LuVLy BeAr CloCk

Azma's birthday countdown

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

they are:

Saturday, December 19, 2009

AKU CUMA BERKATA-KATA DALAM JIWA..



Mata kamu,indah..

Wajah kamu,indah..

Bibir kamu juga indah..

Dakapan hangat itu buat aku

tenang

Ciuman itu bisa buat aku

hilang

Peluklah tubuh aku agar

bisa lagi aku aman

Kucuplah aku agar aku

bisa terus hanyut

dalam angan dan impian

bersama kamu

Cinta dan kasih sayangmu itu

akan terus bersama aku dalam

mengharungi waktu

Aku tidak mahu minta yang tidak2

cukuplah sekadar apa yang telah

kita kongsi berdua..

kamu ada aku

aku ada kamu...

cukup.

Wednesday, December 16, 2009

AKU ADA MEREKA PINJAMAN ALLAH BUAT AKU


Tingkah aku yang adakalanya sumbang

dalam meniti hari-hari yang berlalu

tanpa bisa membenarkan aku berhenti.

Andai aku tersungkur

Aku tahu,adanya kamu pinjaman Allah buat aku

untuk terus sokong aku dari terus jatuh.

Namun aku tahu x selalu kamu bisa ada buat aku.

Kamu juga punya kehidupanmu sendiri.

Cuma aku mahu kamu tahu,aku perlu kamu dalam hidup aku.

Aku selalu sayang kamu

untuk selamanya..


KENAPA SEORANG SAHABAT TEGAR MELAKUKAN ITU?

Tiba2 rezeki jatuh tergolek-golek semalam..
disebabkan keterkujatan yang teramat,
secara x sedar,tetibe je da ade kt midvalley.. hehe..
pegi sane dgn Dyla..
kitorang nak tgk muvie cter "SANTAU".
akibat terlalu teruja nk g tgk muvie,aku belanja Dyla tgk muvie..
(cepat ckp terima kasih Dyla..) hehe...
sambung balik...
kt0rang smp kt mid dlm kul 5 ptg.. muvie pkul 6.45 ptg.. (seb bek ktorg p****d).. hehe..
perghh!! ad lg 1 jam 45 minit.. nk bt pe je la.. hmm..
ktorang g makn,then pusing2 kt mid.. amek gambar banyak2.. haha!
dan...... tibalah masa yang ditunggu2!
ktorg melangkah dgn bahagianya ke hall 12.. here I come!
cter 2 sgt bt ak teruja tanpa aku tahu sebabnya.. mgkin sbb cter seram kot.. I like!
then,memang agak memenuhi citarasa aku la...
Dyla kt sblh da hampir keras sebab byk terkujat dgn sound effect cter 2.. ciann dia..
Pada aku cter 2 x seram sgt..
tapi,ak x sgka Dyla takot.. aku gelak2 smbil tgk muvie..
geli hati tgk gelagat Dyla... Dyla,Dyla....
okay berbalik pd cter santau...
Aku paling x leh terima part klimaks dia
bila si Halim (her0 cter 2 lakonan esma daniel) tahu yang kawan baik dia yang khianat dia.
si Husin (lakonan riezman khuzaimy) 2 yang hantar santau kt family Halim..
padahal,diorang kawan baik!!
aku x bleh terima sungguh!
Ingatkan jiran diorang Man (zul handy black) yang buat mende santau 2..
mase pawang 2 nk ubatkan isteri halim 2,
time 2 la segalanya terbongkar bila isteri Halim yang tgh kne ras0k 2 bgtw sape yang hntr..
gler sial terkujat kot..
Husin 2 dengki dgn kejayaan Halim..
Halim byk dpt projek bsr..
gler sengal la!
seyes ak x bley terima kenyataan 2!
smpai da kuar dr hall,aku still x bleh terima hakikat... aku diam je.. cm kne tampar..
Diorang kawan baik! mane bleh bt cm 2....
aku bab kawan baik ni mmg sensitif byk... alergic!
bodo sungguh!
kenapa seorang sahabat tegar melakukan itu?
hey,kawan baik kot...
kenapa la si director 2 x buat pak mat tempe ke yang dengki dgn si halim 2..
nk jgk bt kawan baik... haduhh!!
aku tahu la even kawan baik pun bleh khianat..
tp,ak x pnh plk t'pk smpai cm 2 sorg sahabat bleh bt..
cm ne pn,ak suke cter 2..
tp,ak x bleh terima part 2.. sumpah! sampai bila2 ak x bleh terima!!

tamat daa.. letih.. sb,x puas hati..

SANTAU
"dendam sampai mati"

Wednesday, December 2, 2009

RASA ITU.... ADA.



Seakan membeku urat
jari-jemari aku

tatkala hembusan dingin sang bayu
menyapa

bersama tempias hujan
yang membasahi
bumi Allah ini yang telah
menyaksikan
pelbagai kerenah dan tingkah manusia.
Bersyukur aku kepadaNya,
kerana bisa lagi aku merasai
rasa nyaman ini.
Di saat relung hati
tidak lagi mampu merintih,
Di saat jiwa
telah penat meronta.
Sesusuk tubuh ini,
Bagai disapa bisikan azimat.
Kekuatan aku diseru tanpa diminta.
Semangat aku membara
tanpa
terlihat dek mata.
Tiba-tiba rasa bahagia itu menjelma....
Ada.

Thursday, November 19, 2009

KETAKUTAN AKU..


Terlalu takut aku untuk menghadapi cabaran di usia 20. Tidak aku tahu mengapa. Angka itu

cukup buat aku berfikir terlalu banyak perkara. dari apa yang aku perlu buat apabila

bukanya
mata di waktu subuh hingga ia ditutup kembali di malam hening.. setiap saat ada

ceritanya sendiri. setiap detik punya amanah yang tidak terzahir. mungkin pada insan lain,

ia sama seperti usia2 lain. Tetapi,bukan bagi aku. November cuma tinggal beberapa bilangan

sahaja lagi. Disember pula akan membiarkan hari2nya dihitung. tidak aku tahu apa yang

terlalu lincah bermain dalam benak aku ini. Sehinggakan saat yang berlalu dirasa terlalu

pantas. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 19. yang hampir meragut

semangat hidup juga ada. Syukur ia tidak berpanjangan.


Pada usia 20,terasa mahu berteman. Pada usia ini juga mahu punya segala. mahu tahu segala.

mahu cuba segalanya. Segalanya sudah mula terasa untuk dicuba. Ya.. Aku semakin berani

untuk mencuba. Curiosity aku meningkat. tidak aku tahu mengapa aku memerlukan sebab

dan alasan untuk setiap inci perkara yang berlaku. Aku sedang cuba untuk tidak terlalu

memikirkan perkara yang tidak2.. perkara yang menyerabutkan fikiran,tetapi aku terlalu

suka untuk memikirkan ia.


Aku sedar terlalu banyak perkara yang perlu diperbetulkan. perlu diambil peduli. perlu ditolak

tepi. perlu diperhati. untung nasib aku 5 tahun akan datang hanya akan ditentukan oleh setiap

perkara yang aku kerjakankan. andai aku tanam padi,padilah hasilnya. andainya

lalang,lalang juga yang aku dapat. untung nasib tenggelam timbul jatuh bangun aku sendiri

yang corak. bukan orang lain.


Dengan sapa aku mahu bersama. Orang seperti mana pilihan aku. Cara hidup apa yang aku

pilih. Aku yang tentukan. mahu ikut arus zaman yang semakin hanyut tapi manis dengan

segala macam nikmat dunia inikah atau ikut landasan syariat yang kemanisannya hanya

akan dapat dirasa di hari pembalasan kelak. ke syurgakah aku? ke nerakakah? pun aku yang

tentukan.. Nauzubillah..


Insan seperti mana yang aku mahu jadi? disenangikah atau dibenci? anak yang tahu

mengenang jasakah atau mahu dikenang jasanya? Mahu berhidup senang atau menumpang

senang orang? Aku tahu aku berada di landasan yang betul. Aku mohon pada Illahi agar aku

terus berada di landasan ini. demi untuk mencari keredhaanNya,kasihNya dan

keberkatanNya dalam hidup ini. kerana tanpa itu semua aku bisa mati. Aku bisa mati dalam

kufur. mati dalam dosa. mati dalam jahil. Aku tidak mahu........


Tidak aku tahu atas sebab apa aku tulis entri ini. Mungkin,aku terlalu risau dan takut dengan

keadaan dunia sekarang. manusia tidak tahu lagi apa itu malu. tidak tahu lagi apa itu dosa.

penipuan di sana sini. penzinaan bagai adat pasangan yang berkasih. pengkhianatan bagai

makanan harian. Nauzubillah..


Aku harap apabila aku menginjak ke usia 20 itu,

aku akan mampu menjadi seperti dalam angan dan impian aku.


terlalu mahu aku menjadi seseorang seperti di dalam khayalan aku itu.


Disunting jejaka yang merindui syurga Allah.


Berhidup dengan sebaik-baik kehidupan yang diredhai dan diberkati.


Bekerja dengan berlapang dada dan disenangi rakan2..


Berbakti kepada ayahandabonda yang tidak pernah tahu erti jemu dan bosan dalam mendidik

aku yang adakalanya terlalu menguji kesabaran hati.


Bersahabat rapat bersama sahabat dunia akhirat aku hingga ke penghidupan yang abadi..


Terlalu banyak impian dan angan2 aku dalam meniti kehidupan dalam mencari keberkatan

dan mengikut syariat islam yang sewajarnya...


Terlalu mahu aku merasa manisnya berhidup dalam dakapan cintaNya.


Aku rela melupakan seketika cinta manusia demi cintaMu,Tuhan..


Cintailah aku.. Damaikanlah hati ini..

Monday, November 16, 2009

KEPADA SAHABAT AKU..



Hari-hari yang berlalu
terlalu amat tenang buat aku
buat aku yang amat merindui ketenangan
yang dulu menjauhi
Aku ada teman yang setia
Aku ada sahabat yang satu
Aku ada dia untuk aku sandarkan

Tiada lagi hari aku yang kusam
tiada lagi ruang buat semangat aku terbang
tiada lagi kesedihan menghuni hati
tiada lagi waktu buat aku diam

Tawa riang dia mengundang senyumnya aku
senyuman mesranya damai dirasa
Aku kini terpanggil demi untuk satu hasrat
adanya dia buat peneman aku dikala keliru
hadirnya dia sebagai penguat langkah aku
kembalinya dia.. pengukir agung senyum aku.

Aku dan dia
punya azam yang satu
mencari keredhaan Illahi..Pemilik Cinta Agung
Langkah kami bersatu
dengan harapan yang tiada bertepi
Manis cinta dunia dibiar untuk seketika
Demi cinta akhirat yang diimpi
Biar sakitperitnya sekarang
kerana
manisnya di hari muka
Cinta untuk mencari teman di akhirat yang halal dan hakiki

Dia
sahabat aku yang istimewa
menjadi aku akan diri aku apabila adanya dia
Teruslah mendampingi aku sahabat
kerana tanpa kamu pinjaman Allah buat aku
tiada lagi memori yang dapat aku kait
dengan benang masa yang aku ada
Kau sungguh teramat tak ternilai buat insan seperti aku.

Nurul Nashida,
Tidak aku tahu pujian terpaling baik
buat kamu
Tidak aku tahu panggilan terpaling sempurna
buat kamu
Tidak aku tahu hadiah terpaling indah
buat kamu
melainkan satu
Semoga rahmat Allah sentiasa terlimpah
untuk kamu
sahabat dunia akhirat aku..

Saturday, October 31, 2009

CERITA HARI INI......


mase mkn kt HS Cafe...

Hari ni aku bangun tdo dengan malasnye.. da la final exam SUKSIS kul 8 pg... hadoii.. malasnye..

Then,lps subuh gajah aku mandi pas 2,siap2.. pkai jubah beb! huhu! da lme x pakai jubah...

malas kot nk gosok bju kurung.. alkisahnya,aku rase aku da lewat sgt daa..

rupenye,mse aku smpai,ramai lg yg blom menampakn btang idong msg2... cess! penat je cepat2..

cuak dalam hati ni x pyh ckp la kn... da cm nk pecah da jantung aku... risaw laa..

ne taw,x dpt jawab.. huhu! bile dapat je kertas soalan,dpt arahan,trus mula...

selang beberapa minit,ak t'gelak sorang2.. bt penat aku cuak je kn.... soalan mmg x bleh bla...

"dalam keadaan 'sedia' dimanakah kedudukan tangan anda?"
A.belakang B.di pinggang C.di hadapan D. di tepi penjahit seluar

ha! jawab la sendiri.... straight gle soalan... penat je ak cuak kn... x berbaloi sungguh!

ad la lagi bebrapa soalan seumpamanya.. layan je la... mse yg diberi 2 jam.. soalan ade 20.MCQ.

dlm mase 1/2 jam sume da siap.. mmg otak geliga la msg2.. tabikk!!

then,ktorg g makan beramai2 kt HS Cafe.. port budak2 SUKSIS lps hbs tugas@aktiviti..

ktorg dapat arahan,kul 10 pagi sume da kne ad kt padang kawad.. sesi mengukur baju...

Baju operasi.. Uniform da ukur da hari 2.. huhu! banyak gle baju.. penuh la loker ak nt..

Bju F1 (pakai stp hari selasa),T-Shirt-2 (pakai klu ad latihan kawad),uniform (stp hari rabu),

bju operasi x taw bile.. bile ade operasi kot! muahaha! okay,sambung cter....

then,ktorg pn gerak la ke padang kawad dgn kenderaan kaki masing2.. letih wo0..

da la msg2 b'bju kurung.. ak dgn dyla b'jubah n berselendang.. cm ne nk ukur uniform ni??

Dyla pakai jeans kt dlm... aku?? pakai tights! tp,ad yg m'offer seluar kt aku.. hehe..

mereka mmg baik.. Tp,m00d aku mmg kurang baik la dlm semggu dua ni.. kesian Dyla...

terpaksa hadapi angin monsoon mood aku.. kt0rg spent most of the time in a day together...

kejap aku okay.. kejap kang da diam... pas 2 gelak2.. pas 2 monyok... ntah laa...

kesian sgt kt Dyla.. maaf cyg.. out of control...

ak x selesa g padg kawad pkai jubah.. Dyla pn cm 2 gak.. so,dia pnjm kete nizam..

nk blik bilik.. tukar baju.. g pn jubah ak da bsh da kt bhgn bawah 2.. kne air hujan...

Dyla pn hntr ak blik mahallah.. tkr bju,then,g padang kawad smula..

lps je proses ukur-m'ukur,ktorg pn b'surai.. Dyla nk blik Perak... huuu.. sedey...

kebosanan tahap cipan la aku... nt,rindu... huhu!

then,ak diam je la kn... x taw nk ckp ape.. smpai la ktorg b'pisah...

Mahallah dia ikut jln lain,ak lain.. aku ingt nk kuar.. temankn Dyla naik train.. kt KL central...

tetibe x jd...sbb,m00d x okay... cian Dyla... maaf lg cyg...

haih....

bosan la mo0d cm ni... mls nk layan.. tp,nk bt cm ne.. out of control...

So,skg ni tgh bosan tahap sumpah2... x taw nk bt ape... sepatutnya,study...

selalunye time cm ni (8.10 pm) ak tgh mkn mlm dgn Dyla.. sbb,b4 2 ktorg akn lepak kt lib..

study ke.. bt assignment ke.. kdg2,lpk kt masjid.. solat maghrib kt sne.. lps joging 2,msg2 mls nk

blik bilik.. 2 yg ke masjid...s0,dia x de,mls la ak nk kuar... mkn megi je... 2 je la kot..

xde idea da.. kering. tamat.

Thursday, October 29, 2009

BILA MANUSIA MENILAI...

Aku tunduk
bila mata itu tidak menghiraukan aku
dan,aku terus berlalu.
jika engkau mahukan itu,
aku turutkan.
aku hormatkan.
biarlah walau sepelaung aku jeritkan
kau tak akan toleh,aku tahu..
tak mengapa.
aku turutkan.
aku hormatkan.

Biarlah rasa kasih pada kamu ini
aku tumpahkan.
biarlah rasa sayang untuk kamu ini
aku deraikan.
asal kamu tahu,kamu tetap kawan aku.

kepada insan yang bernama
kawan-kawan aku
(kawan2=jamak=ramai)
janganlah diharap kesempurnaan aku
janganlah dinilai aku tanpa kesalahan aku.

Kerana aku
tidak mengharap pada kesempurnaan kamu2
tidak pernah mahu kamu yang tiada kesalahan
tidak betah dengan kamu2 yang
tidak dapat terima
seadanya aku.
aku juga manusia yang ada cela.

Kawan..
Apabila kau ingin berteman
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan 1 kelemahan
kau akan menjauhinya.
Andai kau ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana dengan 1 keburukan
kau akan membencinya
Andai kau ingin bersahabat
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kau kan memfitnahnya
Andai kau ingin berkawan
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
mungkin kau akan menyalahkannya
Andai kau ingin bersahabat
terimalah dirinya seadanya dia..

Ingatlah..
jangan cepat menilai insan
kelak kau pasti menyesal.
Jangan jadi seperti aku
Mereka menyesal kenal aku. Berkawan dengan aku.
salahkah aku kerana aku ada kesalahan?
kamu ada jawapan.. diamkan saja.
Aku bersyukur..
sekurang-kurangnya,
kamu pernah bahagiakan aku.
noktah.

Wednesday, October 28, 2009

HATI BERBISIK..

MATA BERTANDANG
HATI BERBISIK MENGENANG
CERITA DERITA YANG DAKU PENDAM
KATA MENGUJI CUBA UNTUKKU SUDAHI
BERULANG AIR MATA MEMBASAHI
AKU KINI PERLU BERDIRI
WALAU HAKIKATNYA PASTI KAN MELUKAI
AKU INGIN SEMUA RASAI
KERNA PENGAKHIRNYA
HIDUPKU SENDIRI
OH TUHAN
KAU BERIKAN AKU SEGALA KEKUATAN
MENERUSKAN PERJALANAN

Monday, October 26, 2009

TIADA BICARA..

Bila bibir hilang bicara
hati akan mula berkata-kata
kerana..
fikiran tidak akan pernah habis
ceritanya..
Mata berbicara tanpa butir kata
menjelaskan rasa hati yang lara.
Apabila mata dan hati hilang tutur kata
jiwa seakan kosong..
ingin bicara juga,tetapi tiada butirnya..

Thursday, October 22, 2009

IKATAN

tidak mampu lg aku menahan
mutiara itu jatuh
dari tubir mata..
Aku biarkan ia...
menangislah semahumu wahai mata...
xkn aku tahan..
menjadilah engkau saksi
kepada persahabatan yang tulus suci ini..
menjadilah engkau akan bukti
betapa aku terlalu amat menyayangi
dia dan persahabatan ini..
Ya Allah,satukanlah kami semula
dalam ikatan yang pernah mengikat
hati kami utk saling menyayangi
keranaMu...

PORTRAIT OF A FRIEND..



I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,
But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.

Tuesday, October 20, 2009

TERIMA KASIH...HUJAN

AKU KELU..BISU.
MENGGIGIL DI BAWAH
TERIK MENTARI
SETELAH BERHUJAN LENCUN.
WAHAI HUJAN,
APAKAH GERANGAN
KAU DATANG KE MARI?
HINGGA KUYUP AKU
KAU SIMBAHKAN..
TAK MENGAPA..
KEDATANGAN KAU AKU HORMATKAN.
MENYEDARKAN AKU
DARI ALPA DAN LEKA.
AKU MENGERTI KESILAPAN ITU.
AKU AKUI.. KESALAHAN ITU AKU PUNYA.
TERIMA KASIH,HUJAN..

Monday, October 19, 2009

BICARA HATI AKU 5..



Kedinginan bayu
berhembus lembut
menemani petang yang suram.
Mendung awanan kelabu
seakan mengerti
perasaan aku saat ini.
Alunan syahdu lagu dimainkan
menambah lagi
kesepian,kesunyian hati.
Rindu... tepat sekali.
Keliru.. barangkali..
Bagaimana harus aku luahkan?
Dia segala-galanya buat aku..
Tongkat.. Bisa buat aku berdiri tegak.
Cermin.. bisa buat aku nampak segalanya.
Pelengkap hidup aku.
Sebahagian dari jasad aku.
Dia kekuatan aku
Apabila orang tua aku jauh dari sisi.
Seakan lumpuh aku bila dia tiada.
Lemah dan lesu dirasa tanpa bayangnya dia.
Kasihan pada mereka yang bersama aku.
Mereka tidak tahu,
Senyum aku itu sumbing.
Tawa aku juga palsu.
Keriangan aku dusta.
Mereka tidak nampak..
Andai ada salah silap aku di mana-mana
katakan.
Andai kau mahu.. marahlah aku.
Andai perlu.. tamparlah aku.
Sesungguhnya,aku tidak tahu mana silapnya.
Usah biarkan hati berbicara.
Aku dungu.
Bicaralah dengan kata-kata
Mungkin aku bisa lebih mengerti..
Aku pohon.
Tolonglah hentikan kebisuan kamu.
Tolonglah pecahkan tembok yang memisahkan
bicara kau dan aku.
Tolonglah mengertikan kata-kata aku ini...

BICARA HATI AKU 4..

Rungkaikanlah kekusutan ini.
jelaskanlah persoalan hati.
Detik masa yang berlalu
seakan terlalu amat
tidak bermakna
buat aku.
Hentikanlah kebisuan ini.
Sungguh.. Aku mati.
Leraikanlah keresahan jiwa ini.
Sungguh... Aku sepi.
Kata-kata aku..kaku.
Senyum aku..hambar.
Tawa aku..dusta.
Langkah aku..tempang.
Pandangan aku..kosong.
Pendengaran aku..tuli.
Fikiran aku..cuma ada simpulan persoalan.
Sungguh.. Aku tak mengerti.

BICARA HATI AKU 3..

Bicara itu kaku tatkala
mata berpautan.. Kau dan aku.
Hati meraung agar
bicara itu ditutur..
Akal rancak mencari
rentak tari lenggok kata
yang tersepit di celah
helaan degup jantung yang bersepah
degupannya.
Dan,
Akhirnya..
Bibir itu membisu.
Bicara itu terus kaku.

BICARA HATI AKU 2..

Kebisuan itu membunuh aku
yang hampir terbunuh dalam
kesunyian tanpa kamu..
Terlalu ingin aku bunuh
kebisuan dan kesunyian ini
maka,
Aku buatkan.
Tapi aku lemah.. longlai..
Tiada apa yang bisa
aku lakukan tanpa kamu.
Kerdip mata juga
aku tidak mampu.
Tolong kembalikan keupayaan aku...

BICARA HATI AKU 1..

Andai ada salah aku.. Beritahu.
Andai ada silap aku.. Cakap.
Andai aku menyakitkan.. Hukum.
Andai aku melukakan,
izinkan aku pulihkan kembali.
Andai aku abaikan,
sedarkan aku.. aku tidak tahu.
Aku tidak kuat berdiri tanpa kamu.
Aku tidak mahu senyum tiada kamu.
Dusta aku benar ada kamu.
Benar aku dusta tiada kamu.

Saturday, October 17, 2009

TUHAN..AKU RINDU DIA..


Dia telah menjadi sebahagian dari aku..
Dia hadir saat aku perlukan teman..
Dia kembali dari alam persekolahan yang memisahkan..
Dia juga mengajar aku erti persahabatan..
Dia sayang aku... aku tahu.. Aku juga sayang dia.. dia tahu..
Dia terlalu amat istimewa buat aku..
Dia sahabat terhebat yang aku ada..
Dia selalu ada dalam hati aku..
Dia peniup semangat aku..
Dia tongkat aku..
Tanpa dia,aku rapuh...
Tanpa dia,aku jatuh..
Tanpa dia,aku bisa jadi lumpuh..
Tuhan,tolong jangan biar dia jauh dari aku..
Tuhan,aku rindu dia...

Tuesday, October 13, 2009

DETIK ITU... AKU RINDU

Duhai hati...
adakah kau tahu
aku hancur tanpa kau?
aku bersepai
saat kau berlalu?
aku sesak
tika kau melangkah pergi?

Duhai hidup...
menjadikah aku akan diriku
saat kau tiada bersamaku?
tegarkah langkah ini ku ayun
tanpa kau sebagai penguatnya?
bisakah bibir ini tersenyum
tanpa kau,pengukir agungnya?

Duhai kesayanganku...
kita dekat tetapi kita jauh
kita saling melihat tetapi kita tak nampak
kita berbicara tetapi bukan dengan kata-kata..
kau tahu aku rindu
kau tahu aku butuh kau
kau tahu bersepai tanpa kau
kau tahu.....
Detik itu.. Aku rindu.

Wednesday, October 7, 2009

SAJAK AMINAH QUTB BUAT BAKAL SUAMI

sekiranya,
kita cinta pada manusia
tak semestinya manusia cinta pada kita.
tetapi,
sekiranya kita cinta pada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.
tetapi,
sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan
cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu.
Dan,
campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku..
**Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Thursday, October 1, 2009

P.E.R.G.I.L.A.H.....

Pergilah..
Aku penat.
Kau tak perlu aku.
Aku tak mahu kau.
Sekian lama aku tahan rasa ni.
Berharap keajaiban berlaku.
Kini,tidak.
Aku lelah.
Sesak.
Tersepit dihimpit bongkah ksih sayang
Yang aku sendiri bikin.
Aku bersepai.
Bongkah itu... Kopak!


**rasa hati sendiri..aku bingung..x dapat dimengerti apa rasa ini..yg aku tahu,kau.. pergi!

Friday, September 18, 2009

SALAM LEBARAN..


DI KESEMPATAN INI,INGINKU MEMOHON MAAF DI ATAS SETIAP KESILAPAN DAN KEKHILAFAN DIRI SELAMA INI..
AKU JUGA INSAN BIASA YANG BISA MELAKUKAN DOSA TANPA KEHADIRAN AKAL FIKIRAN, CUMA NAFSU SEMATA..
BISA JUGA TERLEBIH DALAM TUTUR KATA DALAM BERBICARA BERSAMA TEMAN2..
MUNGKIN JUGA ADA YANG TERHIRIS DAN TERGURIS DENGAN TINGKAH JUGA PERBUATAN DIRI INI..
BESAR KEMUNGKINAN,ADA YANG TERCUIT DALAM TULISAN DALAM N3-N3 KU NI..
USAH PANJANG BICARA,CUMA KEMAAFAN SEIKHLASNYA DIPINTA ..
SEMOGA LEBARAN TAHUN INI MEMBAWA 1001 ERTI DALAM KEHIDUPAN TEMAN2 KESAYANGAN..
SALAM SAYANG BUAT SEMUA..

Wednesday, September 16, 2009

ADA AKU KESAH KALAU KAU X KESAH DGN AKU?

Aku x paham manusia.
diambil berat.
Rimas.
Dibiarkan.
terasa terabai.
Merajuk.

hmm.. ntah laa..

Ditanya khabar,diam...
Msj x direspond..
Calling x dijawab..
Dibiarkan,di kata x dipeduli..

hmm.. x taw laa...

Bila aku mula x peduli nanti.
Berselisih bahu pn ak buat x reti.
Ko terasa?
Aku x mahu ambil peduli.
Ko x kesah?
Ada ak kesah kalau ko x kesah dengan aku?

Sunday, September 13, 2009

Weblog Popular 1 Malaysia..

Weblog Popular 1Malaysia
Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1Malaysia , Denaihati perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu mencari Weblog Popular 1Malaysia.

Jom tengok hadiah dulu ;)

HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.
Tukang-tukang sponser ;)

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL
(Kepada yang berminat nak jadi sponsor boleh hubungi terus melalui twitter @Denaihati)
Sekarang jom tengok syarat-syaratnyer ;)
Syarat-syarat

1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.

saya adalah rakyat Malaysia dan N3 saya berbahasa melayu.


2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.


aku pilih blog kak fynn... dia terlalu amat istimewa dlm penulisannya. Aku rse dekat dgn dia sedangkn ak x tahu siapa dia scra peribadi. Dia buat byk owg sedar tntg hidup dan kehidupan yg sepatutnya di jalani... tp,kak fynn x sedar sume ni... dia cme menulis pkr yg dianggapnya picisan,pdhal ia karya agung yang ikhlas dan tulus dr seorg insan yg terlalu m'hargai hidup dia... nk tulis pepanjang pn x best gak... nt owg bosan sbb ak bkn kak fynn.. korg tgk la sndri blog dia.. http://puisitepijalan.blogspot.com...


3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog ?

aku tahu tntg mende contest ni dr Weblog Popular 1Malaysia precious pnye blog,
http://lili-precious.blogspot.com



4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.


sumer ad kt atas 2..

5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.
6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.
7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.

sudah suscribe dan diaktifkan


8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.
9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.
10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.
11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.
12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.
13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.
14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen atau twitter @Denaihati atau email denaihati@yahoo.com. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.

Thursday, September 10, 2009

SELAYAKNYA DIA.... KAWAN AKU


Seikhlasnya,
Persahabatan yang baru terjalin
bagai sudah bertahun. . .
Entah siapa dia tidak ku tahu
gerangannya..
Hingga tiba saat tangan bertaut
huluran salam diberi dan disambut. . .

Dia,
Bagai sudah terlalu biasa
dengan tingkah aku
yang kadang-kala bisa buat
kepalanya pusing
langkahku yang adakalanya sumbang
bisa memancing ukiran senyumannya
jika syntax ku tersepah
bisa juga mengundang tawa riangnya dia. .

Kata dia,
dia senang dengan aku
Kata aku?
Aku terlalu amat senang dengan dia.
Kata mereka,
kami kembar.. kakak adik..
Kata kami,
berharap pertalian ini berkekalan hendaknya..

Kepada dia,
Aku bisa jadi embun pagi,
hilang tatkala dirasa kehadiranku tak dipeduli.
Juga bisa aku menjadi
mentari di awanan birukelabu
siangnya aku ada,
malamnya sinarku bercahaya disebalik rembulan sepi
Tetapi aku tetap ada..
Kerapnya,aku adalah bayang-bayang
Sentiasa di sisi..
Namun,apabila kegelapan itu menyisip
Aku turut tersisip dibalik hitampekat gelap itu.
Ketahuilah,aku masihtetap ada disitu setiap detikwaktu.

Bak kata pujangga,
Diibarat bagai tangan juga mata
saling ada untuk keduanya
Tatkala mata menitiskan mutiara jernihnya
Tangan bisa pantas menyeka..
Dikala tangan terluka
Mata juga turut terasa sakitnya
bisa pedih luka. . .

Salam Persahabatan buat kamu, Kawan aku..

Friday, September 4, 2009

KOYAK-RABAK..


Terhenyak aku di suatu sudut
Terasa sayu hati nan satu ini tatkala
Melihat dan mendengar suara anak cucu Adam
Bermegah-megah dengan selautan dosa yang dikerjakan tanpa malu..
Air muka ku terkoyak lantaran kelantangan suara itu
Menceritakan kebajikannya dalam melaksanakan hasutan syaitan
Yang telah dida'yahkan ke dalam hati sepanjang usianya..
Terpempan jasadku apabila helaian demi helaian janji dan sumpah setia
syaitan diselak dan diperdengarkan.. Terlalu indah.. Sungguh bahagia..
Setiap baitnya disulami ukiran senyuman yang diukir dengan tinta kejahilan.
Tiada guna didikan agama dimuntahbelahakkan sedari kecil oleh ayahanda bonda
juga ustaz ustazah saat iblis diangkat menjadi ketua segalanya..
Mual dan muak dirasa apabila mulut itu berbicara.
Tiada lain melainkan kesilapan dan kesalahan manusia yang ternampak
dek mata,dianalisa dan diperincikan satu per satu..
Apakah gerangan yang terpaling baik buat insan2 seperti ini?
Tidak gentarkah pada hari Pembalasan?
Saat Azzawajalla membentangkan setiap detik waktu yang berlalu di dunia..
Kekhilafan dipertontonkan di khalayak manusia yang hanya menunggu diri dihisab.
Wahai manusia,
Hiduplah dengan rasa bertuhan..
Jahitlah kembali dosa-dosa yang koyakrabak itu dengan peniti masa bersama
Benang kesempatan selagi waktu masih bersisa..
Ingatlah,sesungguhnya Izrail itu selalu tepat dengan janjinya...
Perintah Allah tidak cepat atau lambat walau sesaat cuma..

Tuesday, September 1, 2009

JIKA AKU JATUH HATI


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG
YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU
AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU
UNTUK MENYINTAIMU

YA MUHAIMIN
JIKA AKU JATUH HATI
IZINKANLAH AKU MENYENTUH HATI
SESEORANG YANG HATINYA TERTAUT PADAMU
AGAR TIDAK TERJATUH AKU
DALAM JURANG CINTA NAFSU

YA RABBANA
JIKA AKU JATUH HATI
JAGALAH HATIKU PADANYA
AGAR TIDAK BERPALING
DARIPADA HATIMU

YA RABBUL IZZATI
JIKA AKU RINDU
RINDUKANLAH AKU
PADA SESEORANG YANG MERINDUI
SYAHID DI JALANMU

YA ALLAH
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI
KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT
DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU

YA ALLAH
JIKA AKU JATUH HATI
PADA KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN AKU BERTATIH DAN TERJATUH
DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU
MANUSIA KEPADAMU

YA ALLAH
JIKA KAU HALALKAN AKU
MERINDUI KEKASIHMU
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS
SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA
CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI
HANYA PADAMU.. AMIN..

* "Di manakah imamku Ya Allah.. Di manakah nakhodaku Ya Rabbi.. Di manakah pemimpin hidupku,jiwaku,hatiku dan sanubariku Ya Rahman.. Aku rindu.. Pertemukanlah aku kepadanya dengan sebaik2 pertemuan.. Pelihara dan lindungi kami dari segala kemaksiatan yang bisa merosakkn hati2 kami,hati2 kedua ibu bapa kami dan juga iman kami Ya Rahim.. Aku tidak bisa Ya Allah membiarkan iman itu rosak,kerana tapak iman itulah yang akan menemukan cinta yang selama ini tidak ku temu....."

Saturday, August 29, 2009

AKU,DODOT & SECRET RECIPE..





Title: Berbuka pose
Watak: Ma & Dodot
Tempat kejadian: JJ Wangsamaju

Lepas je exam ptg td,ak jd dungu.. blurr.. x taw nk bt ape..
Cm nk pecah otak b'fikir.. nk mkn ape.. kt mane.. dgn sape..
Betapa b'tuahnya hidup kt M'sia.. smp x taw nk mkn ape..
Manusia... Manusia...

Lastly,ad gak.. 2 pn setelah hati ni redha..

"Makan sorang2 la nampaknya.."

Dot reply msj ak di saat ak hmpir turun beli mknn cafe..
Weee!! McD.. here I come!

Hati da lme kepingin nk telan burger McD..
Setelah m'dapat belas ihsan dr dot,dpt gak pegi..
Tindakan bwh sedar tlh berlaku..
Tetibe je ak da ad dlm teksi.. huhu!
Keranamu McD..

Dot x berape okay sbnrnya..
Kne gatal2.. Bengkak..
Tp,da surut sket..
Dia kne injection..
Patut la x sedar2 dr pagi..
Izinkan sy utk menggelakkn diri..

Wakakakakakaaka!!!~

Cian dot..
Da la takot jarum,kne inject plk..
Hai.. Nasib.. Nasib...
2 la,ak da kate jgn main pasir..
Degil.. x maw dgr kata.. huhu!
x la... Dia sendiri x taw cm ne bley kne gatal2 2..
t'pijak najis mughallazah kot..

Ntah la.. x der jwpn..

Majlis b'buka puasa telah b'lgsg dgn meriahnya
kt food court.. Ramai gle manusia..
Lagaknye cm pose je msg2..
ishh!! ape ni Azma.. x baik..

"o0ps! t'lebey suda.."

Mane x nye,sume kaum ad kt c2..
adakah mereka yang bukan muslim jge
turut menahan lapar dan dahaga?
musykilah... Musykilah..

Ktorg makan sket je..
Nk solat mghrib dlu..
Klu melantak dlu,
Alamat babai la maghrib..
Bile makann da terlambak,
Nafsu makan mmg m'gila
Gajah beranak depan mata pn
Bleh buat dek je..

melampau.

Settle solat,g cuci mata
kt kedai jam..
survey la kunun2nya..
Apek jam 2 pn caye je..
Dia x taw da kne kincing dgn ak..
Mane mgkin ak nk beli jam idaman
dlm mase 1-2 bln..
Klu ak merompak bank
Lain cter la..

x masuk akal.

Then,ktorg g mkn kt Secret Recipe
Pergh!
Sedap siot.. plain water..
Air plg sedap sepanjang zaman..
Dot order Noodle in Tom yam Kung..
Menakutkan gle name mknannye..
Mane taw,skali mkn terus Kong..
x ke mampos?

Ak order Laksa Singapore
Mmg fail la kn utk selera ak..
Sumpah x beli lg da..
Semangkok penuh waiter 2 hidang,
Semangkok penuh ak pulang blik kt dia..
Tp,lps ak bedal udang dgn sotong la..
x kne dgn selera ak da..
Mangkok da la sebesar Gayung mandi..
Bapak besar..
Cm nk bg gorila mkn je kn gamaknye..
Tp,dot mkn licin....
Dia gorila ke??
Wakakaka!!

Bagos la cm 2.. x m'bazir..
Mase 1st time ak mkn
kt Secret Recipe dlu pn t'kujat gak tgk
mgkok 2.. kejang la sendi2 ak jap.
Senak usus ak.. Tp,
B'baloi la dgn harga dia..

Bile mulut da penat mengunyah..
ktorg pn blah...
pergi shopping jap..
Sempat la ak sambar 1 handbag..
2 pn sbb nmpak cm rock sket..
Ak beli la..
Dodot tolong pilihkn..
Klu ak pilih sendiri,
Mmg x la.. huhu!
Gile..

Disebabkn ak x mkn pn
Laksa S'pore yg kunun2 sedap 2,
Perut ak tlh m'anjurkn sebuah orkestra
Yang mmg x bleh blah gendangnya..
Ak pn melangkah dgn gagahnya ke... McD!!
Weee!! Nyum2.. Spicy Chicken McDeluxe..

Tapau,makan kt bilik...
Smbil m'hdp BF ak yg huduh ni..
Hahaha!!
Tp,mmg best la kuar kn..
Thanks 4 the precious moments,Dot..

Friday, August 28, 2009

I.F.T.A.R..




Hari khamis lepas ada iftar kt Masjid Wilayah.
Hujan turun lebat mase smp kt sne.
Tp x pe,demi mknan free.. ape2 pn redah je.. hehe..
Best. Seronok.
Aku pegi dgn Naz dan C.pah..
Gie pn ade..
Tp,iftar 2 anjuran Mahalah Ameenah
Bdk2 Safiyyah m'isi kekosongan yg ad..

Byk sgt mknan..
smp x t'jgkau dek pandangan..
Depan belakang penuh mknan
Jiwa x keruan tgk hidangan
Nafsu.. Nafsu..

Lps b'buka dgn buah tamar,kuih
Solat maghrib jemaah..
Tenang hati..
Da lme x solat b'jemaah..

Smbung mkn lg..
hbs bhgn depan,lari bhgn blkg
asalkn dpt ape yg diidam..
klaka bile fikir2 balik..
Kami.. Kami..

Solat isya' b'jemaah..
Smbung solat terawih..
Ak b'diri di antara Naz dan C.pah..
Sebagai penyedap rasa,
Ak selitkn iklan mase kami
sedang khusyuk m'hadap Illahi..

Ad sorg untie.. foreigner..
dia minat kt Naz.. Comel..
Dia peluk Naz..
Muke Naz merah.. malu..
segan dilakukan sebegitu..
Kami??
Gelakkn Naz..
Naz.. Naz.. hehe..

Usai solat terawih 8 rakaat,
Witir sendiri bikin kt belakang..
Bimbang ditinggl bas..
Sebelum naik bas,moreh..
penting 2.. sebagai pelengkap..

Langkah kami terhenti..
Amek gambar dlu sblm pergi..
posing sne.. posing cni..
smpailh puas hati..

Dlm bas duduk dgn Naz..
Byk berbual..
Da lme x b'borak cm 2 dgn dia..
Rindu zaman matriks dlu..

Agenda hari itu berakhir dgn baik..
Lepas ni nk join klu ad lg..
Dpt pergi masjid lagi..
Mkn free..

Malam itu t'ukir 1001 kenangan..
Byk memori t'cipta..
Harap2 dpt cm 2 lg..
Tamat..

Monday, August 24, 2009

TERHARU..


"Ma,ko demam ni.."
aku menggeleng..

"Ma,g klinik.Nt,melarat.."
Aku diam..

Aku okay..
pening sket2 2,bese la..
Bknnye demam teruk pn..

Selang seminggu.

Sahur pagi td aku lemah..
x t'telan nasi yg dikunyah..
tekak aku da parah..
nk b'cakap pn payah..
batuk x sudah..

Dengan kudrat yg ad,
aku melangkah payah..
x maw g klinik..
Malas nk tggu giliran..
selalu kne marah..

"Klinik 2,bkn k0 pnye Ma.."

Lps jmpa doktor,
aku dpt MC 3 hari..

Menyampah.

Aku tdo smp ptg
kepala sakit bkn kepalang
rase cm nk melayang

sms itu bt mimpi t'ggu

"Ma,da beli mknan buke pose?"

Aku gagahi juga jari2 lemah ini m'balas..

"Blom.."

aduh! sakitnya kepala aku
melekat ke bantal cm kne paku
bisanya hanya Dia yg tahu..

"k0 nk mkn ape? Biar aku belikan.. k0 rehat je.."

Sesungguhnya,aku terharu dgn sepotong ayat itu.
Mereka datang ke kamar
yang kurang t'urus itu demi m'hantar
makanan bt aku b'buka nt..
Mereka letih,ak tahu..

Terasa malu bila mereka lihat diri aku yg lemah
tiada tabir yang dapat menghalang mereka
dari melihat aku yang layu

Sumpah,hati aku sayu dan terharu dengan layanan itu
Aku dilayan bagai anak kecil
Terasa disayangi
Nasihat dan pesanan dimuntahkn
aku diam menadah

"Ma,jgn lupa mkn ubat taw biar cepat sihat.."

suara comel itu berlagu.

"Ma,jge diri bebaik.."

seorang lagi menasihati.

Dalam hati,bersyukur dikurniai kawan yang sebegini

"Ya Tuhan,sayangnya aku pada mereka.. Kau peliharalah dan limpahkanlah keberkatanMu pada mereka.. Peliharalah juga persahabatan ini.. Amin.."










Sunday, August 23, 2009

ANYTIME YOU NEED A FRIEND..


If you're lonely
And need a friend
And troubles seem like
They never end
Just remember to keep the faith
And love will be there to light the way

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So don't you fear
Even if you're miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
Love will make it alright

When the shadows are closing in
And your spirit diminishing
Just remember you are not alone
And love will be there
To guide you home

If you just believe in me
I'll love you endlessly
Take my hand
Take me into your heart
I'll be there forever,baby
I won't let go
I'll never let go

Anytime you need a friend
I will be here
You'll never be alone again
So,don't you fear
Even if your miles away
I'm by your side
So don't you ever be lonely
It's alright


p/s: This Mariah Carey's song is dedicated to my Best Friend,Nurul Nashida Rosalan@dodot.. I'll be here by your side and never let you be alone even if you are miles away from me.. Anytime you need a friend,I'm here and just be here loving you endlessly.....




Wednesday, August 19, 2009

EYES..

Please show me your true love
Please soothe me with your warm hugs
That you always did
In my dreams all night long.
I've nothing to comfort you
Yet,to make you feel my honesty
through our destiny we've done
our responsibilities to God.
I know nothing about you.
But,I swear!
Through this naked eyes
I'm falling in love with you
And my heart just said
I need you,just you..

Tuesday, August 11, 2009

BAHTERA KEHIDUPAN INI

Duhai petang nan sepi..
kesepianmu turut dirasai oleh aku
aku yang selalu menjadi aku
aku yang selalu menjahit
luka2 kenangan dengan peniti masa
yang ku kutip di celah2
rimbunan memori pahit yang
perit utk ditelan
aku yang terlalu leka dengan
buih2 kehidupan yang berwarna-warni
wlwpn telah ku tahu
buih2 itu akn menghilang ditiup
sang angin yang terlalu rakus
membelah lipatan2 ketenangan
dan kedamaian hati...

Wahai Zat Maha Agung,
keluarkanlah aku dari
kepompong kesepian
yang tidak ku tahu
di mana letaknya kesepian itu
dari mana datangnya kesepian itu
tidak juga ku sedar

aku takut..
takut menanti hari esok
yang belum tentu milikku
takut akn kematian
yang setia mengekoriku
takut akn kemusnahan
yang bisa memporak-perandakan
takut akn perpisahan
yang jasadnya belum tentu akn bersatu
dan aku juga terlalu
takut andainya kehidupan ini
merentap sebahagian
dari diri aku..

Ya Tuhan..
lepaskanlah aku dari
ikatan dosa2 ku..
bebaskanlah aku dari
hasad dengki sang pendusta dunia
biarkanlah aku dengan kehidupan aku
dengan cara aku..
agar aku bisa utk terus bermaksiat kepadaMu
tanpa sekelumit rasa jemu
agar aku dapat terus disisiMu
bersama selautan kesetiaan
tanpa ada secangkir rasa malas
kerna ia bisa menjauhkan aku
dariMu..

kerna..
menjadi aku adalah anugerah
pada mereka2 yang tidak memilikinya
menjadi aku adalah 1 kebanggaan
kerana pada mereka aku cukup segalanya
tetapi
mereka tidak tahu..
menjadi aku adalah
1 kemanisan yang pahit
1 keindahan yang suram
1 kekuatan yang rapuh
1 kegembiraan yang pedih
hingga kepedihan itu bisa
buat aku lumpuh
lemah dan longlai dalam menyempurnakan
jahitan dan sulaman
iman serta kehidupan
yang tidak akn bisa berhenti selagi
di hati masih terpatri
kalimah Lailahaillallah
selagi jantung masih
berdegup 'Rab,Rab,Rab'
dan selagi akal masih waras
membezakan
dosa,pahala
hak,batil
kawan,musuh
neraka dan syurga

Keindahan petang yang suram ini
menjadi saksi
betapa aku terlalu
ingin memiliki
1 kehidupan yang tenang
1 cinta yang agung
1 jiwa yang kental
1 kekuatan yang xkn goyah
agar aku bisa menjadi aku
dalam melayari bahtera ini
yang hanya layak digelar
kehidupan...

Thursday, August 6, 2009

M.A.L.A.M

Di malam yang sepi ini
Kedinginan begitu setia menemaniku
Menusuk hingga ke tulang hitam
Terasa begitu tenang dan nyaman sekali
Tubuhku begitu erat didakap kesejukan yang bisa
membekukan hati yang cair
hatiku terlalu leka menikmati hembusan sang bayu
sesekali terasa bagai ingin
ku hentikan masa yang berlalu
agar dapatku terus
bersamamu wahai bayu yang setia

wahai bayu
apakah kehadiranmu membawa perkhabaran
rindu dari sang arjuna hati?
Apakah kehadiranmu sarat dengan kata2 cinta
Yang diutus olehnya?
Wahai bayu katakanlah padaku..
Duhai malam yang tenang
Kau terlalu setia menemaniku
Tidak pernah sekalipun kau tinggalkan aku


Alangkah indahnya hidupku
Andai aku temui
Cinta hatiku sepertimu
Tidak pernah jemu menemaniku
Tidak pernah mengeluh melayan kerenahku
Tidak pernah letih menyayangiku
Dan
Tidak pernah bisa meninggalkan aku walau apa
Keadaan aku sekalipun
Kau tetap di sini
Di bumi Yang Maha Esa ini
Leka dengan tugasmu
Patuh pada setiap arahanNya
Tanpa menghiraukan sang hujan
Yang kadangkala sengaja
Bagai mahu menggangu urusanmu..
Duhai malam
Teruslah setia di sampingku bersama sang bayu
Temaniku
Untukku menempuhi perjalanan mimpi
Yang adakalanya
Menggangu lenaku
Wahai malam yang setia
Ketahuilah bahawa ketenanganmu
Aku cemburu....

Wednesday, July 29, 2009

BERILAH AKU HIDUP YANG DINAMAKAN KEHIDUPAN..


AKU SENDIRI DALAM PUISI KU

SEPI KERANA TIADA SIAPA YANG MENEMANI

AKU SUNYI DALAM ANGAN KU

KELAM KERANA TIADA CAHAYA MENERANGI

AKU KESEORANGAN DALAM IMPIAN KU

BOSAN MENITI HARI YANG MEMENATKAN

TULANG HITAMKU

AKU SESAT DALAM

MENGORAK LANGKAHKU YANG SUMBANG

AKU ALPA DALAM BISIKAN SYAITAN

YANG MEMBAHAGIAKAN GEGENDANG TELINGA

YANG KETANDUSAN KALIMAH-KALIMAH AZZA WAJALLA

KETIKA AKU HAMPIR TERSUNGKUR

DALAM PERJALANAN WAKTU

KETIKA AKU HAMPIR KARAM

DALAM LAUTAN NAFSU

KETIKA AKU HAMPIR HANYUT

DALAM ARUS PENDUSTAAN

YANG TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI

SELAGI AKAL MASIH WARAS MENCIPTA

PEMBOHONGAN DAN ALASAN YANG MENYESAKAN NAFAS

LANGKAH TARI JARUM SAAT SEMAKIN RANCAK

MENGIKUT ALUNAN LAGU WAKTU

YANG BISA MENGALPAKAN

SECANGKIR KETABAHAN HAMPIR MUSNAH DEK

SELAUTAN DUGAAN

DI MANA OMBAKNYA

TIDAK PERNAH PUAS MERANAPKAN

SEKEPING HATI YANG LEMAH

SELEMBAR KETENANGAN

DIKAIT BERSAMA PENITI YANG TUMPUL MATANYA

LALU MENJADILAH IA

PERCA KEHIDUPAN

YANG HANYA LAYAK DI GELAR

KENANGAN SILAM YANG HITAM

KINI

AKU BANGUN BERSAMA LUKA

YANG TELAH AKU JAHIT SENDIRI

BERSAMA

SERPIHAN KEKUATAN

YANG KU KUTIP

DI TEPIAN BIBIR INSAN KESAYANGAN

BERSEMADILAH

WAHAI KEKUATANKU

SETIALAH BERSAMAKU

HINGGA HUJUNG WAKTU

BERILAH AKU HIDUP YANG DINAMAKAN KEHIDUPAN

AGAR AKU BISA UNTUK TERUS

MENGATUR LANGKAH

BERSAMA SEGUNUNG IMPIAN DAN CITA-CITA KU

SUPAYA DAPAT AKU MENYEMPURNAKAN

UKIRAN SENYUMAN DI WAJAH MAMA

SUPAYA DAPAT AKU

MENGEMBIRAKAN SEKEPING HATI

YANG SARAT DENGAN MUATAN KASIH SAYANG

AGAR BIBIR TUA ITU

TIDAK LEKANG DENGAN SEGARIS SENYUMAN INDAH

BUAT TATAPAN INSAN KERDIL SEPERTI AKU

WAHAI KEHIDUPAN YANG INDAH

SESUNGGUHNYA KEINDAHANMU

AKU CEMBURU