesalahan puterimu ini
wahai ibu...
***********************
Kakak pggil mak,
"mummy" bkn sb tiru kwn2..
Kakak jeles adik pggil mak,
"ibu"..
Mane boleh adik pggil mak gne name lain..
Kakak pn nk jugak..
s0,
mak ad 3 pggilan..
Kakak pggil mummy..
Ain pggil mak..
Adik pggil ibu..
Eh,silap2!
Ad 4 pggilan laa..
Termasuk abah pggil mak
Ayang..
Hehehheee...
Saturday, May 7, 2011
KISAH SEORANG AKU PADA HARI YANG BERNAMA JUMAAT..

Bermula la alkisah seorang aku
bila hati meronta2 nk kuar.. hoho!
susah nk handle hati aku yg sekeping ni..
klu dia nk,mknanya kne tunaikan.. haha!
Memula xde planning pn nk kuar..
disebabkan aku seorang last minute planner,
maka.........
Times Square,here I come!!
Ngeee~
Actually,
duit xde pn nk kuar ni..
kt tgn ad RM20 je (exclude my saving RM70)
hoho!
Name pn saving.. xkn nk gne kn..
Tp,bwk je laa..
Da smp ke tmpat yg dituju,
call my lovely abah..
mengayat cket memula.. hehe..
Bru nk start,
abah da taw hasrat murni hati aku la plak...
alamak.. kantoi suda.. (malu..malu..)
Then abah pn bank-in
a few amounts 2 hours
lpas aku called sb tgh keje..
While waiting for $,
aku pn walking around the TS
accompanied by
my new pinky-purply headphone..
Ad gak rse cm org x betol kn..
Walking around alone,
sing mumblingly my fav song.. hoho!
Then,
sempat g usha kasut,sandal & slippers..
xde 1 pn yg attracted my eyes..
da byk kali tawaf TS 2..
still x dpt..
Radioactive bt sale kt level 3..
Lastly,
1 thing attracted me!!
Quite nice sandals..
Tp,no size!
Waaaaaaa!!!
Tabah je.
(-__-)
Walking around lg till
meeting my kpj collegues..
Then,jalan sekali dgn diorg la alkisahnya..
Wah! da x jln sorg2 da.. hoho!
Mr.$ da ad kt tgn..
So,mata jd bling! bling! ($_$)
Shopping!!!
Ngee~
Tp,akal masih waras..... (^__^)
So,xde la shopping sgt..
Just beli
1 pinky-purply headphone,RM20
1 pair of Line 7 sandal,RM 40
2 colourful sleeveless shirts,RM 12
1 turquiose shirt,RM 19
Rings,RM ????
Total all of those things is RM....
Tp,still ad balance la kn
utk blanja next week.. hahaa!!
ikat perott!!
Klu abah taw ape yg aku beli,
I'm dead!
Fuhh!
Penat seyhh type..
Ngeee~
Nah,tgk la pic kt bwh ni...
Oh ya! btw,aku & sarah sempat try archery kt lvl 5..
best wo0o!!
ad style x? haha!!
Me from the back..
sara..
My results.. It's quite okay for 1st timers ya..
Sarah's results..
Escalator's free pose..
Moving pic.. sebok je sara 2!!
pose with my new headphone set..
Ngee~
Just be me when I'm alone..
So,
that's all my craziness
for the whole day..
Got new stuffs & new experience..
Nurul Azma always get what she wants!
But,not all the time..
(T___T)
p/s: all my savings is already used + quite some amounts 0f Mr.$ yg abah bru bg..
hahahhaaa!!
Merana la kau azma!!
Muahahaha!
Thursday, May 5, 2011
TIBA-TIBA RINDU DATANG PELOK HATI..

Alrite then..
ni pic 4 tahun lepas..
Mase ni kt midvalley..
The lovely person in this pic is
Noor Azida bt Abd Mutalib.
Dia kakak angkat sye.. hehe..
x maw laa "angkat" 2.. x best..
Dia kakak sye..
Dia cantek sgt taw..
Tahun ni da 10 years ktorg kenal..
Maknenye???
Dari umur ak 12 tahun a.k.a darjah 6
ktorg berkawan taw!
Lamenyeeee..
K.zida da kawen 2 tahun yg lepas..
Tp,still comey..
Maintain je body dia..
K.zida ad twins taw.. name dia k.zira.
K.zira pn da kawen jgk..
tgk jap pic bwh ni~
k.zida & abg shahid

k.zira & k.zida
Pic k.zira kawen xde yg cantek laa..
Almaklumlah..
camera hp murah mase 2.. hik3!
Sebenarnya,
ak da lme x jmpe k.zida..
Rindu taw..
Bestnye klu dpt jmpe kn kak? =(
Dlu,kta tggal 1 taman..
Ad gak rzki utk jmpe..
Skg,sy da pindah rumah..
Masing2 da dewasa n ada kehidupan sendiri..
Kte b'kwn dr kecik smp besar..
Kte x pernah gado kn kak?
Da mcm best friend..
Sharing almost everything..
Hmmmm.. bila lg dpt jmpe kn akk kn? =(
Sy syg akk selalu~
x pernah lupa kt akk..
KISAH HATI..
HATIKU HATIMU
MENJADI 1 CINTA
KU RASA HADIRMU
MENYEMPURNAKAN AKU
TAPI CINTA BUKAN MILIK KITA
SEMUA HARUS BERAKHIR
CINTA KAU DAN AKU
TAKKAN MUNGKIN BERSATU
UNTUK SAAT INI
DI DUNIA INI
MUNGKIN KITA BERSAMA
NANTI DI ATAS SANA
BIAR KU SETIA MENJAGA CINTAMU
SELAMANYA
Tuesday, April 26, 2011
MANUSIA,LEMAH SANA SINI.. KURANG SERBA SERBI..
Ya,
aku akui
kesilapan itu
terlalu pedih buat kamu
dan,
terlalu sakit untuk dimaafkan.
Pernahkah kamu
terfikir mengapa aku lakukan perkara
itu sedangkan
perkara itu adalah ceritera
antara aku dan kamu?
Sebabnya,
Aku ialah manusia.
Lemah sana sini..
Kurang serba serbi..
Kamu tahu,
Aku tak sedar aku telah menyakiti kamu..
Cuma 1
yang aku mahu kamu sedar..
Aku sayang kamu sepenuh hati
Ikhlas kerana Allah..
Apa yang kamu mahu aku lakukan
supaya kamu bisa lihat juga merasai
sayang aku?
Maaf..
Kerana aku cuma
belajar menyayangi..
Bukan menjauhi apatah lagi membenci..
Aku tak mampu..
Tolong jangan minta aku lakukan itu..
Aku sangat perlu kamu,sayang..
Sumpah!
Atas nama Maha Penyayang
dan
Pemilik Cinta Abadi..
Andai kamu mahu jauhi aku,
itu hak kamu..
Pada kamu,
Mungkin itu yang terbaik.
Maaf,
Tapi tidak pada aku..
Aku akan terus
bersama kamu,
menyayangimu bagai selalu,
menjagamu setiap waktu,
dan
bersabar hingga tiba saat itu..
Saat dimana
kamu mula mengerti dan memahami
bahawa aku tidak pernah
walau sekalipun
berpura-pura sayang dan rindu kamu..
Maaf,
Walau sejuta amarah dan benci
yang kamu lemparkan pada aku,
aku akan tetap sayang kamu..
Maafkan aku...
Subscribe to:
Comments (Atom)

