Cerita di wad hari ni . .
Sedang bercerita,tetiba ada staff tanya..
Staff nurse: Korg student KPJ bleh g kerja kt Saudi kan ?
Aku : Bleh kak . *senyum
Staff nurse: Baik pegi dik . Amek peluang . . Kalau akk dpt peluang,akk pegi taw!
Akk ad suami,ada anak2 . Suami akk tak bg pegi sana .
Seronok pe bru keje 5 tahun,da kaya-raya, byk duit . . bleh senangkan mak bapak,
bleh beli rumah & keta cash !
Nanti,bukan sembarangan lelaki bleh dampingi kita . . *sengih
Zaman sekarang ni,sume nk guna byk duit . xde duit,selamat tinggal !
Aku : Haha ! Memang sy ade pikir nk g Saudi kak . . *senyum
Tuesday, December 18, 2012
Thursday, December 13, 2012
LAUT
Mahu aku muntahkan segala kata pada laut.
Dia tak mampu faham.
Dia cuma tahu telan kata-kata aku dengan
deruan ombak yang menghempas!
Pukulan ombak menyakitkan namun tenang.
Aku merintih pada laut,
Agar dibawa aku pergi dari segala rasa tika ini.
Selalu aku muntahbelahakkan kata-kata madah pujangga.
Namun kini tidak lagi.
Pukul aku wahai ombak!
Usah dihempas lagi pepasir itu..
Pukul aku sampai aku hancur berkeping-keping!
Aku ketagih bau hanyir air laut..
Kerana disitu ada rasa yang halus..
Bisa membunuh segala rasa.
Wednesday, December 12, 2012
KETENANGAN ABADI
Sebelum hari ini melabuh tirai
Ingin aku menyata sesuatu..
Hari aku dipenuhi sesuatu yang indah dan bermakna.
Tidak aku jangka,
Insan yang aku panggil adik
menyedarkan aku tentang sesuatu.
Perkongsian masa sedetik tadi
membuka mata seorang yang bernama aku.
Ditepi laut,
bertukar cerita.
Berkongsi pendapat.
Tidak pernah aku alami ketenangan malam di tepi laut.
Untuk pertama kali aku di laut pada waktu malam.
Pertama kali aku melihat ombak memukul pantai di malam hari.
Deruan ombak di malam hari lebih tenang berbanding di siang hari.
Dan ini yang terpaling indah buat aku.
Paling bermakna untuk dilupa..
Sempurna segalanya.
ADA APA DENGAN 12.12.12
12.12.12
Hari nie semua orang sibuk
bercakap tentang tarikh tersebut.
Cantik kononnya..
Ya.. memang cantik.
Dan pengisiannya juga harus
cantik & bermakna.
Dan hari nie ialah hari terakhir
aku kerja di klinik pakar telinga,hidung dan tekak.
Semoga hari nie menjadi hari terbaik dan
terpaling indah buat aku.
Mudah-mudahan.
Amiin~
Thursday, December 6, 2012
PENDETA RATU ~23~
Menjalani hidup selama 23 tahun mengajar dia
untuk menjadi lebih faham apa itu hidup..
Menjadi dia bukan mudah seperti
yang terlihat dek mata.
Namun,
biarlah Allah sahaja Yang Maha Tahu segalanya..
Setiap maksud yang tersirat
disebalik mata dan senyum dia,
cuma dia dan pencipta dia yang mengerti.
Yang masam itu wajah dia.
Yang garang itu matanya.
Yang tegas itu tingkahnya.
Namun,disetiap semua itu ada makna..
Cuma insan yang terdekat
kenal siapa yang tersembunyi
dibalik semua itu.
Nurul Azma Arif,
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 23..
Semoga hidup kamu
baik-baik sahaja
dan
sentiasa dalam
redha Penciptamu.
Aminn~
Tuesday, December 4, 2012
AKU LEBIH SEDIH DARI DIA..
oleh tulisan tangan yang entah siapa-siapa
pada teman kesayangan hati aku itu.
Ya! Mungkin niatnya baik,mahu menegur.
Tapi,cara dia itu tidak tepat!
Dia tidak faham..
Tak semua hati yang terhiris itu mampu dilihat tangisnya.
Kata-kata bisa menipu untuk menyedap rasa hati sendiri atau insan lain.
Namun,ketahuilah..
Ia terluka di kejauhan sana..
Dan aku temannya,
Tidak akan sama sekali membiar dia disakiti..
Aku akan pertahankan dia seboleh aku.
Aku mohon..
Tolong jangan bikin hatinya terluka dan bersedih..
Kerana aku tidak bisa menyeka air mata itu
jika ia jatuh..
Aku jauh.
Thursday, November 29, 2012
HARI ULANGTAHUN SI ADIK TOOOTTT TEEEETT ! ;)
Aku tak pandai menyata kasih pada adik-adik..
Cuma tingkah bisa menzahirkan.
Usikan & gurauan adalah
cara aku mengungkap rasa sayang.
Dalam tulisan begini aku pandai menulis kasih..
Tapi,
apabila minta aku ungkap,
bagai jongkong emas tersekat di kotak suara.
Tulisan hari ini istimewa buat adik kecik,
Nurul Aimi Aqilah.
Selamat ulang tahun ke 16.
Aku panggil dia ToT..
Nama manja la kiranya.
Bukan kerana dia kecik @ kontot.
Dia yang paling tinggi & paling chantek antara kami 3 beradik.
Cuma aku mahu
dia ingat hanyaa aku sorang yang panggail dia sebegitu.
Kakak sayang adik!
Kbai~
Monday, November 26, 2012
M.A.L.A.M
Jiwa aku
bersenandung di pekat malam..
Mungkin kerna
dihujani bahagia cinta si arjuna..
Mungkin juga
disimbah kasih pangeran ratu..
Aku lihat di pekat langit..
Hati aku berlagu..
Aku hirup tenangnya bayu,
Hati aku merindu..
Aku sentuh manisnya ukir senyum,
Hati aku memuja..
Aku gapai dinginnya tempias gerimis,
Hati aku gulana..
Malam..
Kau jangan biar siang..
Biar dia terus merindu,
Di pekat malam....
Saturday, November 10, 2012
MISS PRETTY
Seseorang
yang bisa menyelam
ke dasar hati kita
sedangkan kita sendiri tak mampu..
Seseorang yang menyayangi kita
sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebabnya..
Seseorang yang sudah tahu
bahawa kita banyak cacat cela
Dia tetap sudi disisi kita..
Disaat
kita tak tahu bagaimana mahu senyum.
Lebih buruk lagi,
kita tak tahu apa itu senyum.
Dia sedaya upaya buat kita ukir sesuatu di pipi.
SENYUM.
Dikala kita punyai bahagia.
Tatkala bersama dia,
bahagia itu berganda.
Lebih manis lagi,
Dikala kita punyai tangis di tubir mata,
dia ada sama untuk mereda.
Cuba menyeka air mata dengan kata-katanya.
Tidak membiar tangis kita berganda.
Adakala
kita punya ceritera yang mahu diluahkongsi.
Pasti dia insan pertama yang kita cari.
Mahu dia menjadi yang pertama.
Sanggup kemamkan tak tertelan tak terluah
pada siapa-siapa terlebih dahulu.
Mahu cuma dia yang pertama.
Andai dia tidak bisa ada
tika itu.
Kemamkan terus!
Sampai perut bertukar hijau pun tak mengapa.
Perasaan
yang hadir antara 2 insan.
Bukan ahli keluarga.
Bukan kekasih.
Apatah lagi darah daging!
Dia yang dahulu
adalah orang asing dalam hidup kita
kini,
mampu memahami
juga menyayangi kita seperti
dia telah lama kita kenali.
Adakala,
kekasih juga tidak mampu untuk terima setiap kurang
yang ada dalam diri kita.
Tidak juga mampu untuk faham kita
sebagaimana dia.
Aku tulis rantaian kata puitis ini
cuma untuk
memuji insan yang amat penting selepas keluarga.
Keluarga yang pertama.
Dia yang kedua.
Kekasih?
Tiada kepentingan.
Sudah menjadi suami nanti,
baru wajib untuk patuh dan menjadi penting.
Siapakah "DIA" ?
SAHABAT
dunia akhirat aku.
Yang aku sayang selalu.
Aku mahu masuk syurga dengan dia.
Allah telah berjanji.
2 insan yang berkasih sayang kerana Allah,
akan mendapat naungan Allah di Hari Qiamat kelak.
Aku cuma mahu itu.
Makanya,
Aku sayang dia kerana Allah!
PELANGI
Aku dianugerah pelangi
Dikala sedang penat membanting kecewa.
Aku ditiupi bayu dingin
sehingga terpaksa aku memeluk bara
sebelum aku beku.
Aku suka mengandai sesuatu yang indah itu
seperti pelangi.
Pelangi dan keindahan punya pertautan.
Walaupun keindahannya sementara,
tapi ia pasti berulang
apabila tiba saat dan ketika yang tepat.
Tika malam kian memekat,
aku makin ligat mengetuk papan kaku ini.
Mencurah isi hati
pada laman tandus lagi polos.
Walau tidak bisa dimengerti,
ia tetap setia disini.
Menadahdengar muntah bicara kata
yang tidak selalu asyik.
Namun,
cukup untuk buat aku rasa cukup.
Wednesday, November 7, 2012
B.I.S.I.K
Bila rasa yang diserap dan meresap ini
dimuntah pada segenap ruang hakiki
yang bisa menyerap kekuatan rasa,
Disaat itu aku beku.
Terkaku dalam angan yang menjerat tangkai rasa.
Terpaku dalam memori yang menyentap jiwa seksa.
Namun,
Aku tetap akan terus menari dalam tingkah dan irama sakti
walau alunan temponya sumbang sana-sini.
Senyum terus terukir biarpun sedikit sumbing.
Sambil menyulam bahagia yang masih berbunga.
Siapakah yang bisa untuk terus buat aku menyulam bahagia?
Friday, November 2, 2012
KOTAK KECIL HATI..
Lengggok jemari aku adakalanya tersasar.
Namun tidak sesat.
Apabila aku mengejar,
Usah kamu lari.
Kerana aku tak bisa mengejar jauh-jauh.
Kerana aku tak bisa mengejar jauh-jauh.
Aku lelah.
Aku punya sayang
yang tak terucapkan dalam hati.
Cuma mampu aku
jeritkan ia dalam nadi.
Aku cemburu.
Aku cuma bisa biarkan ia bernanah dan membusuk
dalam relung hati.
Disaat aku terhidukan
rasa kasih yang bercambah,
lekas-lekas aku racuni tunas itu.
Aku khuatir.
Ia menyakitkan suatu masa nanti.
Bagai yang pernah aku rasa.
Saban malam,
aku peluk bintang dan purnama.
Aku bisik pada mereka,
sendiri itu sepi.
Namun,
adakalanya aku perlu untuk sendiri.
Tapi bukan untuk setiap waktu.
Pabila aku menghambur marah,
dibilang aku emosi.
Pabila aku diamkan amarah,
dibilang aku pengecut.
Pabila aku tiada reaksi,
dikata aku tiada perasaan.
Harus bagaimana lagi mahu aku
pamerkan apa rasa hati aku?
Manusia memang
selalu tidak pernah puas.
Jika kaya dikata sombong.
Andai miskin dibilang pemalas.
Mahu apa lagi kalian dari manusia?
Kalian juga manusia.
Sama seperti aku.
Seperti dia.
Seperti mereka.
Gayanya aku sekarang
umpama pengembara.
Tidak bisa tinggal di suatu tempat untuk tempoh yang lama.
Kerana
pasti akan ada yang tidak senang.
Adakala mahu aku lari ke hutan.
Apa perlu untuk aku ke laut?
Terbang ke angkasa mungkin?
Kini aku ajar hati aku
supaya lebih berwaspada
pada setiap yang bernama manusia.
Kerana manusia punya hati yang berubah-ubah.
Andai sayang,
usah pamer terlalu banyak.
Simpan saja yang selebihnya diam-diam.
Mereka tidak mampu faham rasa hati kita hingga
mereka kehilangannya.
Tika dipeduli,
dia enggan didekati.
Tika dijauhi,
dibilang kita sudah tidak peduli
sama dia lagi.
mahu apakah kamu dari aku benarnya?
Aku tahu,
ada yang membaca tulisan aku ini
sedang menghakimi.
Ada juga yang cuba
untuk mengerti maksud disetiapnya.
Pesan aku cuma satu.
Jangan sesekali cuba menghakimi aku dan
pura-pura mengerti setiap bait tulisan aku.
Kerana kamu bukan aku.
Pemahaman kamu juga aku berbeda.
Aku punya
rasa kasih seluas lautan.
Mungkin lebih luas dari itu.
Namun,
belum kutemu sama insan yang
sebenar-benar layak untuknya.
Cinta dan kasih aku
cuma buat Adam,
bukan Hawa.
Cuma rasa kasih yang aku punya
tika ini,
hanya layak buat Hawa.
Kerana mereka sama seperti aku.
Mampu mengerti aku.
Mampu menyejuk aku yang sedang gelegak.
Mampu reda tangis yang terhambur.
usah disalah erti sama aku lagi.
Andai benci,
buang aku jauh-jauh dari laman maya kamu.
Aku tidak akan datang dekat.
Malah akan terus melangkah pergi dan
menjauh.
Usah dicari lagi.
Kamu tak akan bisa
menjumpai.
Aku punya sayang
yang tak terucapkan dalam hati.
Cuma mampu aku
jeritkan ia dalam nadi.
Aku cemburu.
Aku cuma bisa biarkan ia bernanah dan membusuk
dalam relung hati.
Disaat aku terhidukan
rasa kasih yang bercambah,
lekas-lekas aku racuni tunas itu.
Aku khuatir.
Ia menyakitkan suatu masa nanti.
Bagai yang pernah aku rasa.
Saban malam,
aku peluk bintang dan purnama.
Aku bisik pada mereka,
sendiri itu sepi.
Namun,
adakalanya aku perlu untuk sendiri.
Tapi bukan untuk setiap waktu.
Pabila aku menghambur marah,
dibilang aku emosi.
Pabila aku diamkan amarah,
dibilang aku pengecut.
Pabila aku tiada reaksi,
dikata aku tiada perasaan.
Harus bagaimana lagi mahu aku
pamerkan apa rasa hati aku?
Manusia memang
selalu tidak pernah puas.
Jika kaya dikata sombong.
Andai miskin dibilang pemalas.
Mahu apa lagi kalian dari manusia?
Kalian juga manusia.
Sama seperti aku.
Seperti dia.
Seperti mereka.
Gayanya aku sekarang
umpama pengembara.
Tidak bisa tinggal di suatu tempat untuk tempoh yang lama.
Kerana
pasti akan ada yang tidak senang.
Adakala mahu aku lari ke hutan.
Apa perlu untuk aku ke laut?
Terbang ke angkasa mungkin?
Kini aku ajar hati aku
supaya lebih berwaspada
pada setiap yang bernama manusia.
Kerana manusia punya hati yang berubah-ubah.
Andai sayang,
usah pamer terlalu banyak.
Simpan saja yang selebihnya diam-diam.
Mereka tidak mampu faham rasa hati kita hingga
mereka kehilangannya.
Tika dipeduli,
dia enggan didekati.
Tika dijauhi,
dibilang kita sudah tidak peduli
sama dia lagi.
mahu apakah kamu dari aku benarnya?
Aku tahu,
ada yang membaca tulisan aku ini
sedang menghakimi.
Ada juga yang cuba
untuk mengerti maksud disetiapnya.
Pesan aku cuma satu.
Jangan sesekali cuba menghakimi aku dan
pura-pura mengerti setiap bait tulisan aku.
Kerana kamu bukan aku.
Pemahaman kamu juga aku berbeda.
Aku punya
rasa kasih seluas lautan.
Mungkin lebih luas dari itu.
Namun,
belum kutemu sama insan yang
sebenar-benar layak untuknya.
Cinta dan kasih aku
cuma buat Adam,
bukan Hawa.
Cuma rasa kasih yang aku punya
tika ini,
hanya layak buat Hawa.
Kerana mereka sama seperti aku.
Mampu mengerti aku.
Mampu menyejuk aku yang sedang gelegak.
Mampu reda tangis yang terhambur.
usah disalah erti sama aku lagi.
Andai benci,
buang aku jauh-jauh dari laman maya kamu.
Aku tidak akan datang dekat.
Malah akan terus melangkah pergi dan
menjauh.
Usah dicari lagi.
Kamu tak akan bisa
menjumpai.
Tuesday, October 16, 2012
SELAMAT ULANG TAHUN 23 ...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Sahabat saya..
Allah selamatkan kamu..
Yeeeaaayy! (^__^)
Selamat 23 tahun sahabatku sayang..
Semoga redha Allah sentiasa bersama kamu sepanjang waktu..
Ma sayang Dylla melangit!!! (^__^)
Saturday, October 6, 2012
CHENTA HATI AKU...
Chenta hati aku cuma dua..
Mereka berdua,
Tak pernah walau sekali mengecewakan aku.
Tak pernah untuk membiar aku sendiri.
Tak pernah abaikan setiap permintaan aku walaupun cuma sebiji gula2.
Tak pernah biar tangis aku tak berteman.
Tak pernah jemu menadahdengar aku berceloteh tak henti-henti walaupun aku tahu
mereka kurang faham tentang apa yang sedang aku ceritakan.
Setiap mahu aku pasti diberi.
Setiap bayang aku pasti ditemani walaupun dengan hanya sepotong doa.
Setiap objek yang aku pandang di kedai2 atau dipusat membeli belah
pasti ditanya "Kakak nk ke?"
Apabila pergi ke kedai makan dimana-mana,
keinginan aku diutamakan.
Sedari kecil hingga aku kini 23 tahun.
Beginilah hidup aku.
Cuma aku.
Kini,apabila aku meningkat dewasa aku sedar sesuatu.
Insan yang hidupnya cukup dengan kasih sayang ibu bapa mereka,
tidak gentar dengan dugaan & cubaan.
Tidak mudah mengalah dengan kegagalannya.
Tidak takut untuk mencuba apa sahaja yang hati mahu.
Selalu yakin dalam membuat keputusan hidup kerana si anak tahu bahawa ibu bapa mereka sentiasa ada untuk menyokong jatuhbangunnya.
Selalu aku bandingkan diri aku dengan teman-teman.
Ya,aku lebih beruntung kerana punya abah yang selalu mahu temankan aku walau kemana
sahaja mahu aku.
Mereka pernah perli aku suatu ketika dahulu pada zaman sekolah..
"Dah besar pun,nk g mana2 pun abah hantar.. x malu ke??"
Masa itu,aku tak pandai nak menjawab setiap apa orang kata.
Sekarang,
apabila banyak mata yang memandang apabila aku mencium & dicium pipi & dahi
oleh mak abah,aku rasa bangga.
Ya,aku cukup dewasa sekarang.
Dan,aku masih lagi dicium pipi & dahi oleh mak abah aku.
Aku mengerti,mereka cemburu kerana tidak bertuah seperti aku..
Kemana juga aku dihantar posting,
Mak abah pasti mahu temani hingga aku masuk ke tempat tinggal di hostel..
Aku kasihan melihat mereka sedaya upaya tidak mahu aku keseorangan..
Walhal mereka tahu aku seorang yang berdikari dan mampu buat segalanya sendiri..
Dan,aku kutip dan aku sematkan kasih sayang mereka buat peneman hidup aku selalu.
Betapa kuatnya kasih sayang mereka,
Hingga aku mampu telefon mereka setiap hari tanpa gagal..
Aku tahu,tak semua orang mampu buat apa yang aku buat..
Aku tak mampu untuk hidup sehari tanpa dengar suara keduanya..
Aku rindu.
Hidup aku tak sempurna..
Mereka biasakan aku dengan limpahan kasih sayang.
Mereka biarkan aku hidup dalam serba sempurna.
Setiap mahu aku pasti dapat.
Dan kerana itu,
Aku pasti sedih andai tak mampu untuk penuhi permintaan mereka dan
teman-teman kesayangan aku.
Aku tahu,
Sedihnya rasa hidup tanpa kasih sayang yang sempurna.
Setiap insan mahu rasa berteman,disayangi dan dihargai..
Mak selalu pesan "biar orang benci kita,kita jangan benci orang sebab
manusia ni tulisan hidup mereka berbeza-beza. Sayang 1 sama lain.
Tak maw gaduh-gaduh"
Dari kecik,sampai besar.. inilah ayat mak selalu cakap kt aku..
Aku beruntung punya sebuah keluarga bahagia.
Mak,abah & 2 adik perempuan..
Adik-adik aku pun biasa beri setiap apa yang aku mahu..
Jangan salah faham okay!
Adik yg kedua da keje..
Dia punya cara tersendiri dalam hidup..
Alhamdulillah,dia berjaya dengan cara dia.
Makanya,dia rajin bertanya apa mahu aku setiap kali tiba masa "duit masuk".
Adakala,dia beri & beli apa yang aku perlu..
Musim raya,kelengkapan untuk aku dia yang sediakan daripada tudung hingga kasut.
Lengkap..
Yang si kecik umur dia 16 tahun..
Paling cantik & paling bergeliga antara kami bertiga.. huhu!
Dia pun sama.. Selalu bertanya mahu aku apabila kami keluar bersama-sama.
"Kakak,nk ais krim / coklat x? "
"Kakak,ade cool blog laa. kakak suka yang biru 2 kan? Adik belikan nk x?"
Ya,nampak kan betapa aku dilimpahi dengan perhatian dan kasih sayang dari setiap ahli keluarga aku..
Kerana itulah,aku mudah rasa sedih jika ada kawan yang berkasar dengan aku.
Air mata cepat mengalir jika aku dibiar sendiri tak dipeduli..
Jika berselisih faham dengan siapa-siapa pun,
pasti aku akan jabat maaf terlebih dahulu kerana aku tak betah bersengketa lama-lama.
Aku mahu hidup aku sentiasa dilimpahi dan dikelilingi kasih sayang..
Kerana,hebatnya kuasa kasih sayang itu,
Lahirnya manusia ke dunia.
Wafatnya Rasulullah dengan kalimah "ummati,ummati,ummati"
Pelukan yang menenangkan adalah pelukan mak..
Ciuman yang hangat dan mendamaikan adalah dari mak abah kerana
ada doa dalam setiap kecupan itu..
Bahagialah wahai insan yang masih punya keduanya!
Thursday, October 4, 2012
JIWA HARI INI..
Aku kira hati aku bengkak hari ini.
Aku rasa muka aku menebal.
Aku fikir akan singgah jugak penumbuk aku pada dinding!
Darah yang dipam ke seluruh jasad bagai tak mencukupi..
Otak aku tepu.
Dada aku sebu.
Fikiran aku celaru.
Mahu dikata ini amarah.. Macam bukan.
Mahu dibaca ini sedih.. Aku tak pasti.
Semua campur baur.
Salah 1 dari semua rasa itu adalah:
Ditinggi suara pada aku yang kesah pada keadaan kesihatan seseorang!
Tak salah jika dijawab panggilan aku dengan molek nadanya.
Aku tahu dia kurang sihat.
Makanya,aku telefon.. (-_-')
Lagi 1 rasa yang aku tak tahu apakah ia:
Dituduh aku memekak telinga dari menyahut panggilan di kolej tadi.
Ada seorang kenalan aku memanggil dari arah mana tak aku tahu.
Dari jarak berapa jengkal juga tidak aku pasti tentang itu.
Panggil aku guna hidung agaknya.
Dihantar pesanan ringkas pada aku menyata rasa rajuknya itu.
Dibalas.Namun,dia senyap.Bukan sengaja mahu lambat-lambat balas.
Aku di kelas.. Faham-fahamlah..
Memang tak kuasa mahu aku layan rajuk dia.
Banyak lagi perkara lain lagi penting dari itu.
Tapi,aku lemas bila tahu ada insan yang rajuknya terbit disebabkan aku!
Aku tak cukup kejam untuk biar lama-lama.
Pasti aku akan pergi pada dia.
Berjabat maaf. Lebih parah kalau jabat tak cukup utk pujuk. (-_-')
Pada insan yang meninggi suara pada aku,
Akan aku diamkan.
Biarlah.
Tak kan mahu dimarah semula.
Kalau aku pula merajuk,dia tak akan pujuk langsung.
Paling kuat pun,dia akan minta maaf sbb berkasar dengan aku.
Kalau aku terus dengan rajuk aku,dia akan diam dan biar.
Selalunya begitulah..
Ada banyak lagi mahu aku tulis.
Namun,biarlah aku tulis di halaman buku jiwa kecil aku itu.
Bimbang lebih banyak hati yang merekah nanti.
Friday, September 28, 2012
KU PINJAM BAHU UNTUK KAMU..
Biar hati segusar-gusarnya.
Biar jiwa seremuk gumpalan kertas.
Biar nadi bagai tak berdenyut lagi.
Biar jasad bagai hilang daya.
Asalkan kamu masih mampu ucap "Allah"
Hati yang terhiris bagai sembilu menikam.
Pedih!
Jiwa yang kecewa bagai hilang pertimbangan.
Dipukul kesaktian kasih yang dipertahan sekian lama.
Diratib sepotong nama kecintaan hati.
Berulang-ulang kali.
Seolah-olah cuma dia yang kamu kenal.
Sedangkan dia?
Kita tidak tahu apa bikinnya di sana..
Sekali rebah kerana cinta,
Bukan pengakhirnya sebuah jalan cerita.
Cuma Tuhan mahu bagi kita masa untuk
menilai kembali,
Dimana kita letak cinta Dia ketika
kita leka diulit cinta manusia yang kita puja?
Ya,fitrahnya manusia mahu berkasih sayang,
Hubungan yang berpaksikan cinta yang indah.
Namun,kita selalu tidak bersedia untuk dipukul badai.
Ingat! setiap perkara di dunia ini ada pasangan dan pasang surut.
Tidak faham?
Mari sini. Teliti baik-baik.
Setiap kali cuaca cerah pasti Allah turunkan hujan.
Setiap kejayaan,Allah pasti beri gagal sebelum atau selepasnya.
Setiap hidupan pasti ada pasangannya.
Setiap kejadian,
Pasti ada lawannya..
Perasaan kasih itu tidak salah.
Namun,berilah pada yang berhak.
Yang tahu untuk menghargai bahagian rasa kasih itu.
Kamu dan dia sudah semai rasa itu bertahun-tahun.
Namun,mengapa masih tiada haluan yang sama?
Mengapa berpaling dari setia pasangan?
Wahai kaum hawa..
Ketahuilah bahawa kaum Adam cintakan keindahan depan mata!
Apabila kamu jauh dari dia,
Dia disaji keindahan paras dari susuk tubuh dan wajah-wajah yang asing.
Nyata,dia salah kerana tidak menghargai kamu.
Namun,bukan sepenuhnya khilaf dia.
Juga bukan salah kamu.
Aku mengerti rasa sakit menahan panah rindu yang mencantas tenteram hati.
Apatah lagi terlihat wajah dia dalam simpanan album telefon tangan.
Melihatkan nombornya sahaja sudah cukup buat hati meronta bagai nak gila!
Situasi itu,
pernah aku alami lewat beberapa tahun dahulu.
Ya,rasa sayang itu menjerat pembuluh darah kamu
sehingga pecah empangan air mata,
Lalu ia turun membasahi hati.
Kamu kuat untuk menyembunyi tangis itu.
Tapi,bukan untuk selamanya.. sayang.
Andai kamu membiar rasa itu memberat dalam dada,
Usah dipersalahkan diri jika air mata itu mengalir di pipi.
Ia tidak kuat bersembunyi seperti mahu kamu.
Air mata bukan bukti lemahnya kita..
Ia adalah sebahagian dari kekuatan yang terpaksa kita leraikan.
Bukan tak tertanggung.
Cuma ia adalah semangat usang yang perlu disingkir dari relung hati.
Nah! Ambil bahu ini.
Menangislah semahu kamu.
Tidak akan aku tahan setiap titisan itu.
Menangislah..
Pulihkan kembali kekuatan kamu!
Singkirkan semangat usang itu!
Usah salah faham ya.
aku tidak minta kamu singkir nama kesayangan kamu itu.
Simpan nama itu.
Andai betul dia adalah tulisan Illahi buat kamu,
Pasti jiwa kamu bersatu di suatu saat yang telah pasti.
Allah sedang merencana sesuatu yang lebih indah dalam perjalanan kamu.
Sekiranya kamu dan dia punya jalan cerita yang berbeza,
Nama kalian pasti akan terpadam dari hati masing-masing.
Biarlah waktu yang menentukan.
Cumanya sekarang,
untuk kuat atau lemah adalah pilihan kamu!
Keputusan kamu sepenuhnya..
Perjalanan hidup kamu masih panjang.
Masih banyak lagi dugaan yang menanti kamu disepanjang laluan hidup kamu.
Mungkin,
Aku bukan orang yang layak untuk menulis sebegini buat kamu.
Cumanya aku disini buat meminjam kamu bahu aku yang tak empuk ini
untuk menadah tangis air mata kamu yang akan memecah empangan hati.
Percayalah sayang,
Langit tak selamanya mendung.
Bagaimana suram pun malam tanpa kehadiran bintang-bintang,
Ingatlah..
Itulah lukisan alam.
Begitu aturan Tuhan yang mencipta cinta makhluknya.
Dia berkuasa di atas segalanya.
Wednesday, September 26, 2012
APABILA KAMU PERLU AKU...
Aku tak minta dikasihi seperti kamu mengasihi teman-teman lain .
Cukuplah seadanya juga selayaknya aku dikasihi kamu . .
Aku sayang kamu lebih dari teman-teman aku yang lain . .
Takkan pernah sama . .
Kerana kamu istimewa dengan cara kamu sendiri . .
Mampu aku menyentuh kamu dari kejauhan . .
Memeluk kamu dalam angan .
Bertukar cerita dalam imaginasi ciptaan minda . .
Aku mahu mendampingi kamu .
Mahu gelak ketawa bersama kamu .
Bukan setiap masa .
Cukup sekadar sapa-menyapa bertukar khabar berita .
Aku cuma mahu tahu apa yang mengusik jiwa kamu . .
Aku cuma mahu kongsi rasa yang enak mahupun lara hati kamu . .
Aku terlalu mahu kamu tahu ,
Aku akan selalu ada di sudut sana memandangmu dan
Dan akan tetap disitu apabila
Kamu perlu aku . .
H.A.N.C.U.R
Aku tahu aku kecil kerana aku bukan gergasi .
Aku tahu aku juga lemah kerana aku bukan badang .
Aku juga kerdil kerana aku cuma hambaNya .
Adakala, aku bisa jadi bisu .
Adakala, aku cuma membiar sahaja perbuatan insan terhadap aku .
Dipijak-pijak kepala aku . .
Diludah-ludah muka aku . .
Ditarik-tarik telinga yang cuma ada dua ni . .
Dicarik-carik jiwa aku . .
Perit tahu . .
Pedih sangat . .
Bila dipamerkan senyuman,
Diucap maaf,
Aku cair . .
Mengalah lagi . . .
I.N.S.A.N
Kalau sayang tak semestinya kita akan disayangi kembali . .
Andai benar sayang,perkara remeh dibiar tak dipeduli . .
Biasalah.. Manusia tak lari dari silap salah . .
Namun,hati manusia bukan dalam pegangan sendiri . .
Allah Maha Tahu . .
Tidak selamanya manusia mampu bertahan dalam penantian . .
Bukan selamanya insan mampu pendam rasa hatinya . .
Dia pasti akan menangis sekali .
Dia pasti akan menggigil tahan amarah biarpun cuma sesaat . .
Pasti ada rasa- rasa yang busuk itu . .
Manusia bukan malaikat . .
Bukan juga para pari-pari syurga yang tiada mazmumah dalam hati . .
Usah terus menduga segumpal darah itu . .
Andai ia benar-benar terluka ,
Belum tentu ada penawarnya . .
K.A.S.I.H
Bisakah untuk aku buat hati aku membiar dia
tercari-cari aku bagai aku tercari-cari dia?
Terlalu mahu buat dia ternanti-nanti aku seperti
aku ternanti-nantikan dia . .
Selalu aku ratib namanya dia pada Tuhan aku dalam doa
Pabila usai solat fardhu .
Siang hari aku juga dia terlalu sibuk dengan urusan sendiri .
Malam hari, aku menyimpan angan untuk bersama dia dalam
tulisan-tulisan pesanan ringkas telefon tangan .
Namun,telah aku sebut tadi . . Angan !
Adakala, aku rebah dalam harapan menganyam mimpi bersamanya . .
Mahu tahu mengapa ?
Dia dingin . .
Friday, September 7, 2012
BERSAMA SELAMANYA..
"Jiwa aku makin terlalu rapuh..
Makin juga ampuh..
Aku punya cerita..
Aku cuma mahu kongsi sama kamu yang sedang baca
tarian jemari aku ini..
Ya kamu.. Kamu tahu siapa kamu..
Terasa makin jauh dari bayangan kamu..
Tak lagi bisa mendengar tawa kamu selalu..
Bila cerita aku tak terluah pada kamu,
makanya,akan ku pendam dan kemam cerita itu.
Andai sakit,sakitlah...
Kamu yang amat aku sayang..
Kamu tahu siapa kamu..
Dan apabila aku tersakiti dek tingkah kamu,
Aku jadi makin rapuh....
Aku tiada amarah buat kamu..
Itu pasti..
Cumanya aku tak betah keadaan begini..
Aku mahu cuma kamu..
Selepas harapan aku hancur pada malam itu,
setiap apa pun yang kamu tulis buat aku,
walau cuma hanya senyum comel itu,
pasti air mata ini turut menemani..
Mungkin terlalu rindu.. juga terlalu sayang..
Aku tak mahu sendiri tanpa kamu..
Aku tak mahu...
Tanpa kamu,
Aku sepi.
Aku sunyi.
Teman2 aku tak seramai teman2 kamu.
Aku x betah punya teman yang ramai..
Andai kamu rasa aku ini tak menyenangkan
sepertimana teman-teman kamu yang lain,
Maafkan aku ya..
Aku cuma mahu bersama kamu..
Selamanya.........
Thursday, September 6, 2012
SEMUDAH PETIKAN JEMARI.... IA MENGALIR..
Senang..
Semudah petikan jemari..
Ia keluar mengalir...
Tanpa memerlukan usaha gigih..
Jauh sekali menggunakan tulang empat kerat..
Cukuplah diam seribu bahasa,
Cukup dengan hanya tiada khabar berita..
Cukup juga dengan hanya membiar pesanan ringkas
sepi tak berbalas dan panggilan telefon tidak dijawab..
Sekeping hati yang tertanam dalam jasad ini,
Walau ia amat kuat namun ia juga rapuh..
Bisa kalah pada ungkapan maaf..
Bisa rebah dengan kucupan dan pelukan hangat..
Bisa juga tenggelam dalam pujukan yang tidak kenal pada erti putus asa..
Dan kerana semua itu.
Aku perlu kuat menahan dari rebah..
Perlu terus bertahan dari tengggelam..
Tapi.............,
Aku terlalu amat sayang..
Bagaimana dapat aku untuk menahan dari rebah
dan bertahan dari tenggelam.......?
Monday, August 13, 2012
SEMOGA TULISAN INI BISA BUAT DIA TERBANG TINGGI-TINGGI

Pemilik kasih sayang menemukan aku dan dia..
Di suatu saat lama dahulu..
Dia baik.. Keletahnya,manja..
Bila bersamanya aku lupa dunia..
Yang aku tahu,
Aku dan dia dalam detik-detik yang terbatas..
Jadinya,sesaat pun tidak akan aku sia-siakan untuk yang lain..
Jarak..
Ya,cuma itu yang membataskan.
Tapi,itu bukan alasan untuk aku abaikan teman sebaiknya.
Masa..
Adakalanya,
Menggunung amarah aku pada masa yang terdetik.
Terlalu cemburu pada aku!
Bila aku sendiri,
Akan aku lukiskan setiap bayang aku,dia dan anganan aku.
Aku akan jadi terlalu rindu pada dia.
Saat untuk bersama ternyata memang sudah terbatas dek jarak yang memisah.
Tapi,ternyata juga sehingga kini aku tak mampu sendiri tanpa dia.
Mesti mahu dia yang hadir di setiap rasa aku..
Dan kerana sayang aku padanya tiada syarat dan tiada noktah,
Kasih itu terus subur hingga detik ini.
Walaupun aku dan dia pernah diuji dengan dugaan hebat,
itu tidak mampu untuk goyah apa-apa..
Cuma,selalu aku mohon padaNya,
Usah diuji lagi sebegitu..
Aku tak selalu kuat.
Lumrah insan perlu seorang yang hampir dengannya
untuk dia meluah rasa dan berkongsi cerita suka duka..
Aku terlalu sayang teman aku yang satu ini..
Makin sayang sehingga kini.
Esok,
Detik bermakna buat aku dan dia..
Pada tanggal itu
Tautan hati terpaut bersama jabat tangan yang erat..
Dan sejak itu bermula episod persahabatan aku dan teman aku ini..
Dia hadir dalam hidup aku dikala aku sangat-sangat perlu teman di sisi..
Dan kerana itulah aku tetap akan terus
bersamanya hingga keakhir tulisan Illahi..
Tidak akan aku tinggalkan dia.
Bagaimana untuk aku melakar kata yang terpaling baik
Untuk membukti rasa kasih buat dia, tidak aku tahu..
Cuma yang aku harapkan,
Dia bisa dapat rasa hangat kasih
seorang teman yang serba-serbi tidak sempurna seperti aku ini..
Aku pasti ada khilaf disana-sini..
Semoga sahaja dia sentiasa bisa memaafkan segala khilaf aku.
Suka aku untuk menulis dan menyebut
sepotong nama milik teman comel aku ini..
Fadhilatun Nur..
Aku panggil Dylla.. (^__^)
Pasti aku senyum bila aku sebut nama dia..
*maluuu
Aku pernah dan selalu bergaduh sama kekasih aku dulu kerana Dylla.
Pernah aku putus dengan kekasih aku kerana dia cemburukan Dylla.
Selalu juga aku cancel date dengan kekasih aku dulu kerana temanku,Dylla..
Pada aku,
Sahabat aku lebih penting dari kekasih tak halal aku itu.
Memang aku akan lebihkan teman aku ini dari kekasih
yang haram untuk aku sentuh-sentuh..
Teman aku ini terlebih dahulu bersama aku
Menemani aku sebelum aku kenal kekasih aku itu..
Jadi,untuk apa mahu cemburu?
Teman aku lebih penting dari dia..
Itu yang dia tak senang.. haha!
Makanya,
Lebih baik tiada kekasih daripada hilang teman baik.
Kerana,
Teman boleh jadi segalanya untuk aku.
"True friend scolds like a dad.
Cares like a mom.
Teases like a sister.
Irritates like a brother.
And,
Love you more than a lover"
Dylla,
Semoga kita kekal bersma hingga ke akhir tulisan Illahi..
Mudah-mudahan hingga ke SyurgaNya !
Ma sayang Dylla kerana Allah..
Ma sayang Dylla melangit ! (^__^)
Ulangtahun persahabatan kita yang ke 3,
kita masih lagi mampu bertahan sehebat ini..
Semoga Allah tambah kasih sayang dan keberkatan dalam
persahabatan ini...
Monday, June 11, 2012
HMMMMM.......
Hidup umpama si buta.
Melihat dunia cuma dari
jari & tongkatnya..
Bagai si pekak.
Mendengar perkara dari
isyarat lenggok jari-jemari..
Bak si bisu,
meluah butir bicara
dari tarian jemari memberi
isyarat juga menulis rasa..
Tidak di setiapnya
kita mampu lakukan untuk hidup.
Pasti ada yang tak sempurna dimana-mana.
Adakala diam itu
ibarat permata yang tinggi nilainya.
Adakalanya,
ia ibarat membiar duri menusuk kulit.
*akumatikata... (-___-' )
Melihat dunia cuma dari
jari & tongkatnya..
Bagai si pekak.
Mendengar perkara dari
isyarat lenggok jari-jemari..
Bak si bisu,
meluah butir bicara
dari tarian jemari memberi
isyarat juga menulis rasa..
Tidak di setiapnya
kita mampu lakukan untuk hidup.
Pasti ada yang tak sempurna dimana-mana.
Adakala diam itu
ibarat permata yang tinggi nilainya.
Adakalanya,
ia ibarat membiar duri menusuk kulit.
*akumatikata... (-___-' )
Sunday, June 10, 2012
SENYUM HANGAT BUAT AKU....
Ku buka mata.
Dia senyum..
Aku turut tersenyum.
Hey,kau tahukah
apa yang ada dalam hati aku?
Kau macam tahu.
Kalau tidak
kau tak akan senyum begitu.
Dia bisik pada telinga aku.
Katanya,dia tak tahu.
Sesudah itu,
Dia cium aku.
Aku senyum.
Kerana hangat
ciuman itu ku terasa.
Ya! 1 lagi hari
untuk aku bernafas.
Masih diberi kesempatan.
Hari ini,
Aku dipilih untuk hidup.
Makanya,
Aku hidup!
Maafkan aku
wahai hati..
Aku tak mampu ikut kamu
hari ini.
Aku mahu hidup dalam senyum
Seperti dia yang
sedang tersenyum itu!
*Kau cantik dalam senyum itu,mentari...
Dia senyum..
Aku turut tersenyum.
Hey,kau tahukah
apa yang ada dalam hati aku?
Kau macam tahu.
Kalau tidak
kau tak akan senyum begitu.
Dia bisik pada telinga aku.
Katanya,dia tak tahu.
Sesudah itu,
Dia cium aku.
Aku senyum.
Kerana hangat
ciuman itu ku terasa.
Ya! 1 lagi hari
untuk aku bernafas.
Masih diberi kesempatan.
Hari ini,
Aku dipilih untuk hidup.
Makanya,
Aku hidup!
Maafkan aku
wahai hati..
Aku tak mampu ikut kamu
hari ini.
Aku mahu hidup dalam senyum
Seperti dia yang
sedang tersenyum itu!
*Kau cantik dalam senyum itu,mentari...
Sunday, June 3, 2012
DIRI INI MASIH LAGI JAUH DARI SEMPURNA,YA HABIBI....
Selalu aku resah sendiri.
Kerap aku memikir,
Mahukah dia terima aku yang
masih lagi belum sempurna untuk
bersamanya nanti?
Bagaimana reaksinya apabila
mengetahui bahawa aku tidak seperti
dalam bayangnya?
Aku malu padanya..
Aku tidak sebaik yang difikirkan.
Terlalu jauh dari sempurna.
Masih lagi aku bertatih dalam langkahku
mencapai cintaNya.
Wahai pemilik tulang rusukku yang budiman..
Penjaga tulang rusukmu ini
terlalu ingin menjadi kesayanganmu.
Terlalu ingin berpimpin tangan denganmu
menuju syurga cintaNya kelak.
Terlalu mahu menemanimu setiap saat dunia akhirat.
Ya Habibi..
Sebelum akad itu dilafazkan,
Izinkan diri ini menjadi yang terbaik untukmu.
Izinkan aku menyempurna kekuranganku terlebih dahulu.
Izinkan aku mendidik hati ini yang sering
alpa pada nikmat-nikmat Allah terlebih dahulu
sebelum kita bergandingan untuk mendidik
khalifah-khalifah kecil kita nanti.. =)
Ya Habibi..
akan aku cantikkan burukku buatmu..
akan aku perelokkan cacatku buatmu..
akan aku cukupkan kekuranganku buatmu..
Itu pasti..
Cuma,
Berikan aku sedikit lagi peluang & kesempatan
untuk melakukan semua itu buatmu..
Kerana aku masih lagi jauh dari sempurna..........
Semoga kita dipertemukan
dengan sebaik-baik pertemuan suatu masa nanti..
Kerap aku memikir,
Mahukah dia terima aku yang
masih lagi belum sempurna untuk
bersamanya nanti?
Bagaimana reaksinya apabila
mengetahui bahawa aku tidak seperti
dalam bayangnya?
Aku malu padanya..
Aku tidak sebaik yang difikirkan.
Terlalu jauh dari sempurna.
Masih lagi aku bertatih dalam langkahku
mencapai cintaNya.
Wahai pemilik tulang rusukku yang budiman..
Penjaga tulang rusukmu ini
terlalu ingin menjadi kesayanganmu.
Terlalu ingin berpimpin tangan denganmu
menuju syurga cintaNya kelak.
Terlalu mahu menemanimu setiap saat dunia akhirat.
Ya Habibi..
Sebelum akad itu dilafazkan,
Izinkan diri ini menjadi yang terbaik untukmu.
Izinkan aku menyempurna kekuranganku terlebih dahulu.
Izinkan aku mendidik hati ini yang sering
alpa pada nikmat-nikmat Allah terlebih dahulu
sebelum kita bergandingan untuk mendidik
khalifah-khalifah kecil kita nanti.. =)
Ya Habibi..
akan aku cantikkan burukku buatmu..
akan aku perelokkan cacatku buatmu..
akan aku cukupkan kekuranganku buatmu..
Itu pasti..
Cuma,
Berikan aku sedikit lagi peluang & kesempatan
untuk melakukan semua itu buatmu..
Kerana aku masih lagi jauh dari sempurna..........
Semoga kita dipertemukan
dengan sebaik-baik pertemuan suatu masa nanti..
Monday, May 14, 2012
REDHAILAH RASA AKU INI..........
Ada denyut rindu dalam urat nadi aku
tika ini..
Rindu pada dia yang tidak pernah aku temui..
Rindu yang disandarkan semata-mata
atas nama Yang Maha Esa..
Kerana pemilik cinta Agung cuma Dia..
Ya Allah,
Rindu yang Kau hadirkan dalam hatiku
ini biarlah yang Kau redhai..
Kau sampaikanlah rasa rinduku ini
pada dia di kejauhan sana..
Semoga Dia rasa apa yang aku rasa tika ini..
Ya Allah,
betapa kuatnya rasa yang Kau hadirkan ini..
Walau belum pernah aku lihat bayangnya,
Namun rasa rindu yang Kau hadirkan
buat dia cukup untuk buat aku yakin
akan aturan jodoh yang Kau tetapkan buat kami..
Ya Allah,
Sungguh tidak pernah aku rasa
rindu seperti ini......
*ada mutiara ditubir mata
tika ini..
Rindu pada dia yang tidak pernah aku temui..
Rindu yang disandarkan semata-mata
atas nama Yang Maha Esa..
Kerana pemilik cinta Agung cuma Dia..
Ya Allah,
Rindu yang Kau hadirkan dalam hatiku
ini biarlah yang Kau redhai..
Kau sampaikanlah rasa rinduku ini
pada dia di kejauhan sana..
Semoga Dia rasa apa yang aku rasa tika ini..
Ya Allah,
betapa kuatnya rasa yang Kau hadirkan ini..
Walau belum pernah aku lihat bayangnya,
Namun rasa rindu yang Kau hadirkan
buat dia cukup untuk buat aku yakin
akan aturan jodoh yang Kau tetapkan buat kami..
Ya Allah,
Sungguh tidak pernah aku rasa
rindu seperti ini......
*ada mutiara ditubir mata
Thursday, May 3, 2012
HADIRNYA SEHARUM DAN SEINDAH FIRDAUS MU,YA ALLAH...
Ya Allah,
Aku tahu Kau hantar dia untukku.
Kau permudahkanlah perjalanan jodoh kami..
Satukanlah kami dalam ikatan yang
Kau redhai..
Ya Allah,
Andai betul dia insan
pemilik tulang rusuk ini,
Dekatkan kami dalam hangat kasih sayangMu.
Ikatkan hati kami dengan rasa cinta yang Kau berkati.
Aku redha dengan ketetapanMu.
Ya Allah,
Kau lebih tahu setiap sesuatu.
Aku terima lamaran ini
kerana aku yakin dengan tulisanMu.
Aku bersyukur Ya Allah...
Ya Allah,
Aku banyak kekurangan..
Kau sempurnakanlah aku untuk dia..
Walaupun tidak pernah aku tatap wajahnya,
Namun aku tetap bersyukur
kerana hadir dia di halaman hati aku
dengan sekelip mata
menambah redha dan syukur aku kepadaMu..
Ya Allah,
sesungguhnya hanya Kau yang Maha Tahu..
Berkati dan rahmatilah
kami dan hubungan hati ini..
Kami berkasih sayang dan
menyemai cinta keranaMu Ya Allah.......
Permudahkanlah urusan kami..
Amin Ya Rabbal Alaminn....
Aku tahu Kau hantar dia untukku.
Kau permudahkanlah perjalanan jodoh kami..
Satukanlah kami dalam ikatan yang
Kau redhai..
Ya Allah,
Andai betul dia insan
pemilik tulang rusuk ini,
Dekatkan kami dalam hangat kasih sayangMu.
Ikatkan hati kami dengan rasa cinta yang Kau berkati.
Aku redha dengan ketetapanMu.
Ya Allah,
Kau lebih tahu setiap sesuatu.
Aku terima lamaran ini
kerana aku yakin dengan tulisanMu.
Aku bersyukur Ya Allah...
Ya Allah,
Aku banyak kekurangan..
Kau sempurnakanlah aku untuk dia..
Walaupun tidak pernah aku tatap wajahnya,
Namun aku tetap bersyukur
kerana hadir dia di halaman hati aku
dengan sekelip mata
menambah redha dan syukur aku kepadaMu..
Ya Allah,
sesungguhnya hanya Kau yang Maha Tahu..
Berkati dan rahmatilah
kami dan hubungan hati ini..
Kami berkasih sayang dan
menyemai cinta keranaMu Ya Allah.......
Permudahkanlah urusan kami..
Amin Ya Rabbal Alaminn....
Sunday, April 22, 2012
SILA ANGKAT KAKI.. HATI-HATI MELANGKAH YA!
Tolong pergi
dari laman hidup aku..
Dahulu aku mahu.
Sekarang aku mahu juga.
Tapi,aku kecewa.
Jadi,aku tidak mahu lagi.
Tolong pergi ya.
Perlahan-lahan pun tak mengapa.
Mahu berlari lagi bagus.
Jejak kamu sudah kemerahan kesannya.
Aku bimbang membengkak.
Sebelum itu berlaku,
lebih baik kamu angkat kaki.
Gusar pula aku
memikir tindak tanduk aku kelak.
Selamat pergi!
Pastikan jangan kembali..
Hati-hati melangkah ya.
Pastikan aku tidak akan terlihatkan
walau bayang kamu..
Aku sakit.
*melambailambaidenganmata
dari laman hidup aku..
Dahulu aku mahu.
Sekarang aku mahu juga.
Tapi,aku kecewa.
Jadi,aku tidak mahu lagi.
Tolong pergi ya.
Perlahan-lahan pun tak mengapa.
Mahu berlari lagi bagus.
Jejak kamu sudah kemerahan kesannya.
Aku bimbang membengkak.
Sebelum itu berlaku,
lebih baik kamu angkat kaki.
Gusar pula aku
memikir tindak tanduk aku kelak.
Selamat pergi!
Pastikan jangan kembali..
Hati-hati melangkah ya.
Pastikan aku tidak akan terlihatkan
walau bayang kamu..
Aku sakit.
*melambailambaidenganmata
Saturday, April 21, 2012
BEGINIKAH TULISAN UNTUK AKU.....?
Apa yang telah aku duga kini terjadi..
Mujur aku telah bersedia sedari awal..
Terima kasih Ya Allah kerana telah menggerakkan hati aku begitu kuat
hingga aku mampu tenang dalam resah yang pastinya menakutkan aku..
Aku yakin Allah ada bersamaku.
Cuma Dia Yang Maha Tahu.. Dia Yang Maha Mengerti..
Aku cuma bisa berdoa dan meminta agar terus dikuatkan iman,hati dan jasad aku untuk menempuh segala apa yang telah tercatat dalam tulisan perancanganNya..
Andai cuma setakat ini waktu dan kesempatan yang aku punya dalam pertalian ini,Aku redha...
Aku tetap akan simpan kasih seorang teman ini selama hayat aku..
Ya Allah,mengapa Kau cipta aku sebegini kejadian?
Mengapa Kau cipta hati aku terlalu mudah untuk menyayangi insan?
Engkau Maha Tahu bahawa insan lebih menilai paras rupa dari hati....
Ya Allah,bisakah untuk aku minta padaMu agar dikeraskan hati ini untuk tidak lagi terlalu menyayangi insan yang hadir dalam perjalanan hidup aku.
Bisakah Ya Allah?
*airmatamenitis
Mujur aku telah bersedia sedari awal..
Terima kasih Ya Allah kerana telah menggerakkan hati aku begitu kuat
hingga aku mampu tenang dalam resah yang pastinya menakutkan aku..
Aku yakin Allah ada bersamaku.
Cuma Dia Yang Maha Tahu.. Dia Yang Maha Mengerti..
Aku cuma bisa berdoa dan meminta agar terus dikuatkan iman,hati dan jasad aku untuk menempuh segala apa yang telah tercatat dalam tulisan perancanganNya..
Andai cuma setakat ini waktu dan kesempatan yang aku punya dalam pertalian ini,Aku redha...
Aku tetap akan simpan kasih seorang teman ini selama hayat aku..
Ya Allah,mengapa Kau cipta aku sebegini kejadian?
Mengapa Kau cipta hati aku terlalu mudah untuk menyayangi insan?
Engkau Maha Tahu bahawa insan lebih menilai paras rupa dari hati....
Ya Allah,bisakah untuk aku minta padaMu agar dikeraskan hati ini untuk tidak lagi terlalu menyayangi insan yang hadir dalam perjalanan hidup aku.
Bisakah Ya Allah?
*airmatamenitis
BISIKAN DI MALAM YANG TENANG MERESAHKAN..
Insan-Insan yang amat aku sayang kini telah terlalu jauh dari aku..
Atas hikmah apa semua ini berlaku aku sendiri tidak tahu..
Mengapa baru sekarang mereka menjauhi?
Mengapa tidak dari tahun-tahun terdahulu??
Tatkala hati aku sudah terlalu biasa dengan adanya mereka,
satu per satu melangkah pergi..
Disaat hati aku mula merelakan semua ini berlaku,aku bersendiri.
Cuma berteman bintang bulan dan langit pekat malam hari,
untuk aku lagukan nyanyian hati dan puisi jiwa yang kesunyian..
Aku tahu sunyi itu damai..
Namun,meresahkan segenap halaman benak fikiran juga lantai perasaan yang terlalu merindukan mereka yang pergi.
Kini aku mencari dan menanti insan yang sudi melangkah ke halaman hati yang sunyi tiada penghuni..
Syukur ada yang sudi bertandang. Namun,salah ditafsir pula..
Insan itu keliru dengan hiasan yang memenuhi halaman..
Dia tidak senang dengan limpahan kasih sayang yang mengalir di sungai yang berarus tenang..
Pesan aku padanya,sekali dia melangkah ke halaman hati aku,
jejaknya tak akan terpadam hingga penghujung derap nafas milik aku..
Friday, April 20, 2012
JIKA INI YANG TERBAIK BUAT HATI AKU......
Nama itu semakin
memberat di benak...
Insan pemilik nama itu
Makin pudar dari lembaran ingatan....
Mungkin juga aku terlalu pedih dalam
menahan segala macam rasa yang
aku sendiri tak tahu mahu namakan apa...
Wajarkah
untuk aku menjadi seperti ini??
Aku sendiri tak pasti..
Secangkir sabar yang tinggal
kini makin menipis...
Setiap hari dihirup
oleh kesepian yang merakus!
Aku cuma mampu pandang
nama yang suatu ketika dulu
terlalu amat aku sayang..
Rasa itu makin terhakis
kesan dari sakit yang aku tahankan...
Memang aku terlalu
sendiri tika ini...
Biarkan..
Aku mampu hadapi dengan tabah!
memberat di benak...
Insan pemilik nama itu
Makin pudar dari lembaran ingatan....
Mungkin juga aku terlalu pedih dalam
menahan segala macam rasa yang
aku sendiri tak tahu mahu namakan apa...
Wajarkah
untuk aku menjadi seperti ini??
Aku sendiri tak pasti..
Secangkir sabar yang tinggal
kini makin menipis...
Setiap hari dihirup
oleh kesepian yang merakus!
Aku cuma mampu pandang
nama yang suatu ketika dulu
terlalu amat aku sayang..
Rasa itu makin terhakis
kesan dari sakit yang aku tahankan...
Memang aku terlalu
sendiri tika ini...
Biarkan..
Aku mampu hadapi dengan tabah!
SEPEKAT MALAM ITU TENANG..........
Malam,
aku sepi lagi....
Aku rindu lagi..
Aku perlu kamu tamani aku lagi.....
Oh Malam,
jangan biar sepi
terus peluk aku..
Aku lemas dalam dakap yang hangat itu..
Malam,
pada kamu aku muntahbelahakkan
segala apa yang ada dalam pohon jiwaku...
Kamu sudikah menadah??
Malam..
Aku mahu setenang kamu............
aku sepi lagi....
Aku rindu lagi..
Aku perlu kamu tamani aku lagi.....
Oh Malam,
jangan biar sepi
terus peluk aku..
Aku lemas dalam dakap yang hangat itu..
Malam,
pada kamu aku muntahbelahakkan
segala apa yang ada dalam pohon jiwaku...
Kamu sudikah menadah??
Malam..
Aku mahu setenang kamu............
Wednesday, April 18, 2012
TAK SEMPURNA...
Aku garang pada raut wajah & air muka..
Aku bukan pilihan mata-mata &
hati-hati yang menilai..
Aku mungkin nampak kasar
pada tingkah dan lahiriah aku..
Aku selalu rasa kosong..
Aku selalu rasa sunyi..
Aku selalu rasa tiada siapa peduli sama aku.
Keluarga jauh..
Aku teramat perlu meminjam bahu
yang sudi memberi pinjam buat aku
menangis..
Ada jemari yang sudi menyapu titis2 mutiara yang
keluar dari tubir mata..
Ada tangan yang sudi menyuap dikala aku tak berdaya
terlantar sakit..
Aku cuma seorang gadis biasa yang tidak punya
apa-apa harta dan wang ringgit untuk membeli jiwa..
Yang aku ada cuma kasih sayang dan setia
yang tak akan berbelah bahagi buat
jiwa yang sudi kutip aku dari jatuh tersungkur...
Aku seorang gadis yang tiada sempurna..
Sempong sana-sini..
Menanti seseorang untuk menyempurna
aku yang tak sempurna..
*Dimanakah engkau wahai pemilik tulang rusuk aku?
Ambillah kembali tulang rusukmu,
dan bawalah aku bersama....
Aku bukan pilihan mata-mata &
hati-hati yang menilai..
Aku mungkin nampak kasar
pada tingkah dan lahiriah aku..
Aku selalu rasa kosong..
Aku selalu rasa sunyi..
Aku selalu rasa tiada siapa peduli sama aku.
Keluarga jauh..
Aku teramat perlu meminjam bahu
yang sudi memberi pinjam buat aku
menangis..
Ada jemari yang sudi menyapu titis2 mutiara yang
keluar dari tubir mata..
Ada tangan yang sudi menyuap dikala aku tak berdaya
terlantar sakit..
Aku cuma seorang gadis biasa yang tidak punya
apa-apa harta dan wang ringgit untuk membeli jiwa..
Yang aku ada cuma kasih sayang dan setia
yang tak akan berbelah bahagi buat
jiwa yang sudi kutip aku dari jatuh tersungkur...
Aku seorang gadis yang tiada sempurna..
Sempong sana-sini..
Menanti seseorang untuk menyempurna
aku yang tak sempurna..
*Dimanakah engkau wahai pemilik tulang rusuk aku?
Ambillah kembali tulang rusukmu,
dan bawalah aku bersama....
Saturday, April 14, 2012
KAMU BISA BUAT AKU BIASA DENGAN SENDIRI...
Adakala
aku rasa sendirian.
Terlalu biasa sendiri itu sama aku.
Kadangkala,
Kamu buat aku seperti ini
menjadikan aku
betah dengan setiap saat yang berlalu
tanpa bayang kamu.
Kamu biarkan hati
aku kosong begini,lama...
Terlalu lama
untuk sekeping hati merasa biasa
dengan sendiri.
Mungkin juga aku terlalu sakit.
Hingga tidak bisa merasa apa-apa.
Sungguh!
Adakala aku rindu kamu.
Namun cuma seketika.
Apabila rasa rindu itu hadir,
Aku cuma biar ia membuak di dalam.
Tiada aku zahirkan lagi.
Biar ia cuma sakit di dalam.
Biarkan!
Bukan sekali.
Bukan juga dua kali aku begini.
Kerap!
Mahu tahu mengapa?
Kerana aku terlalu sayang.
Namun,
tidaklah aku terlalu membenci sekarang.
Puas aku melutut merayu
dalam kata-kata maaf aku.
Ada kamu endah??
Aku terlalu sakit sekarang.
Ia datang semakin kerap kini.
semakin sakit.
Perit.
Mungkin arah tuju kamu terpesong.
Jalan kamu tersasar hingga masuk
ke halaman hati aku..
Aku buntu dengan hendak dan mahu
hati aku tika ini.
Setiap hari aku
di ajar untuk membiar
insan2 seperti kamu berlalu dari
derap nadi aku
yang telah saban waktu mendenyut nama kamu.
Banyak patah-patah kata
juga bait-bait bahasa
menyiat sekeping hati aku
yang sudah terlalu nipis dengan
tindakan kamu..
Ya!
Aku cinta.
Aku sayang.
Aku rindu.
Aku mahu kamu.
Dulu..
Mungkin besar salah aku pada kamu.
Sekarang,
Ini adalah salah besar yang kamu cipta.
Membiar aku lama tanpa kamu.
Pergilah....
Ini yang kamu mahu.
namun tak terluahkan secara nyata..
Mahu lihat aku seperti pengemis.
Kamu sudah puas tertawa sekarang setelah
melihat aku seperti yang kamu mahu..
Terima kasih..
Tahniah.
Kamu sudah berjaya buat aku
singkir kamu dari halaman tulisan
hidup aku..
Usah diulang tingkah kamu seperti ini lagi..
Kejam..
aku rasa sendirian.
Terlalu biasa sendiri itu sama aku.
Kadangkala,
Kamu buat aku seperti ini
menjadikan aku
betah dengan setiap saat yang berlalu
tanpa bayang kamu.
Kamu biarkan hati
aku kosong begini,lama...
Terlalu lama
untuk sekeping hati merasa biasa
dengan sendiri.
Mungkin juga aku terlalu sakit.
Hingga tidak bisa merasa apa-apa.
Sungguh!
Adakala aku rindu kamu.
Namun cuma seketika.
Apabila rasa rindu itu hadir,
Aku cuma biar ia membuak di dalam.
Tiada aku zahirkan lagi.
Biar ia cuma sakit di dalam.
Biarkan!
Bukan sekali.
Bukan juga dua kali aku begini.
Kerap!
Mahu tahu mengapa?
Kerana aku terlalu sayang.
Namun,
tidaklah aku terlalu membenci sekarang.
Puas aku melutut merayu
dalam kata-kata maaf aku.
Ada kamu endah??
Aku terlalu sakit sekarang.
Ia datang semakin kerap kini.
semakin sakit.
Perit.
Mungkin arah tuju kamu terpesong.
Jalan kamu tersasar hingga masuk
ke halaman hati aku..
Aku buntu dengan hendak dan mahu
hati aku tika ini.
Setiap hari aku
di ajar untuk membiar
insan2 seperti kamu berlalu dari
derap nadi aku
yang telah saban waktu mendenyut nama kamu.
Banyak patah-patah kata
juga bait-bait bahasa
menyiat sekeping hati aku
yang sudah terlalu nipis dengan
tindakan kamu..
Ya!
Aku cinta.
Aku sayang.
Aku rindu.
Aku mahu kamu.
Dulu..
Mungkin besar salah aku pada kamu.
Sekarang,
Ini adalah salah besar yang kamu cipta.
Membiar aku lama tanpa kamu.
Pergilah....
Ini yang kamu mahu.
namun tak terluahkan secara nyata..
Mahu lihat aku seperti pengemis.
Kamu sudah puas tertawa sekarang setelah
melihat aku seperti yang kamu mahu..
Terima kasih..
Tahniah.
Kamu sudah berjaya buat aku
singkir kamu dari halaman tulisan
hidup aku..
Usah diulang tingkah kamu seperti ini lagi..
Kejam..
Wednesday, April 11, 2012
SENGAJA AKU MENGIKUT ALUNAN RENTAK BENAK,HATI,JIWA.. JEMARI CUMA BUKA LANGKAH TARI BIAR SENADA.
Ya..
Aku menulis kata hati
juga bisik jiwa di halaman polos ini.
Apa yang aku rasa..
Apa yang ada di benak..
Apa yang menyesak di urat nadi..
Apa yang memberat di helaan nafas..
Semua itu adalah aku.
Diri aku ada disetiap patah kata
yang aku tarikan..
Apa yang jemari aku bisikan,
itulah bahasa jiwa yang terkemamkan
tak terucap.
Terpuruk.
Tersorok.
Ya..
Aku tidak pandai berpuitis seperti kamu-kamu.
Bahasa aku tak seindah ukiran bahasa kamu-kamu.
Halaman aku punya panorama tersendiri.
Begitu juga kamu-kamu.
Aku tahu.
Aku tidak pandai menjerit tentang
busuknya insan.
Apa yang aku conteng di sini adalah
busuknya aku.
Segala tentang aku.
Semua yang terpalit di sini pasti
ada kaitan sama diri aku.
Cuma,
Adakalanya terlalu samar untuk di teka.
Namun,
Adakalanya terlalu lurus dalam mengait bahasa.
Pasti akan ada tulisan amarahmaki.
Itu cuma apabila jiwa halus aku
dicarik.
dipijak.
Dan juga apabila sabar aku
terkoyak-rabak.
Lunyai.
Tapi,amat jarang.
Mengapa??
Kerana itu bukan diri aku...
Ya.. itu bukan aku..
Aku juga sedar
halaman aku ini tidak punya apa-apa
tidak seperti dinding halaman kamu-kamu.
Aku menulis berbahasa untuk jiwa aku
meluah
meludah
memuntah
segala macam ketulan-ketulan
bisa juga rasa yang bisa menjadi racun
andai dibiar berlama di dalam.
Dan,
Aku juga tahu
di suatu tempat ada yang mahu tahu.
Ada yang kesah.
Setia dari kejauhan membaca
senyum
tangis
amarah
kecewa
bahagia
yang terlakar di dinding bisu ini..
Ya..
Cuma dia.
Siapa?
Dia yang sedang tersenyum itu.
Kerana dia tahu,
aku memaksudkan dia..
Aku menulis kata hati
juga bisik jiwa di halaman polos ini.
Apa yang aku rasa..
Apa yang ada di benak..
Apa yang menyesak di urat nadi..
Apa yang memberat di helaan nafas..
Semua itu adalah aku.
Diri aku ada disetiap patah kata
yang aku tarikan..
Apa yang jemari aku bisikan,
itulah bahasa jiwa yang terkemamkan
tak terucap.
Terpuruk.
Tersorok.
Ya..
Aku tidak pandai berpuitis seperti kamu-kamu.
Bahasa aku tak seindah ukiran bahasa kamu-kamu.
Halaman aku punya panorama tersendiri.
Begitu juga kamu-kamu.
Aku tahu.
Aku tidak pandai menjerit tentang
busuknya insan.
Apa yang aku conteng di sini adalah
busuknya aku.
Segala tentang aku.
Semua yang terpalit di sini pasti
ada kaitan sama diri aku.
Cuma,
Adakalanya terlalu samar untuk di teka.
Namun,
Adakalanya terlalu lurus dalam mengait bahasa.
Pasti akan ada tulisan amarahmaki.
Itu cuma apabila jiwa halus aku
dicarik.
dipijak.
Dan juga apabila sabar aku
terkoyak-rabak.
Lunyai.
Tapi,amat jarang.
Mengapa??
Kerana itu bukan diri aku...
Ya.. itu bukan aku..
Aku juga sedar
halaman aku ini tidak punya apa-apa
tidak seperti dinding halaman kamu-kamu.
Aku menulis berbahasa untuk jiwa aku
meluah
meludah
memuntah
segala macam ketulan-ketulan
bisa juga rasa yang bisa menjadi racun
andai dibiar berlama di dalam.
Dan,
Aku juga tahu
di suatu tempat ada yang mahu tahu.
Ada yang kesah.
Setia dari kejauhan membaca
senyum
tangis
amarah
kecewa
bahagia
yang terlakar di dinding bisu ini..
Ya..
Cuma dia.
Siapa?
Dia yang sedang tersenyum itu.
Kerana dia tahu,
aku memaksudkan dia..
Saturday, April 7, 2012
ANDAI BISA AKU USIR SESUATU YANG BERNAMA RINDU..
Rindu mahu teman aku lagi.
Tapi,aku usir dia..
Namun dia tetap datang dampingi aku!
Rindu,Kau tahu aku sakit bila kau temani aku??
Kau tak mampu untuk bawa jasad yang mengutusmu bersama aku..
Kerana itu aku sakit!
Rindu,
tolong aku boleh?
Bawa dia ketemu aku..
Jika tidak bisa,
Bawa aku ketemu dia...
Biarlah sejauh mana pun aku harus melangkah..
Rela aku berpenat lelah.
Asalkan dapat akuterhidukan wangi haruman dia..
Rindu,
Bisakah kau lakukan cuma itu buat aku??
bisakah??
Andai kau enggan,pergilah jauh dari jasad juga halaman hatijiwa aku..
Tidak tegar aku hidup ditemani cuma kau wahai rindu..
Adakala kau manis...
Bagi aku,
Kau cukup menyesakkan pembuluh darah aku!
Tapi,aku usir dia..
Namun dia tetap datang dampingi aku!
Rindu,Kau tahu aku sakit bila kau temani aku??
Kau tak mampu untuk bawa jasad yang mengutusmu bersama aku..
Kerana itu aku sakit!
Rindu,
tolong aku boleh?
Bawa dia ketemu aku..
Jika tidak bisa,
Bawa aku ketemu dia...
Biarlah sejauh mana pun aku harus melangkah..
Rela aku berpenat lelah.
Asalkan dapat akuterhidukan wangi haruman dia..
Rindu,
Bisakah kau lakukan cuma itu buat aku??
bisakah??
Andai kau enggan,pergilah jauh dari jasad juga halaman hatijiwa aku..
Tidak tegar aku hidup ditemani cuma kau wahai rindu..
Adakala kau manis...
Bagi aku,
Kau cukup menyesakkan pembuluh darah aku!
Tuesday, April 3, 2012
KERANA CINTA PERTAMA ITU TIDAK PERNAH AKAN HILANG MANISNYA.....
Adakala
aku terlalu sunyi.
Kosong.
Aku perlu 1 lg jasad
buat meneman jasad aku.
Pintu hati aku tertutup buat insan yang
cuba mahu membuka.
Namun,
Kebenarannya adalah,
aku masih lagi siulkan
1 nama yang aku sgt nantikan
hadir dia kembali dalam halaman hati aku.
Mahukah dia kembali buat hati aku
yang tak pernah berhenti siulkan nama dia ?
Dia masih dalam angan aku.
Dan akan selalu begitu....
aku terlalu sunyi.
Kosong.
Aku perlu 1 lg jasad
buat meneman jasad aku.
Pintu hati aku tertutup buat insan yang
cuba mahu membuka.
Namun,
Kebenarannya adalah,
aku masih lagi siulkan
1 nama yang aku sgt nantikan
hadir dia kembali dalam halaman hati aku.
Mahukah dia kembali buat hati aku
yang tak pernah berhenti siulkan nama dia ?
Dia masih dalam angan aku.
Dan akan selalu begitu....
Monday, March 19, 2012
TIADA DI TINGKAH HILANG DALAM NAFAS
Hari aku suram.
Ada tangis yang menitis tadi pagi.
Gugur juga..
Entah sudah berapa lama keadaan aku begini,
lupa untuk aku hitung..
Aku bingung atas sedih yang aku rasa..
Jiwa aku dipukul.
Jasad aku dihiris-hiris.
Hati aku dicarik-carik.
*Sakit
Nafas aku selalu sahaja tersasar.
Ditarik dalam-dalam.
Lepas..
*Berat
Aku bengkok.
Ada tangis yang menitis tadi pagi.
Gugur juga..
Entah sudah berapa lama keadaan aku begini,
lupa untuk aku hitung..
Aku bingung atas sedih yang aku rasa..
Jiwa aku dipukul.
Jasad aku dihiris-hiris.
Hati aku dicarik-carik.
*Sakit
Nafas aku selalu sahaja tersasar.
Ditarik dalam-dalam.
Lepas..
*Berat
Aku bengkok.
Wednesday, March 14, 2012
UCAP HATI YANG KERUH
Remang petang ini
menjadi saksi titis air mata aku lagi..
Terlalu banyak perkara yang memberat
di layar hati..
Aku masih lagi mahu diuji Tuhan Yang Maha Kasih.
Aku redha..
Allah,
Teruslah uji hati ini
andai cuma air mata mengalir deras
bisa memadam
khilaf-khilaf juga dosa-dosa
yang telah memberat dalam buku hitungan aku..
Allah,
Aku tahu Kau akan ambil aku
beberapa ketika lagi..
Untuk itu,
Kau pimpinlah aku agar aku bisa
pergi padaMu dalam ketenangan......
menjadi saksi titis air mata aku lagi..
Terlalu banyak perkara yang memberat
di layar hati..
Aku masih lagi mahu diuji Tuhan Yang Maha Kasih.
Aku redha..
Allah,
Teruslah uji hati ini
andai cuma air mata mengalir deras
bisa memadam
khilaf-khilaf juga dosa-dosa
yang telah memberat dalam buku hitungan aku..
Allah,
Aku tahu Kau akan ambil aku
beberapa ketika lagi..
Untuk itu,
Kau pimpinlah aku agar aku bisa
pergi padaMu dalam ketenangan......
Thursday, February 16, 2012
MENYUSUN BAHASA TIDAK SEMUDAH MELUAH KATA.. ADA HATI YANG MUNGKIN AKAN SALAH MENAFSIRNYA..
Tulisan jemari aku tiada hala tuju.
Dalam nadi ada rasa yang tak tergambarkan
dengan kata-kata.
Sedih.. malu.. Rasa teruk..
Sesuatu yang kabur sebelum ini,
kini jelas kelihatan di setiapnya..
Terima kasih setinggi gunung buatnya..
Aku perlu bangkit semula dari
sejarah hitam kisah silam yang aku kait dulu.
Berhentilah wahai jasad aku dari menghukum hati ini.
Biarlah apa mereka mahu kata..
Biarlah andai mereka tiada mahu berhenti..
Ya Rabbi,ampuni hambaMu yang teramat hina ini...................
Dalam nadi ada rasa yang tak tergambarkan
dengan kata-kata.
Sedih.. malu.. Rasa teruk..
Sesuatu yang kabur sebelum ini,
kini jelas kelihatan di setiapnya..
Terima kasih setinggi gunung buatnya..
Aku perlu bangkit semula dari
sejarah hitam kisah silam yang aku kait dulu.
Berhentilah wahai jasad aku dari menghukum hati ini.
Biarlah apa mereka mahu kata..
Biarlah andai mereka tiada mahu berhenti..
Ya Rabbi,ampuni hambaMu yang teramat hina ini...................
Wednesday, February 1, 2012
KATA-KATA BUATMU HATI... TIADA.
Entah apa yang harus aku bisik
pada hati...
Mengertikah kau wahai hati,
aku mahu hiasi kau dengan baris kata
yang indah-indah dan mendamaikan...
Namun,aku kontang
untuk berbahasa meluah rasa.........
Aku terlihatkan senyum mentari pagi....
Indahnya..
Mahu aku senyum seperti itu lagi..
Tapi,bisakah?
pada hati...
Mengertikah kau wahai hati,
aku mahu hiasi kau dengan baris kata
yang indah-indah dan mendamaikan...
Namun,aku kontang
untuk berbahasa meluah rasa.........
Aku terlihatkan senyum mentari pagi....
Indahnya..
Mahu aku senyum seperti itu lagi..
Tapi,bisakah?
Saturday, January 14, 2012
TULISAN UNTUK HARI ISTIMEWA KAMU...
Nama comelnya Kadeq.
Omongan bersahaja dia bisa buat aku tertawa.
Raut wajahnya dia bisa mendamai hati.
Namun adakalanya rajuk dia juga bikin jiwa resah.
Acapkali aku terlihatkan dia diam tanpa patah bicara.
Zahirnya dia tiada cela dimana-mana,namun hatinya?
Ingin juga aku dampingi dia bagai suatu masa dahulu.
Rezeki buat pertemuan itu berlaku masih belum terlihatkan.
Adanya dia sebagai teman dalam hidup sangat aku hargai.
Hanya kerana tulisan Illahi,aku dan dia bersahabat hingga kini.
...SELAMAT HARI LAHIR YA UKHTI... UHIBBUKI FILLAH...
~FRIEND TILL JANNAH~
Masih ingat kenangan yang terukir disebalik gambar ni? =)
Subscribe to:
Comments (Atom)



